Dah lama aku tak buka blog aku ni. Nak blog hoping pun tak sempat memandangkan keje aku semakin berlambak..Kuar jam 630 pagi dan pulang jam 6 petang saban hari. Waktu malam dihabiskan untuk istirehat. Tu pun tak cukup. Penatnya asyik ulangalik ke Ipoh. Kalau tak disebabkan tugasan yang wajib aku buat, takde maknanya aku nak lelahkan diri sepanjang hari di Ipoh. Huh..
Ni pun ada kesempatan sekejap selepas balik mengajar. Alhamdulillah, hari ni dah dapat pulangan hasil mengajar bulan lepas. Dapat gak tampung hidup aku untuk beberapa hari ni sebelum elaun masuk. Cam dah nazak plak bulan ni. Huhu..
Tadi aku dapat berita yang menggembirakan dari mak aku. Surat dari SPA sudah sampai ke rumah. Aku diminta untuk menghadiri peperiksaan perkhidmatan awam gred 41. Alhamdulillah.. Dah lama aku tunggu saat ni. Syukur ya Allah. Aku harus persiapkan diri untuk exam ni. Mahu lakukan yang terbaik sebab aku nak sangat lulus dan dapat keje kerajaan. Semoga semuanya dipermudahkan..Sesape yang pernah amik exam ni dan ada tips nak share, leh tinggalkan kat ruangan komen ek.. Sangat memerlukan tips dari kalian, wahai blogger 1 Malaysia..and....wish me luck ok.
No comments:
Post a Comment