Teman-teman

Sunday, April 25, 2010

..::Semakin Hari Semakin Sayang::..


Itu yang terjadi antara kami. Pantang tinggal sikit, mesti dah rindu. Maybe orang cakap sebab kami baru lagi dalam perhubungan ni, mestila semuanya indah. Tapi itulah realiti yang kami rasa. Tak kisahlah orang nak kata apa pun.


Actually aku nak share benda ni. Saje je intro atas tu. Selingan. Hehe..Artikel ni aku dapat dari blog ini. Nak share la dengan bakal pengantin baru especially, ok..Yang baru kawen pun rasanya sempat lagi kot nak buat sume ni. Bagus untuk hubungan masa panjang. So, baca la ek sedikit yang aku petik dari blog Ustaz Baei ni..


Ajaran Islam
Jelas di sini, pasangan yang berkahwin tidak pernah mengambil kesempatan pada saat awal, pada saat semua manis, pada saat masih ada sayang untuk membuat sesuatu bagi membina kekuatan. Sepatutnya pada malam perkahwinan mereka, kedua-dua pasangan itu boleh duduk semeja berbincang dan melakukan akujanji sekali gus menandatangani perjanjian persefahaman (MOU). Antara perkara yang perlu dibincangkan ialah:

1. Apakah sikap kesukaan suami dan isteri
2. Apakah sikap yang tidak disukai suami dan isteri
3. Apakah makanan yang disukai oleh suami dan isteri
4. Apakah makanan yang tidak disukai oleh suami dan isteri
5. Apakah pakaian yang disukai oleh suami dan isteri
6. Apakah pakaian yang tidak disukai oleh suami dan isteri


Setelah mendapat jawapan, senaraikan secara jelas dan buatlah rumusannya. Selepas itu ambillah solusi pada perkara yang ada persamaan. Manakala perkara yang tiada persamaan, pilihlah salah satu yang masing-masing boleh berkompromi. Setelah itu, apa yang dipersetujui itu harus dipatuhi sampai bila-bila.

Selain itu sebagai pemimpin, suami hendaklah tegas mendidik isteri. Apa yang dilakukan isteri dilihat bertentangan dengan perjanjian, apatah lagi yang bertentangan dengan ajaran Islam, hendaklah ditegur segera.


Kalau nak tau banyak lagi pasal ni, sila klik sini...>Fikrah Islamiah



2 comments:

Miss Izah Mohamed said...

happy always.. :)

hav a nice sunday

rimieilya said...

tenkiu...lamanye senyap