Abaikan tajuk yang jiwang tu ye...
Aku sangat terharu sekarang ni. Nak menitis air mata pun ada. Tapi kang takut masuk dalam nasi plak. Huhu.
Al kisahnya begini. Encik Tunang keje malam minggu ni. Aku tak tahu apa mimpi dia semalam. Tengahari tadi sebelum dia pegi solat Jumaat, dia suh aku turun jap dari ofis. Ingatkan ada hal apa, rupanya dia nak bagi bekal untuk lunch. Bukan beli ok. Encik Tunang masak sendiri.
Owh, terima kasih banyak-banyak ye sayang. Sangat sedap sambal sotong dan ikan goreng yang B masak tadi.
Aku yang dah kenyang pun leh lapar balik pas tengok sambal sotong Encik Tunang.
Beruntung ada Encik Tunang yang rajin nak masakkan untuk aku. Ni aku rasa nak kawen cepat-cepat ni. Boleh rasa lagi masakan dia yang lain-lain. Hehe...
No comments:
Post a Comment