Sejak dah bekerjaya ni, aku selalu je lupa tarikh-tarikh penting dalam Islam. Dulu time blaja, slalu buka diari, belek kalendar..Sekarang, tarikh biasa pun kadang-kadang lupa. Hehe..
Actually masa Israk Mikraj aritu aku kebetulan berada di kampung halaman. Alhamdulillah. Setelah 2 bulan di perantauan mencari rezeki, dapat juga aku balik jenguk orang tua. Tu pun encik tunang sanggup temankan aku balik. Kalau tak, sesatla aku jawabnya.
Aku balik kampung hari tu pun sebab nak pegi exam PTD. Huhu.. My dad yang beria suh aku pegi. Dengan tak cukup preparation, aku redah je jawab exam. Tambah plak mata macam panda sebab sampai kampung jam 2 pagi. Jam 7 dah gerak dari Dungun ke Kuantan. Pecut 140km tu.. Mujur tak sangkut speedtrap. Hehe..
Kebetulan juga, Jumaat tu bersamaan 15hb July was my dad's birthday dan kebetulan lagi esoknya adalah besday encik tunang. Berganda-ganda kebetulan tau minggu tu. Sampai je kat kampung, aku dan encik tunang dihidangkan dengan meehun, kek dan ayam bakar. Mak buat sikit kenduri kesyukuran besday Abah dan sambutan Ramadhan kat rumah petang Jumaat tu. Alhamdulillah, rezeki.
Sabtu bersamaan 16hb July, aku pegi exam PTD. Jawab dengan redhanya. Malam tu plak adalah malam Israk Mikraj. Alhamdulillah, aku sempat buat perkara-perkara sunat sempena Israk Mikraj bersama famili tercinta. Time tu rasa sangat terharu dan bertuah kerana masih berpeluang untuk bersama keluarga pada masa yang baik. Rasa Maha syukur pada kekuasaan Allah kerana ketentuan yang telah ditetapkan sangat baik dan sempurna.
Hari terakhir di kampung adalah hari yang sangat menyedihkan. Berat hati nak balik bekerja. Sempat cakap dengan encik tunang nak bertolak lewat sikit sebab belum puas bersama famili. Hehe..Mujur encik tunang faham perasaan tunang dia ni. Janji jam 10 nak gerak, tapi 1130 baru aku muncul depan rumah encik tunang. Leka betul berborak dengan mak sampai tak sedar masa bergerak pantas.
Disebabkan sekejap je spend masa di kampung, seminggu gak la kelopak mata ni berair coz miss my mum n famili. InsyaAllah puasa ke5 nanti aku balik kampung lagi. Kali ni cuti lama sikit.
No comments:
Post a Comment