Teman-teman

Wednesday, August 10, 2011

..::Entri Pertama Di Bulan Puasa::..


Lama kan aku tak update blog. Tengokla tarikh entri aku yang terakhir tu berapa haribulan. Dalam 11 hari juga la blog ni sunyi tanpa cerita baru. Gian juga kekadang nak update tapi asyik bz je lately. Eh, bukan lately tapi since keje la senang cakap. Entri aku dah tak macam hujan mencurah pun.

Last weekend aku balik ke kampung halaman. Hehe...skema plak ayat aku ni. Aku amik cuti Isnin lepas. Sempat la aku berbuka dan sahur bersama famili 3 hari 3 malam. Syok oOo.. Dapat makan masakan mak yang dah memang super sedap, dapat jalan-jalan pegi bazar kat kampung dengan adik-adik dan encik tunang, dapat tido puas-puas, tak payah susah-susah nak bangun masak untuk sahur dan banyak lagi la yang best.

First day sahur kat kampung, mak masak asam pedas. Pergh, masih terasa kepekatan kuah dia. Time berbuka plak mak buatkan makanan feveret aku time bulan puasa - bubur lambuk. Rasa dia tak payah nak cite la. Memang sedap pun. Rasa ikan yang cukup, sayur banyak. Aku siap repeat makan sampai sahur. Hehe..

Hari kedua berbuka kami buat ikan tongkol sumbat panggang. nekbat (ni kuih tradisi orang terengganu/kelantan. rupanya macam bahulu). Lauk ni pun aku yang request. Hehe.. Teruk betul kan. Tapi takpe. Aku request, aku yang masak juga. Pastu minum dengan soya cincau. Memang terbaik.

Last day berbuka kat kampung, mak buat sotong sumbat, sambal udang dan petola masak kicap. Sedap-sedap. Terliur lagi ni. Hehe..

3 hari kat kampung sangat sekejap. Tak puas tau. Banyak lagi lauk pauk yang aku nak request dekat mak. Hehe.. Tunggu aku balik 27hb ni plak la. Nak makan singgang daging, pajeri terung, paprik campur, ikan bakar, ayam percik, bla...bla..bla...

 



No comments: