Teman-teman

Sunday, August 21, 2011

..::Di Penghujung Ramadhan::..



Sedar tak sedar, dah masuk minggu ke4 kita semua berpuasa kan? Cepat sangat masa berlalu. Rasanya baru semalam dengar pengumuman puasa. Ish,ish,ish...

Semalam berbuka di Bora Ombak bersama encik tunang dan coursemate masa di uni dulu. Sangat meriah. Masing-masing banyak cerita yang nak diluahkan. Tentang kerjaya, tentang hidup, tentang masa depan. Seronok. Yang tak berapa best, encik tunang tak berapa sihat. So, mood makan dia pun kureng je. Sian plak. Selsema teruk. Huhu..

Semalam juga ada suprise yang berlaku. Dapat 2 invitation card tau dari coursemate. Kad wangi gitu. Hehe.. Dahla tarikh yang sangat hampir. Tak tahula yang mana boleh pegi. Niat hati nak pegi dua-dua. Yela, kawan-kawan nak kawen. Sorang di Johor, yang sorang lagi dekat je...di Shah Alam. Dah nak kawen pun. Aku plak yang rasa teruja nak distribute kad kawen aku, tapi lambat lagi. Hehe.. Papepun, tahniah ye u all..

Plan balik ke kampung muktamad. Start cuti 27hb Ogos-5hb Sept. So, gerak balik awal pagi Sabtu ni. Yeay... Tak sabarnya. Walaupun encik tunang tak dapat balik raya bersama, raya tetap raya. Hehe..






No comments: