Bulan puasa kali sangat murah rezeki. Syukur kepada Allah di atas rezeki yang diberi. Minggu lepas my bos belanja berbuka puasa di Marriot IOI Putrajaya. Not bad makanan kat sana. Even ramai orang dan kena berbaris untuk dapatkan menu utama, tetap berpuas hati dengan makanan yang disediakan. Macam-macam ada. Semua selamat masuk dalam perut. Ada kambing golek, seafood bakar, gulai kawah, mee rebus, sate, western food, dessert yang super sedap dan air yang best.
Hari ni my bos baik hati lagi nak belanja berbuka puasa di Steak House USJ. Yummy yummy... Berbaloi kena keje hari ni. Sabtu ni plak teman-teman course semasa di uni dulu buat majlis berbuka puasa di Bora Ombak plak. Teruja nak pegi bersama tunang tersayang ni. Rezeki....
Lagi seminggu dah nak balik kampung, beraya. Bestnya. Tak sabar nak merasai suasana beraya di kampung sendiri dan beraya bersama insan tersayang.
No comments:
Post a Comment