Teman-teman

Friday, July 13, 2012

..::Setiap Jodoh Telah Ditentukan::..



Begitu juga dengan saya....

Saya pernah berjanji nak cerita pasal pertemuan saya dengan suami kan...so, sekarang ni la kisahnya....

Untuk pengetahuan semua, saya dan suami buat keputusan untuk bertunang selepas 3 bulan kami declare. Sekejap je kan...Tapi.........

Saya dan suami dah kenal antara satu sama lain sejak 13 tahun yang lepas. Dulu, suami saya tu abang angkat saya tau. Hehe..Macam tak percaya je bila diri sendiri yang terkena ayat "adik angkat dah terangkat". Selalu dengar cerita dari orang lain je..Walaupun sekadar adik-abang angkat, saya cuma berbual dengan suami melalui sms dan akan berjumpa sekali setahun di hari raya. Konon-konon taknak terputus hubungan. Padahal masing-masing kekok.

Nak tau tak macam mana kami boleh jadi adik-abang angkat tak???

Masa kami mula-mula kenal, saya baru je form 1 dan suami plak form 5. Kami satu sekolah dan berkongsi kelas yang sama selama setahun. Hehe.. Dia kelas sesi pagi, saya plak kelas sesi petang. Yang lebih uniknya, kami juga berkongsi kerusi dan meja yang sama di dalam kelas tu. Pada permulaannya, suami saya ada tinggalkan biodata dia dalam laci meja kami. So, start dari situ la saya mula tahu siapa suami saya ni. Lepas biodata, surat-surat berunsur nasihat plak berterusan selama setahun. Sekarang dah tak tau kat mana semua surat-surat tu...

Mengikut cerita versi suami saya plak (part ni saya baru tau bila saya bakal jadi tunangan incik suami tau), dia terlebih dulu mengenali abang ngah saya dan dia dapat tahu abang ngah saya ada adik perempuan yang bersekolah di sekolah yang sama dengan dia which mean saya la tu. Hehe.. So, encik suami ni tryla cari saya kat sekolah. Akhirnya bila dapat jumpa, incik suami letak biodatanya dalam laci meja kami. Sejak dari tu la dia dah start in love dengan saya dan saya langsung tak tahu sehingga la saya menjadi tunangan incik suami..12 tahun ok. Lama tu. Dah berapa ramai ex-bf yang saya ada masa tu. Hehe..

Incik suami cakap dia simpan rasa cinta dia pada saya sebab dia tahu masa tu saya dah ada bf dan akhirnya raya tahun lepas baru dia berani luahkan bila dia dapat tahu saya dah single. Terharunya saya bila tahu begitu lama dia memendam rasa cintanya pada saya. Tak sangka pun ada sebab ada orang yang sukakan kite dalam diam. Hehe...

Dan sekarang, saya bahagia dengan kehidupan saya. Begitu sempurnanya peraturan yang Allah tentukan untuk jodoh saya. Alhamdulillah. Terima kasih, sayang kerana sanggup menunggu selama 13 tahun untuk penyatuan antara kita. I love u so much...Sekian.



No comments: