Teman-teman

Monday, November 17, 2008

..::Sakit anugerah Allah::..


Seperti yang tertulis, sakit adalah anugerah Allah yang tak ternilai harganya. Allah memberi ujian sakit kerna itu petanda Allah menyayangi kita. Bertuah bagi orang yang diberi ujian sebegitu.

Sakit juga adalah penghapus dosa dosa yang telah kita lakukan. Dengan turunnya ujian tersebut, kita sebagai hamba akan lebih mengingati Pencipta dan kematian.

Hidup adalah untuk mati. Selagi kita bernyawa tujuan kita adalah sama iaitu ingin masuk dari mana mana pintu syurga yang sememangnya akan menjanjikan hidup hakiki yang lebih bermakna.

Pernahkah kita terfikir untuk mengingati Allah setiap kali jantung berdegup? Setiap kali nadi berdenyut? Setiap kali hembusan nafas dan udara yang kita sedut?

Betapa banyaknya nikmat yang telah diberi percuma pada kita. Tetapi adakah kita benar benar yakin yang ibadat kita selama ini diterimaNya? Sedangkan yang wajib dibuat pun kadangkala terleka, inikan pula perkara sunat.

Pernahkah kita terfikir bahawa setiap apa yang kita telan itu yakin halalnya? Dari mana datangnya makanan tersebut dan siapa yang menjualnya?

Ya Allah, aku terlalu kerdil untuk menjadi muslimah solehah. Aku terlalu naif untuk layak ke syurgaMu. Hanya doa dan amalanku yang tak seberapa ini sebagai bekalan untuk mati kelak. Bimbinglah diriku, keluargaku, sahabatku dan juga sekalian umat Islam di dunia ini, ya Allah..amin..

Sunday, November 16, 2008

..::Kenapa??? Tak faham betul::..

Geramnya aku rasa. Dah 3 hari friendster tak boleh buka..schedule maintenance konon..

Bila aku try buka tadi,alhamdulillah la boleh..Tapi bila aku check my friends list,korang tau ape yang jadi? Kawan kawan aku yang seramai 300++ tu dah tinggal 17 orang. Ape hal lak leh jadi sampai camtu? Harunye aku rasa..Mana a
ku nak cari balik friends aku yang lama tu????



Nak marah tapi tak tau nak marah pada sape..Tahan dalam hati jela. So, pada kekawan yang view aku nanti n fs korang tak tersenarai dalam friends list aku, aku mintak maaf sesangat. Bukan salah aku ok..Add aku kat email aku ni k..

fizrailyan_miera@yahoo.com

Saturday, November 15, 2008

..::Award & Tag::..




Hari ni aku dapat award lagi..blog award dr my bestfriend, Dear Blog. Seronoknya. Thanks yeah..Aku juga dikehendaki melakukan tag di bawah. Kiranya cam tag berantai la. Ish..ada syarat syarat lak tu. Layan kan je..

Syaratnya:

1.Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now..

2. Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.

3. Post that picture with NO editing.

4. Post these instruction with your picture.

5. Tag 10 people to do this.

Aku akan penuhi syaratnya sebaik mungkin ok..

syrt 1: aku plhn yang first la sb kl plh yg ke2 aku tgh free hair. Tak boleh la nak tunjuk..

syrt 2: aku tak tukar pape pun masa amik gambar ni.

syrt 3: ye, tak edit pun

syrt 4: ok

syrt 5:tag 10 org??huhu..sape ye..yang jadi followers aku dah semestinya kan..zara, cekodok, atikah, spirital eyes,sharp_shooter dan sape2 je yg berminat nak buat k..

ok gambar ni aku amik masa aku pegi cafe utk beli makanan. Ni gambar terbaru stakat ni ok..tak de touch up2 pun..Original ok..

So, sesapa yang telah ditag,sila ambil perhatian ye..


Friday, November 14, 2008

..::SV vs ME::..

Dah lama lak aku tak up date blog aku. Bukan malas tapi tak de masa nak menulis. Walaupun exam dah abis tapi aku still busy. Busy with my studio work.Haih~

Bagi aku la kan, aku lebih rela ada exam lagi daripada bergelumbang dengan studio work yang memang killer subject dalam course aku. Mana taknye, 5 kredit tu..

Semalam group studio aku dipanggil oleh master sv studio. Pehal lak dia panggil kami? Mesti ada yang dia tak puas hati..

Memang betul pun. Lepas jumpa master sv, dia tambahkan keje kami yang dah sememangnya banyak dan yang tak tahannya due date kena submit adalah next week. Haru betul..Macam nak telan je sv tu.

Yang menambahkan geram aku adalah dia memperkecilkan kebolehan kumpulan kami. Bagi dia, his group is a better than others..Huh. Kalau dia dengar keluhan dak group dia, baru dia tahu sape yang lebih bagus kot.Geram betul..aaarrgghhh.....

So, my priority is studio work. Tak boleh wat benda lain dah. Nanti tak sempat siap lak sebelum balik cuti.Cepatla cuti..

Sorry to u all, guys..

Tuesday, November 11, 2008

..::Kak Ima::..

Alhamdulillah, presentation viva aku lulus semalam. Sekarang tinggal projek studio je yang belum siap. Target aku hujung minggu ni mesti siap. Next week dah nak balik cuti.Bestnya..

Pagi pagi lagi aku buka blog kakak angkat pakwe aku. Aku kenal kak Ima melalui si dia. Walaupun aku kenal ka
k ima sekejap je, tapi aku rasa macam dah lama je. Aku dah anggap kak Ima tu macam kakak aku sendiri. Kak Ima sangat baik.



Masa aku baca entri blog dia, ntah camne air mata aku boleh menitis. Ya, mungkin aku begitu rindu pada dia. Aku tahu kak Ima ada masalah sekarang, tapi dia pandai sorokkan masalah dia dari aku. Bila aku tanya, dia takkan bagitau. Hanya mesej kat chatbox je dia balas.

Akak, kalau akak baca blog kte..kte nak akak tahu, kte syg pada akak..rindu pd akak..rindu pd our memory pd kt kuantan dulu.

Sunday, November 9, 2008

..::76 Tips Memikat Hati Wanita::..

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya ‘Saya kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.

16. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

17. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

18. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

19. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

20. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

21. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

22. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

23. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

24. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

25. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya’. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

26. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan ‘Aku cinta padamu’.

27. Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.

28. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

29. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

30. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

31. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

32. Basuhkan kereta yang dipakainya.

33. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima’ jika itu yang dia suka.

34. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

35. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya.

36. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima’.

37. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

38. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

39. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

40. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

41. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

42. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

43. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

44. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

45. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

46. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

47. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

48. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

49. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

50. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

51. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

52. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

53. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti ‘Awak nampaknya gembira hari ini’ atau ‘Awak nampak letih’ dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

54. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

55. Solat bersama dan berdoa bersama.

56. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

57. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

58. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

59. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

60. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

61. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

62. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

63. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

64. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan ‘Betul kata awak’. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

65. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

66. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

67. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

68. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

69. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

70. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

71. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

72. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

73. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

74. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

75. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.