Teman-teman

Thursday, February 19, 2009

..::Rahsia Lelaki Setiap Wanita Mesti Tau!::..

1) Lelaki BOLEH memisahkan hidupnya dengan perhubungannya. Kalau kerja yang dia sedang fokus, lelaki akan beri tumpuan 100% untuk siapkan kerja tersebut.

Kalau ada masalah besar yang sedang sahabatnya hadapi dan dia bantu berfikir untuk selesaikannya, dia akan curahkan tumpuan yang sepenuhnya sehinggakan perkara lain harus diketepikan dahulu. Kalau percintaannya yang sedang difikir untuk diselesaikannya, dia boleh jadi seorang yang cukup romantic.

Wanita pulak berbeza. Sekali dah terima seorang lelaki dalam hidupnya, perhubungan itu boleh dikatakan adalah hidupnya!

Dua perkara ni wanita rasa susah nak pisahkan. Sepanjang hari bayangan kekasih berada didepan mata. Masa kerja, tengah ‘meeting’..senang cakap selagi tak tidur!

2) Lelaki selalunya simpan dalam dirinya, tak nak bercakap, menerangkan dengan lebih lanjut sesuatu perkara kalau dia tak nak. Tapi taklah bermakna ada yang tak kena dengan anda dan langsung tak bermaksud yang dia tak cintakan anda. Dia hanya tak nak bercakap,berbincang dan menerangkan perkara tersebut buat MASA INI, itu saja.

Kalau anda rasa cara dia respon terhadap pertanyaan anda tu macam nak tak nak jer, macam malas nak jawablah senang kata walaupun anda tau ada sesuatu dalam fikiran dia, adalah amat baik kalau anda biarkan dia dulu. Jangan buat pertanyaan bertalu-talu untuk menunjukkan yang anda ni begitu mengambil berat kononnya.

Ketahuilah bahawa dia sedang menenangkan dirinya, dia sedang memulihkan tenaganya supaya dia dapat kekuatan semula untuk menyelesaikan apa yang sedang dia lalui. Masa ini, jangan kata anda, sesiapa juga takkan dapat mengetahui apa dalam fikirannya kerana dirinya belum bersedia untuk bercerita.

3) Harga diri, kepuasan lelaki selalunya datang dari kejayaannya dalam hidup, kerjaya, apa yang diceburi dan sedang di usahakannya, bukan saja dari perhubungannya dengan anda.

Katalah dia buat sesuatu kerja kat pejabat tak siap lagi, atau apa jer dia tengah usahakan tak jadi atau gagal, dia TAKKAN rasa puas dan lega dan perasaan ini secara tak langsung akan memberi kesan ke atas anda juga, antaranya mungkin anda akan rasa tumpuan dia terhadap anda macam dah kurang.

Oleh tu jangan cepat buat kesimpulan terlalu awal kalau anda rasa tiba-tiba dia macam tak romantik, macam tak sayangkan anda atau rasa macam dia tak beri perhatian kepada anda. Selalunya, kalau anda berfikiran begitu, anda pasti silap.

Perlu anda faham, tak perlu mendapatkan cinta si dia dengan mengubah siapa diri anda. Salah satu resepi utama mengekalkan cinta dan perhubungan yang berkekalan dengan si dia ialah: Anda hormat dan sayang diri anda di atas siapa diri anda dan apa yang anda lakukan. Kalau ini anda buat, si dia akan hormat dan cintakan anda!


p/s: kalau kekasih anda mat rempit atau yang sewaktu dengannya..apa yang saya tulis di atas tu lupakan sajalah yer..sebab jenis-jenis macam ni memang terang-terang menjahanamkan anda sebagai wanita!

==>>copy from my email

Wednesday, February 18, 2009

..::Hari ni punya cerita::..

Penatnye....

Aku baru je balik dari sesi bergambar dengan kelab, untuk final year members ngan MT je. haru gak sorang2. nama je super senior tapi perangai still cam budak2.hehe..


ckin,wana,as,mira,nurul,nisa



its me...comel x?



tengokla gelagat kami


Terlupa nak bagitahu. semalam aku dah hantar questionnaire aku untuk difotokopi sebanyak 400 salinan. huh..banyak tu. balik je dari DSI, aku terus ke kedai fotostat. melayang duit aku RM100++..kena ikat perut la lepas ni. tu belum kira kos pengangkutan pegi balik ke kawasan kajian lagi. sume gara2 tesis..haih




ni la die borang2 yg aku kena siapkan



108 tu..huhu



Serabut memikirkan bagaimana untuk distribute borang2 tu sume dalam masa seminggu..waa!!!!

Tuesday, February 17, 2009

..::Aku masih Disini::..

Harus selalu kau tahu
Ku mencintamu disepanjang waktuku
Harus selalu kau tahu
Semua abadi untuk selamanya

Kerana ku yakin cinta dalam hatiku
Hanya milikmu sampai akhir hidupku
Kerana ku yakin disetiap hembus nafasku
Hanya dirimu satu yang selalu ku rindu

Jika memang diriku bukanlah menjadi pilihan hatimu...
seandainya kau tahu
betapa ku sangat inginkan dirimu
seandainya kau tahu
apa yang ada di dalam isi hatiku

akankah bisa kunyatakan
rasa cinta dalam hatiku
dan aku tak bisa kukatakan
bahwa kaulah yang terindah
untukku

masih disini menantimu
berharap kau akan memikirkanku
masih disini menunggumu
menanti jawapan atas cintaku
masih disini menantimu
berharap cinta kita kan bersatu
masih disini menunggumu
menanti dirimu kembali

Cinta itu pernah ada dan bertakhta
Bahkan jiwa ini adalah separuh jiwamu
Kau orang yang pernah membuatku merasa bererti
Dan temani bergolaknya hidupku

Dan kuakui hatiku masih untukmu
Walau kadang tak selalu sempurna
Namun tak seorangpun sanggup menggantikan
Pahit dan manis cerita kita…

Aku masih ingin bersamamu
Kan tetap memanggilmu sayang
Sampai selamanya mengukir namamu
Masih ingin tuk tersenyum memeluk dan rasakan kebahagiaan itu

Tak berhujung dan tak pernah berakhir…


..::Bangkit dari Kejatuhan::..

Salam semua...

Sorry sebab dah lama tak up date blog. sebetulnya aku baru saje pulang dari bercuti untuk menenangkan fikiran yang tengah berserabut. alhamdulillah, setelah pulang bercuti, aku rasa lebih tenang, tabah dan tak berserabut lagi. terima kasih buat mama dan family kerana menjaga aku dengan baik saat aku dalam kesusahan.

Mulai hari ni, aku dengan semangat baru akan meneruskan hidup setelah terjatuh dari dugaan yang kecil olehNya. insyaAllah, aku akan lebih kuat untuk hadapi hari2 ku yang akan datang

Kini yang penting adalah menyiapkan tesis dan belajar bersungguh2. yeah, u can do it!!!

Thursday, February 12, 2009

..::Hanya Kenangan::..

Tiada apa yang ingin aku ceritakan saat ni. hati aku telah hancur remuk oleh sebuah cinta yang telah lama aku pertahankan. mungkin bukan jodoh aku dengannya.

aku harapkan dia sentiasa bahagia dengan apa yang dia miliki. terima kasih atas segalanya. Ya Tuhan, tabahkan hatiku atas segala dugaan yang Kau beri padaku. aku tahu Kau Maha Mengetahui semua ini.

esok adalah hari lahirmu. aku ucapkan selamat hari lahir buatmu. semoga Allah sentiasa panjangkan umur, murahkan rezeki dan memberi kejayaan kepadamu.

walau hati masih sayang, berat untuk mengungkapkan kata perpisahan. musnah sudah segala impian.satu yang perlu kau tahu, aku tetap menunggumu.

salam perpisahan dariku..


Wednesday, February 11, 2009

Cinta adalah satu keindahan andai disulam dengan kasih dan sayang.
Rindu adalah satu kenikmatan walaupun pahit pasrah kutelan.

Sayang, kupinta kejujuranmu yang dapat mengubati resahku.
Tak rela ku didustai oleh janji janji palsu.

Andai hati dilukai, tiada maaf kuberi.
Biar aku bersendiri menanti kasih abadi.

Sesungguhnya tiada dua, cintaku hanyalah satu
Kugenggam ke akhir hayatku
Kerana kau segalanya bagiku...

==>>Aku meRINDUi dia yang kini menyepi entah mengapa. Biar hati masih pedih menghiris, akan ku nanti kau datang dengan senyuman. Hadirlah sinari hidupku kembali..