tuhan tidak menguji dengan ujian yang tidak dapat dipikul hambaNya
Teman-teman
Thursday, March 5, 2009
..::Tangisan yang Pilu::..
Kelas Prof Supian. Aku keluar awal bersama Engku ke psz untuk pulangkan buku. Kami breakfast di sub. Makanan, alhamdulillah sedap. Murah lagi. Dah lama sangat tak menjejak kaki ke cafe sub. Aku makan roti canai bersama nescafe ais. Pagi2 dah oder ais.
Tengah makan hp berbunyi. Tertera nama si pemanggil. Kenapa pula abah call pagi2 ni. Mesti ada yang tak kena.
Seleraku mati tiba-tiba. Segera aku menelefon mama yang keseorangan di rumah. Risau plak aku.Sayu aku dengar suara mama. Sedihnya hati mengenangkan mama. Aku tak dapat berbual lama. Kelas aku jam 10. Aku janji akan telefon kembali nanti
Ada in-class assignment mengenai Linear Programming. Susah juga nak faham. Kelas tamat. Tapi tetap stay kat lab. Jam 2 ada perjumpaan dengan PA,mengenai pengijazahan. Sementara 1 jam yang free, aku telefon mama lagi.
Aku cuba buat mama happy. Tapi yang aku dengar cuma esak tangisnya. Sampai bila mama terus menangis. Kalau ikutkan hati, aku mahu mama menangis di bahuku. Sedih, pedih hati aku bila mendengar mama sebegitu. Kuatkan hati mama, ya Allah.
Jangan menangis lagi, mama...ikuti selanjutnya disini
Wednesday, March 4, 2009
..::Seseorang::..
Aku keluar makan dengan seorang kawan yang boleh dianggap abang. Dah lama betul aku tak jumpa dia. Walhal duk satu negeri. Kali terakhir jumpa rasanya masa aku di tahun 2. Makin berisi lak aku tengok dia. Mungkin epy kot.
Terima kasih untuk malam yang menggembirakan.
Kau buat aku tertawa.
Aku bahagia.
Kau buat aku tertawa.
Aku bahagia.
Esok dah ada plan baru. Tak sabar menunggu esok tiba. Jadual hujung minggu yang padat dengan aktiviti yang menggembirakan. Bestnya..
Dah dapat majalah kegemaran aku untuk edisi mac. Tak boleh baca sekarang. Nanti tak siap keje. Sabar sehingga hujung minggu k..
..::Kamu Hanya Kenangan Pahit::..
Hidup ini terlalu indah.
Perlukah pengorbanan bagi seseorang yang tidak pernah menghargai?
Perlukah air mata bagi seseorang yang tidak pernah mengerti?
Tidak.
Aku pasti aku tidak perlukan seseorang yang begitu.
Seseorang yang tidak pernah bersyukur, tidak pernah memahami.
Air mata aku tidak pernah kering setelah mengenali kamu!
Air mata aku membazir, merembes kerana kamu.
Cukup!
Aku tidak perlu lagi.
Kau sakiti hati ini.
Kau perlukan tempoh?
Tidak.
Demi Tuhan, kau tidak akan berubah walau infiniti tahun aku berikan.
Kau tidak akan berubah.
Bukti terbentang luas.
Maha Suci Tuhan menunjukkan.
Aku buta selama ini?
Tidak...Cuma pandangan mata aku terhijab oleh lakonan kamu.
Kamu Lelaki hebat?
Ya..kamu memang hebat.
Aku akui takkan menjumpai lelaki sehebat kamu.
Lakonan kamu terbaik di pentas dunia.
Bukan hanya aku tertipu.
Bukan hanya keluarga tertipu.
Bukan hanya rakan-rakan tertipu.
Malahan seluruh alam tertipu dan menyaksikan tipuan kamu.
Sungguh.
Sumpah.
Aku tidak perlu menangis lagi.
Demi lelaki seperti kamu.
Dan kamu...
Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku.
Aku tidak membutuhkan kamu lagi setelah kau hancurkan hati aku.
Hidup Ini Terlalu Indah...
Bukan untuk bersama lelaki seperti kamu...
Tuesday, March 3, 2009
..::Aku Rindu Dia::..
Seawal jam 7 hp aku berbunyi. Tertera nama pemanggil. Ah, rindunya..Lalu ku jawab panggilan tersebut..
"Selamat hari lahir, mak.."
"Semoga panjang umur dan murah rezeki.."
Kecerian suara mak membuatkan airmataku menitis. Segera kukesat. Aku cuba untuk mengawal intonasi suaraku. Berharap mak tak mendengar perubahan suaraku.
Rindu pada pelukan mak yang begitu mendamaikan. Rindu pada celoteh mak yang saban hari tak berhenti dengan cerita yang mencuit hati. Rindu pada wajah tua yang semakin hari semakin dimakan usia.
Aku risau dengan keadaan kesihatanku akhir2 ni. Sengaja aku sembunyikan semuanya. Andai Tuhan ingin menjemputku lebih awal, aku redha. Aku berharap aku dapat membuat insan2 yang aku sayangi bahagia sebelum ajalku tiba..Semua itu suratan Ilahi..Andai itu takdirNYa...aku terima
Berikan aku kesempatan untuk membahagiakan mereka, ya Allah..

Monday, March 2, 2009
..::Ujian Datang Lagi::..
Aku rasa badan aku panas. Suhu badan dah meningkat. Badan rasa lemah dan sengal2. Kepala dah mula pening dan berpusing2..Tanda2 awal bila aku diserang demam.
Tak sukanya bila demam..semua keje tak dapat buat..badan lemah,panas, sengal2..huhu..
Tapi tu sume ujian Allah. Aku seharusnya terima dengan redha. Sakit menghapuskan dosa2 kecil. Amin. Semoga dengan kesakitan yang aku alami ni dapat menghapuskan dosa2 aku.
Harap tak la demam lama2. Banyak keje yang belum siap nih.
Seperti kata dia..be strong,gurl..yup, aku akan kuatkan semangat aku. Kata2 tu akan aku pegang sebagai semangat untuk aku selama aku di sini..

..::Hari ini::..
Huh..penat betul hari ni. Tapi takpe, aku puas..Best giler pegi Hot fm Big Jam kat Danga Bay. Acceli besday aku sama ng besday Hot fm. Tu yang aku epy sangat tu. Radio kesayangan aku n for sure korang juga kan..kan..
Aku jumpa ramai sangat orang. Yang paling touching masa Imran Ajmain nyanyikan lagu "Selamat Ulangtahun Sayang"..lagu tu mengingatkan aku pada dia. Lagu tu juga yang dia cakap kat aku nak nyanyikan untuk aku sempena besday aku..tapi semuanya hanya omongan kosong. Tapi takpe, aku tak sedih pun sebab abg Imran dah nyanyikan untuk aku petang tadi.Hehe..
Aku tak sabar nak update gambar2 masa pegi konsert tu. Nanti pas aku dah transfer sume gambar2 tu, aku janji akan bagi korang tengok skali k..nak buat entri bergambar lak..hehe
So, sekarang aku nak tido dulu coz badan dah penat dan kaki dah lenguh sebab diri lama. Thanks pada sume yang wish besday aku..aku sayang kalian sume

Subscribe to:
Posts (Atom)