Teman-teman

Wednesday, October 17, 2012

..::Untuk Bakal Pengantin Yang Mahukan Majlis Yang Marvelous Tapi Dengan Harga Yang Murah::..

Hari ni saya just nak sharekan satu link yang menarik bagi bakal-bakal pengantin yang mahukan wedding yang marvelous+ elegance+modern+nice... Jom klik sini...


Walaupun dorang ni baru ditubuhkan tapi kerja-kerja dorang memang superb. Saya tak sempat nak gunakan perkhidmatan dorang time saya punya wedding sebab belum ada lagi masa tu. Tapi saya sempat gunakan perkhidmatan salah sorang pemilik Indah Wedding ni a.k.a my BIL. Hehe...Dia punya hasil kerja, memang meletops uoll..

Meh tengok antara hasil kerja my BIL masa wedding saya

Mini pelamin...ringkas dan trendy...sile abaikan muka pengantin yang penat tu ye

HB comel dan cantik

Hantaran yang digubah sendiri oleh BIL saya...unik dan fresh kan???

Kalau ada sesiapa berminat,sila la singgah di Indah Wedding Rental And Stationary ye..cekidout




Tuesday, October 9, 2012

..::Genap 2 Tahun::..


9 Oktober 2010 merupakan detik bersejarah dalam hidup saya apabila saya bulatkan hati untuk menerima cinta seorang lelaki setelah kecewa mempertahankan cinta terdahulu selama 5 tahun. Pada ketika itu, hati dengan 100 peratus berserah dengan ketentuan Ilahi untuk jalan hidup saya yang seterusnya. Keputusan yang dibuat, alhamdulillah memberi kebahagian yang dicari selama ni.

Siapa sangka, insan yang pernah dikenali selama 13 tahun dengan gelaran 'abang angkat' adalah jodoh yang telah ditetapkan Allah sebagai teman hidup, pelindung dan tempat bermanja bagi saya. Syukur ke hadrat Allah.

Kalau difikirkan masa saya terima suami saya pada waktu itu, memang rasa macam tak percaya je. Keputusan yang saya buat masa tu pun bukan dengan sepenuh hati. Ikhlas saya bagitahu, suami saya tu bukan 'taste' saya. Hehe.. Tapi bila saya bersama dengan dia, hati saya rasa tenang. Dalam tempoh 3 bulan  dari saat kami 'declare' sebagai pasangan serius, keluarga suami terus datang merisik. Lepas tu, bulan Mac kami bertunang selama lebih setahun. Dan sekarang, alhamdulillah sudah 4 bulan kami menjadi suami isteri.

Selamat ulangtahun kedua, sayang...

n o t a k a k i : Indah sungguh percaturan Allah, bukan...... (^_^)


Wednesday, August 29, 2012

..::Pengalaman Berhari Raya Dengan Dua Keluarga::..


Assalamualaikum dan selamat hari raya....

Dah 11 Syawal pun kan. Cepat je masa berlalu. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur.

Rata-rata blogger yang baru berkahwin sebelum ramadhan lepas, asyik bercerita pasal pengalaman raya mereka. Hehe.. Saya pun nak story mory gakla. Boleh ye...

Alhamdulillah, saya dan suami dapat cuti raya seminggu. Seronok dapat cuti lama-lama ni. Boleh spend time lama sikit kat kampung. Kami bertolak dari Shah Alam ari Jumaat sebelum raya tu. Saya dah start cuti pun Jumaat tu. Bos bagi free leave. Best. Tapi kena tunggu suami dengan adik ipar abis keje gakla, baru boleh balik kampung.

Sampai di Terengganu, dalam jam 1 pagi. Alhamdulillah, jalan smooth je. Maybe sebab ramai yang dah balik dari hari Rabu kan. Malam tu stay rumah saya dan bersahur sekali di rumah saya. Dalam jam 10 pagi, saya balik rumah mertua plak. Mentang-mentang rumah sendiri dengan rumah mertua sekangkang kera, bolehla gilir-gilir. Walaupun penat, tapi seronok juga. So, sehari sebelum raya tu aktiviti mengemas rumah mertua dan juga menyediakan juadah untuk hari raya. Dalam keluarga mertua, cuma mak, along dan saya je perempuan. Tahun depan, terpaksala saya dengan mak je buat persiapan raya. Next raya along balik Perlis. Huhu..

Nak jadikan cerita, ada insiden yang lucu + memalukan berlaku pada hari Sabtu tu. Hehe.. First time saya tahu selok belok rumah mertua saya adalah masa raya tahun ni. Oleh itu, saya dengan tidak sengaja telah merosakkan pintu tingkap rumah mertua. Faham tak? Camni, saya tak tahu tingkap tu tak boleh buka. Tapi saya usaha juga tolak sehingga saya dengar bunyi agak kuat di luar rumah. Rupanya pintu tingkap tu dah jatuh ke laman rumah. Mujurlah masa tu takde kereta park dekat laman. Malunya saya. Rasa bersalah pun ada. Tu la, memandai sangat.

Stop pasal peristiwa memalukan tu. Meh saya cite pasal sistem bergilir masa hari raya plak. 

  1. Malam dan pagi raya saya di rumah mertua. 
  2. Lepas solat raya sehingga raya kedua di kampung saya di Pekan. 
  3. Malam raya kedua sehingga raya ketiga di rumah mertua.
  4. Malam raya ketiga sehingga raya kelima di rumah saya.
  5. Malam raya kelima di rumah mertua.
  6. Raya keenam di rumah saya (sebab buat open house)
  7. Raya ketujuh di rumah mertua
  8. Pagi raya kelapan di rumah mertua & rumah saya sebelum bertolak pulang ke Shah Alam
Saya banyak mengelat kan?Hehe...Next raya, malam dan pagi raya wajib di rumah saya coz encik suami tak balik raya. Huhu..Hehe..

Itulah serba sedikit kisah hari raya saya bersama keluarga saya dan keluarga mertua. Yeay..Korang plak camne?





Tuesday, July 24, 2012

..::Rezeki Bulan Ramadhan::..


Syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi. Dengan izinNya juga saya peroleh rezeki yang tak disangka di bulan Ramadhan yang penuh berkah ni. Alhamdulillah.

Pagi semalam big bos panggil masuk bilik dia. Ingatkan nak bagi projek baru untuk saya uruskan. Rupanya sangkaan saya meleset. Dengan keadaan blur + monday blues + lemau, saya cuba fahamkan apa sebenarnya bos tengah terangkan. Rupanya big bos nak upgrade insentif saya. Yeay... Syukur sangat. Yang paling penting kat sini bukannya insentif yang diberi tapi kepercayaan big bos kepada setiap hasil kerja yang saya buat dah meningkat. Insentif tu dikira sebagai bonus jela. Hehe.. Lepas dapat berita gembira tu, terus semangat kerja datang. Teruk kan?Hehe..

Mungkin lepas ni kena bekerja keras lagi. Tambahan plak senior dalam company ni a.k.a my classmate, cik bakal puan zuliana dah nak benti keje. Huhu. Nanti dah takdela orang nak ajak bergosip lagi. Tak bestnye. Papepun, good luck la kat tempat baru after ur wedding nanti ye. Jangan lupa SAVING ok...



Monday, July 23, 2012

..::Ramadhan Bersama Suami::..


Alhamdulillah..Sudah 3 hari umat  Islam menjalani ibadah puasa. 3 hari juga saya berpuasa bersama suami tercinta. Walaupun hati sayu mengenangkan tak dapat menyambut awal puasa di kampung, saya tetap gembira dengan adanya suami disisi. InsyaAllah cuti nuzul Quran nanti saya balik kampung. Itu pun sorang-sorang. Encik suami kena keje time tu.

Selama 3 hari ni saya agak gagal dalam menyediakan juadah berbuka untuk kami. Hehe..Apa punya isteri la saya ni kan. Eh, salah-salah. Encik suami yang tak bagi saya masak. Lagipun kami berdua je, so beli lauk siap kat param je la. Tapi lauk sahur, saya berjaya lagi untuk siapkan. Masak lauk simple-simple je. Alhamdulillah, suami saya bukan seorang yang cerewet dalam bab makanan. Apa yang saya masak, itulah yang dia makan. Even saya tau lauk yang saya masak tu tak sesedap rupanya, tetap juga ditelan tanpa sebarang rungutan. Terima kasih, abang...

Petang ni, insyaAllah saya akan gigihkan diri untuk masak juadah berbuka. Doakan saya berjaya ye. Setakat ni saya ikut tips dari blog cik puan manis yang bakal dapat baby tak lama lagi ni: IDEA KAHWIN SAYA untuk sediakan lauk untuk bersahur. Biasala bila si isteri bekerjaya, mesti ada solusi untuk mengendalikan rutin di rumah agar segalanya teratur dan suami pun senang hati..

Okla...Selamat hari Isnin dan Selamat Berpuasa....



Wednesday, July 18, 2012

..::Takziah Buat Keluarga Mak Ngah::..


Tanggal 17 Julai 2012, saya dan suami kehilangan seorang bapa saudara yang amat rapat, periang, ceria dan terbaik. Hiba rasa hati disaat menerima perkhabaran sedih dari along seawal jam 7 pagi. Esak tangis along jelas menggambarkan kepiluan yang amat dirasai dilubuk hati kecil. Saya juga turut mengalirkan air mata kesedihan saat itu.

Cuba untuk bertenang. Dengan kekuatan yang masih tersisa, saya meyampaikan khabar pilu kepada suami yang telah pun sampai di tempat kerja. Telefon adik-adik, mak dan semestinya bos untuk menyampaikan khabar duka.

Begitulah ketentuan Allah. Setiap yang hidup pasti akan menemui mati. Pak ngah menemui Ilahi disaat dia ingin menunaikan fardu Subuh. Tergelincir dalam bilik mandi. Innalillahiwainnailaihirojiun....Semoga pak ngah tenang dan dikelilingi oleh orang-orang yang beriman. Al-fatihah....