Teman-teman

Wednesday, June 29, 2011

..::Rezeki Hujung Bulan::..


Aku agak bengang bila gaji lambat masuk. Yela, bila dah hujung bulan konfem la duit poket dah kering. Tambahan plak baru je lepas pegi holiday kat PD hujung minggu lepas. Sangat syok oOo... Yang tu nanti aku cite kan ye.

Sekarang ni aku nak cite hal pagi tadi. Awal pagi aku dah dikejutkan housemate aku pasal bos dah bagi cek gaji bulan ni. Alhamdulillah..Rezeki time hujan. Terus laju-laju pegi bank untuk deposit. Hehe..

Sampai je opis, terus teringat nak cek cimbclicks. Mana tau kawan aku dah bank in kan duit die kat aku kan. Huhu... Sekali duit lain yang masuk. Bukan sikit, tapi banyakkkk.... Sangat teruja tau. Rezeki, rezeki...

So, bulan ni bolehla aku simpan banyak sikit untuk duit kawen. Yahoo.... (padahal dalam kepala dah macam-macam terbayang nak beli. Hehe....)

Terima Kasih ya Allah...







Friday, June 24, 2011

..::Al-Fatihah::..


Dah lama tak buka blog dia. Hampir 2 bulan juga. Dulu, setiap hari mesti buka blog dia. Post-post dia semua best. Senang cite, boleh buat hari-hari aku ceria la. Rasa tak lengkap hidup kalau tak buka blog dia. Dia pun selalu je datang melawat blog aku dan tinggalkan pesanan di chatbox.

Sejak aku dah keje ni, dah takde masa nak buka blog dia even aku tahu setiap hari mesti ada cerita menarik kat blog dia. Hari ni aku tergerak hati nak buka blog dia, nak layan sume post dia yang aku dah ketinggalan selama 2 bulan ni. Alih-alih, satu berita yang mengejutkan aku plak yang terpapar di entri paling latest di blog dia.

Rupanya, dia dah takde. Bukan sekejap, tapi untuk selamanya. Bukan hari ni saja, tapi sehingga hari-hari seterusnya. Lepas ni siapa lagi nak buat hari-hari ceria? Siapa lagi nak tulis benda-benda yang mengarut tapi BEST GILER untuk tatapan semua?

Sedih, sayu, tergamam, pilu........

Aku doakan rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Terima kasih sebab telah menceriakan hari-hari aku sebelum ni... Sangat terasa dengan pemergianmu....

Untuk keluarga Telurdibasuh.... aku doakan korang tabah untuk ujian ini. Al-fatihah.....



..Hujung Minggu Bakal Meriah::..


Sangat tak sabar menunggu hujung minggu ni tiba. Nak tahu kenapa? Hehe.. Me ada reunion tau..kat pd lagi. Bestnya. Rasa nak cepatkan waktu je sekarang ni.

Reunion ni adalah reunion sekolah aku yang kedua. Dulu-dulu aku selalu je tukar sekolah. Bukan budak jahat ok, tapi kena ikut family berpindah randah. Penat tau. Sekolah ni antara sekolah yang aku suka sebab banyak pengalaman semasa meningkat ke arah menjadi anak dara sunti. Hehe.. Time kat sekolah ni la aku jadi tomboy, bawa beskal macam budak lelaki, mandi hujan, redah banjir, panjat pokok kutip buah kaler oren-oren tu untuk jual, blajar bawa motor dan macam-macam lagi.

Seronok sangat kan bila ingat zaman sekolah dulu-dulu. Aku hapy sangat nak pegi reunion ni sebab dah 13 tahun kami tak jumpa tau. Masing-masing dah berubah. Tak sabar nak tahu perkembangan sume orang. 

Jom kita mengira waktu......tik tok tik tok tik tok....Hehe


Wednesday, June 22, 2011

..::Semoga Rohnya DIcucuri Rahmat::..


Semalam aku dikejutkan dengan berita pemergian ayahanda sahabat baik aku, Ahmad Fakhri Mohd Zaki. Takziah buat Yie dan family. Semoga kamu tabah hadapi ujian ni k. Sebagai anak sulung, mesti berat tanggungjawab Yie untuk uruskan keluarga lepas ni. InsyaAllah semuanya pasti baik-baik saja.

Sedihnya..

Aku kenal dengan Yie ni sejak dari sekolah rendah lagi. Dari kecik memang kami dah rapat, sampaikan ada je gosip-gosip liar yang cakap kami ni kapel. Nak kapel ape kalau time tu masih higusan lagi. Aku plak time tu ala-ala tomboy.

Masa dalam kelas, Yie duk belakang aku. So, selalula kami berbual. Even masa peperiksaan pun nama die dekat dengan nama aku. Mestila duk dekat-dekat. Yie ni anak tentera. Seorang yang sangat baik. Hensem juga tau. Sape nak ngorat, leh tinggalkan mesej ye. Hehe. Sekarang ni die dah jadi cikgu pun.

Kenangan yang paling best masa sama-sama belajar dulu adalah time kami balik dari kelas malam ramai-ramai. Dalam hujan plak tu. Memang best la. Sabtu ni kami ada reunion kat PD. Wiwi...Ish...dah melalut plak dah. Hehe..

Sama-samala kita sedekahkan al-fatihah buat arwah ayah kawan aku ni ye. Al-Fatihah.....


Tuesday, June 7, 2011

..::Manjakan Diri Anda::..


Korang pernah try tak beli DealMates or Groupon? Camne? Best tak? Berbaloi ke?

Aku dah try ok. First time kat Groupon. Aku beli offer yang buat manicure and pedicure. Best tau. Berbaloi-baloi sangat. Ni gara-gara osmate aku yang nak bertunang hujung bulan lepas la. Dia memang nak cantikkan tangan. Yela, nak sarung cincin kenala tangan cantik. Nanti dalam gambar, baru comel. Hehe..

Second time plak aku beli offer kat DealMates. Ala...yang buat treatment rambut guna barangan L'oreal tu la. Baru je beli tadi. Belum pegi lagi. Tengah diskas dengan osmate nak pegi bila. Bestnya. RM29 je tau (daripada RM180). Sape nak bagi kan.. Lagipun dah lama tak pegi salon.

Eh, ada satu lagi la yang belum pegi. Steamboat kat Restoran Thai Seafood. Yang tu harga die RM15 je. Hehe...

Aku rasa aku dah gila beli kupon-kupon online ni la. Adoyai... Tapi tak rugi kalau pandai memilih. Hehe... Jomla korang....Join Groupon and DealMates. Macam-macam ada....

Friday, May 27, 2011

..::Second Time Ke Sepang::..


Kelmarin aku pegi Sepang untuk pertama kali. Semalam pun aku pegi Sepang lagi. Kali ni dah terer sikit jalan-jalan kat sana. Hehe...

Lepas settle submit dokumen kat Pejabat Tanah Sepang, aku cuci mata kat Sepang GoldCoast. Sangat teruja nak ke sana sebab tempatnya cantik. Hati aku berbunga riang je bila melalui F1 Circuit, pastu lalu kampung-kampung yang sangat comel dan tenang. Hilang penat aku sekejap.

Perangai aku memang pelik sikit ok. Kalau aku nak hilangkan stress, aku akan window shopping ke, makan eskrem ke, melawat ke tempat-tempat yang mendamaikan macam kampung ke, pantai ke.. Sure lepas tu emosi aku akan ok seperti sedia kala.

Lepas dah jalan-jalan cuci mata kat sana, aku terus ke destinasi seterusnya. Dari PT Sepang ke Sepang GoldCost adala dalam sejam juga. Lenguh kaki tekan pedal minyak. Dari Sepang GoldCoast ke MPK plak lebih dari sejam. Huhu..Dari MPK ke Bukit Tinggi dekat sejam sebab aku tak jumpa jalan kuar dari bandar Klang. Hampeh betul. Jalan belit-belit.

Masa kat MPK, aku jumpa coursemate masa kat U dulu. Serius aku tak perasan dorang. Haha.. Fokus punya pasal. Hapy dapat jumpa korang tau (Lean n Lesong)...

Dah settle sume, terus balik opis. Ingatkan dah abis jalan-jalan. Bos mintak aku ke Bukit Tinggi skali lagi. Adoyai.. Dah settle, bos bagi balik rumah awal. Wiwi..

Ok, itu saje perjalanan cerita aku semalam. Penat yang amat. Tapi puas. Maybe petang ni aku berjalan ke area KL Sentral plak.. dan boleh balik rumah terus. Hehe..