Teman-teman

Monday, November 3, 2008

..::Aku Paling Tak Suka..::..

Alhamdulillah, petang tadi aku dah selesai jawab kertas peperiksaan aku yang pertama. Walaupun kurang berkeyakinan, aku dah berusaha sehabis baik bila menjawab tadi.

Thanks to my mum and dad yang sangat supportive dan tak lupa juga terima kasih aku buat si dia yang banyak bagi semangat time aku rasa down dan tak ada mood nak study.

Aku sebenarnya nak luahkan ketidakpuasan hati aku yang dari semalam lagi dah membengkak dalam hati.

Aku ni bukan orang yang senang nak lepaskan kemarahan depan depan. Selalunya aku akan ceritakan rasa marah aku tu pada orang yang tak ada kena mengena dan yang bukan buat aku marah tu.

So, semalam yang kena dengar rungutan aku adalah si dia. Kesian lak aku rasa sebab merungut kat si dia. Yela, si dia tengah sibuk study aku lak duk kacau dia.

Aku paling tak suka orang yang ambil mudah or sambil lewa dalam hal hal yang penting macam exam ke, plan nak pergi sumwhere ke, or kerja kerja yang patut dia selesaikan.

Dalam study week ni la orang orang berkenaan baru sibuk nak cari nota. Aku tak suka orang yang tak bersedia dari awal. Itu boleh diterima lagi la kan sebab ada masa 1 week..Ada lak tu nak pinjam note yang aku buat sendiri untuk fotostat. Dah kalau pinjam, bila lak aku nak study? Haih..

Yang paling aku bengang sangat sangat, malam sebelum exam lak baru nak tanya exam kat mana esok dan jam berapa. Haih..kenapala ada juga orang macam ni. Diorang ni tak alert ke tentang tarikh tarikh penting camni? Takkanlah asyik nak harapkan orang je yang bagitau. Kalau aku wat senyap je dan tak bagitau bila, apa reaksi diorang agaknya?

Bukannya tak boleh nak buat macam tu tapi aku tak sampai hati. Dah nama pun kawan. Jaga hati la katakan. Last last aku sendiri yang bengkak hati.

Lepas ni aku dah serik dah nak tolong golongan macam ni. Dah besar pun masing masing dan boleh fikir apa yang patut buat or tak. Itukan tanggungjawab sendiri. Bukan jauh sangat pun fakulti tu kalau setakat nak tengok jadual exam. Aku pun pergi tengok sendiri. Sorang sorang pulak tu..

Sory la kalau ada yang terasa bila baca entri ni. Aku cuma nak legakan hati aku yang masih rasa bengang ni. Lain kali hope tak jadi dah la macam ni. Kalau nak tanya pun, tanya seminggu sebelum exam. Dengan senang hati aku balas pertanyaan tu..

Kalau macam ni la kan, aku tak taula macam mana agaknya masa bekerja nanti. Ntah ntah kena lantik setiausaha peribadi untuk bagitau sume perkara walaupun hanya bekerja sebagai kerani..(",)

2 comments:

LORD ZARA 札拉 said...

Hah...

Tu dia....

Bila akak ku start membebel...

Bleh terbakar dunia!

rimieilya said...

baru skit je ni..

ko nk jd pndgr gak ke?