Teman-teman

Thursday, November 6, 2008

..::Orang Kurang Siuman::..

Tepat pukul 12 tadi berakhirla exam aku untuk semester 7. Walaupun dah abis tapi still tak rasa lega sebab Isnin depan kena pizen CP tesis lak. As first presenter lak tu.

Petang semalam jadual viva dah tertampal kat papan kenyataan fakulti. Aku, Baizura ngan Edoot pegi tengok time tu jugak..Kalau tak, tak senang
duduk dalam bilik. So, bila masing masing dah tau tarikh viva mula la sume tunjuk muka cuak. Hilang mood nak teruskan study untuk paper terakhir pagi tadi.

Pas solat asar semalam,aku ter
menung sekejap memikirkan macam mana aku present nanti. Lulus ke tajuk aku tu? Handset aku berbunyi menandakan ada mesej masuk..



Ko nak beli makanan tak petang ni? Aku lapa la plak..


Ko nak makan ke? Jomla aku temankan kalau nak beli pape. Aku tak tau lagi nak makan ke tak. Nak pegi mana?

Ntahla..meranti kot..cengal best tak masakan panas dia?



Tunggu jap aku salin baju. Jap lagi aku turun. Engku ada kat bilik aku ni. Nak join skali beli makanan..



Mula tu memang nak beli kat meranti je. Tapi Baizura lak teringin nak makan mee bandung muar. Haih.
.cam mengidam je..Pegi kat N24,nak makan kat sana tapi cam seram je. Last last aku suggest pegi Mama Lin kat Taman U.

Sampai sana, mee bandung lak abis. Tanya kedai sebelah, nasib baik ada. Tunggu makanan siap
dibungkus, sempat lagi snap snap gambar.




Masa nak balik tu ada satu kejadian yang lawak, seram dan cuak terjadi kat kami. Ntah dari mana datangnya orang kurang siuman ni pun tak tau. Sedap je dia duk berdiri belakang keta member aku ni. Kami dah cuak. Camne nak balik? Takkan nak reverse keta camtu je. Nak pegi kat keta pun takot.

Semua orang kat kedai makan tu perasaan dengan kami. Lama lak orang kurang siuman tu duk belakang keta member aku ni. Sempat gak la kami duduk kat kerusi kedai Mama Lin tu. Orang
kurang siuman tu boleh lak pandang ke arah kami sambil tersenyum. Aku rasa cam nak menangis je. Mana la tau kan tetiba je dia datang kat kami. Seram..Dah lama dia duk belakang keta member aku tu, dia gerak ke keta sebelah. Ingatkan dah nak pegi tapi dia pusing balik dan duk kat keta member aku sekali lagi. Kami bertiga dah naik geram. Bila la orang ni nak pegi dari situ.





Tak lama lepas tu barula orang kurang siuman tu pegi. Lega.. Dalam keta kami duk gelak je bila ingat balik kejadian tadi. Hahaha..siap bayangkan lak kalau kami main redah je masa orang kurang siuman tu kat belakang keta tadi and then tetiba dia buka pintu keta sesama ngan kami..Mau dengar satu Taman U tu jeritan kami bertiga.

Tapi disebabkan orang kurang siuman tu gak kami leh release tension dan rasa cuak.Bagus,bagus..

Petang dan malam ni aku rasa nak rest dulu and then pagi esok baru fikir tentang viva aku hari Isnin depan.

2 comments:

LORD ZARA 札拉 said...

Mak aii...

ada orang kurang siuman kacau kau??

uikss...

bahaya2~

[dari post aku]:

i really want to cry!

I need u!!

I want u!!

Lend me your shoulder please...I'm too stressed now!

rimieilya said...

risau aku ngan ko ni..