tuhan tidak menguji dengan ujian yang tidak dapat dipikul hambaNya
Teman-teman
Monday, November 17, 2008
..::Sakit anugerah Allah::..
Seperti yang tertulis, sakit adalah anugerah Allah yang tak ternilai harganya. Allah memberi ujian sakit kerna itu petanda Allah menyayangi kita. Bertuah bagi orang yang diberi ujian sebegitu.
Sakit juga adalah penghapus dosa dosa yang telah kita lakukan. Dengan turunnya ujian tersebut, kita sebagai hamba akan lebih mengingati Pencipta dan kematian.
Hidup adalah untuk mati. Selagi kita bernyawa tujuan kita adalah sama iaitu ingin masuk dari mana mana pintu syurga yang sememangnya akan menjanjikan hidup hakiki yang lebih bermakna.
Pernahkah kita terfikir untuk mengingati Allah setiap kali jantung berdegup? Setiap kali nadi berdenyut? Setiap kali hembusan nafas dan udara yang kita sedut?
Betapa banyaknya nikmat yang telah diberi percuma pada kita. Tetapi adakah kita benar benar yakin yang ibadat kita selama ini diterimaNya? Sedangkan yang wajib dibuat pun kadangkala terleka, inikan pula perkara sunat.
Pernahkah kita terfikir bahawa setiap apa yang kita telan itu yakin halalnya? Dari mana datangnya makanan tersebut dan siapa yang menjualnya?
Ya Allah, aku terlalu kerdil untuk menjadi muslimah solehah. Aku terlalu naif untuk layak ke syurgaMu. Hanya doa dan amalanku yang tak seberapa ini sebagai bekalan untuk mati kelak. Bimbinglah diriku, keluargaku, sahabatku dan juga sekalian umat Islam di dunia ini, ya Allah..amin..
Labels:
fikir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
yeah...
ko betul...
skg pon aku sakit
salam..
sbb tu kena ingat 5 perkara ni
sihat b4 sakit
muda b4 tua
kaya b4 miskin
lapang b4 sempit
hidup b4 mati...
zara - yeke? cepat sembuh eh. aku pun tengah kene demam rindu ni.hee
aie - salam kembali..thanks for ur reminder..
mohon copy paste sebagai peringatan n pengajaran diri n org laem
alhamdulillah..silakan..
Post a Comment