Teman-teman

Wednesday, February 25, 2009

..::Pelik::..

Ni entri ari khamis lepas. tak sempat nak update sebab sibuk mengemas nak balik kuantan..

Lepas aku balik dari kelas khamis lepas, aku kemas apa yang patut untuk balik kuantan selama seminggu..seminggu ke?? takdela..5 hari je. ada sorang mamat ni add aku kat skype. aku accept jela. tak lama pastu kami borak2. die ni orang utara. still study at the same place with me. dak kolej sebelah je pun.

Awal2 sembang, die ni kira ok la juga. tengok dari pic yang die letak cam baik je. tapi nak wat camne kan...hati aku dah tertutup untuk insan bernama lelaki. tak dela rasa pape. hanya sorang je yang boleh buat pintu hati aku terbuka semula untuk bercinta. korang pun mesti dah dapat agak sape kan..

Mamat ni beria nak hantarkan aku kat sri putri. ish,tak berani la aku. baru je kenal. lagipun aku dah janji ngan kawan aku nak pegi ngan die. mamat ni cam paksa2 aku je. tak suka betul aku bila orang dah mula nak memaksa sesuatu yang aku tak suka..siap nak belanja makan la..

Aku cakapla yang aku dah janji ngan kawan aku. boleh lak die suh aku cancel je. ish,ish..tak mungkin..

Dari percakapan die, aku dapat rasa sumthing yang lain. ada yang tak kena je. daripada aku terus duk layan mamat ni, baik aku stop je. mungkin mamat ni dah bosan sebab aku banyak bagi die alasan dan berdalih je, dengan sendirinya die yang stopkan perbualan antara kami. hehe..nasib baik. lega skit..

Harap2 janganla die cari aku lak nanti kat fakulti. takut...

2 comments:

LORD ZARA 札拉 said...

Budak KRP ke KTR ke KTHO?

Apa bunyi cam sangap ja?

hahaha~

rimieilya said...

haha..rahsia

sangap?xdela..

i need abc once again..huhu