Teman-teman

Friday, May 29, 2009

..::Resepi 5K::..


Setiap orang pasti mahukan cinta yang dibina berlangsung dengan bahagia dan tenang serta jauh dari stress. Di sini, aku ingin berkongsi sedikit resipi bagaimana untuk menangani STRESS CINTA sebagai panduan bagi mereka yang akan bercinta, sedang bercinta dan sudah bercinta. Mungkin ada yang pernah baca artikel ni. Sesaje la nak peringatkan balik dan juga sebagai panduan diri sendiri nanti..


1K ~ Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan, tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Kamu harus tahu tanggungjawab kamu sebagai seorang kekasih. Misalnya mengambil berat, melindungi dan menyayangi antara satu sama lain. Andainya kamu sentiasa ada rasa tanggungjawab masalah stress pasti tidak akan timbul. Malah kamu akan sentiasa rasa bangga apabila dapat melakukan sesuatu untuk pasangan biarpun melakukan hal yang kecil untuknya.


2K ~ Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur, ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya untuk kebaikan bersama. Walaupun ada kalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin menegakkan diri sendiri, tetapi itu lebih baik daripada ianya dibiarkan bersarang sehinggakan kamu dan si dia bercinta dalam keadaan tertekan.


3K ~ Kesabaran
Setiap orang yang bercinta memanglah tidak dapat lari daripada berhadapan dengan situasi perbezaan pendapat. Mereka yang berusaha menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Percayalah tidak mungkin kamu dan si dia akan selalu sama pendapat. Oleh itu, janganlah kerana perbezaan pendapat membuatkan hatimu semakin sangsi dengan dirinya kerana ini adalah perkara biasa. Cubalah bersabar dan terima pendapatnya dengan ikhlas. Jangan biarkan hubungan jadi stress semata-mata kerana kamu dan si dia kedua-duanya mahu menang..


4K ~ Kebebasan
Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan. Jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mula menganggap yang si dia perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya, sebaliknya si dia ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri. Kamu juga seharusnya begitu, berilah ruang padanya untuk bersama teman-teman. Kalau 24/7 kamu dan si dia asyik bersama, boleh jadi stress juga dibuatnya.


5K ~ Kepercayaan
Tidak dinafikan bukan mudah untuk memberikan kepercayaan 100% pada seseorang biarpun si dia insan yang kamu cintai. Namun dalam percintaan, hendak atau tidak kamu harus juga memberikan kepercayaan pada si dia. Sekiranya kamu sentiasa ada perasaan curiga, hubungan kamu pasti tidak pernah aman. Bukan itu saja, hati kamu juga tidak pernah rasa senang dan tenang. Mana tidaknya bila berjauhan saja kamu sudah mula berfikiran yang bukan-bukan. Begitu juga andai ada orang lain yang menghubunginya kamu sudah fikirkan si dia ada hubungan sulit. Jadi, cubalah memberikan kepercayaan pada si dia andai kamu mahukan hubungan yang tenang dan tidak tertekan.


CINTA SEMEMANGNYA BOLEH MERUBAH HIDUP SESEORANG MENJADI BEGITU INDAH DAN MEMBAHAGIAKAN. NAMUN HARUS DIINGATKAN, DALAM KEBAHAGIAAN ITU CINTA JUGA MAMPU MEMBERI TEKANAN YANG BERAT PADA KAMU. SELAMAT MENJALANI CINTA BAHAGIA ANDA..

Thursday, May 28, 2009

..::Modem Baru::..


Untuk yang pertama kalinya aku try access internet menggunakan modem DIGI. So far, not bad la. Loading time bersesuaian dengan speed. Sekarang ni try guna prepaid RM30 dulu. Tengok camne. Kalau cam hampeh je, aku stop la kot. Tapi syukur gak coz sekurang-kurangnya aku dapat access internet kat rumah. Tak perlu aku ke CC lagi.Hehe..Thanks to Yie yang bagi guna number DIGI dia neh dulu. Nanti sy pulangkan balik pada awk bila awk dh balik Kuantan nt ye..

Apa yang terjadi hari ini? Nothing special. Rutin harian je. Just pagi tadi pegi bawa kak long cari set bersalin untuk dia. Kak long pregnant sekarang. 6 months. InsyaAllah, dia akan bersalin kat rumah ni. Wiwiwi..bestnya. Tak sabar nak tunggu anak buah baru. Yang ke 5.

Next week family aku pegi holiday kat Kelantan. Abah ada meeting kat sana seminggu n headquarters dah tempahkan hotel untuk dia dan family aku. So, boleh la mencuci mata kat Kelantan lagi. Hehe..

Stop here. See u all later. Takot meletop je hp aku ni kalau online lama2..hehe..


Wednesday, May 27, 2009

..::MID::..


Salam fellas..


Wah dah lama tak jenguk blog kesayangan ramai neh..ramai ke? Acceli aku windu sangat nak update blog ni tapi kekangan masa dan keadaan, aku peramkan blog ni dengan entri2 yang dah ada je. Sory a lot yea..


Ape nak cite ek? Dah lama tak menulis ni, hilang lak idea yang bagus2 untuk tatapan fellas sume. Lagipun update blog kat CC ni tak memberi ketenganan langsung. Dikelilingi budak2 bawah umur yang rata2 main game bising2. Hilang konsentrasi aku nak mengarang ayat.


Sambil-sambil check emel baru, boleh la update blog ni. Tak la bosan sangat. Masa cuti panjang ni aku abiskan masa memasak, kemas rumah dan membesarkan badan. Boleh dianggap suri rumah sepenuh masa la ni. Ganti my mom yang tak berapa sihat sekarang ni. Cedih. Tapi tak kisah. Alang2 dah belajar memasak dan buat sume keje rumah, boleh tambah ilmu untuk masa depan. Ahaks.


Hari-hari biasa, aku tinggal berdua je ngan mak. Adik2 sume ke sekolah. Aku pandang mak, mak pandang aku.hehe..Tapi best gak. Dapat aku manja lebih2 ngan mak. Bila lagi kan??


Semalam aku berkesempatan mesej2 ngan bestfriend aku, Baizura. Dah dapat keje seh. Isnin depan start. Bestnya. Senang je dapat keje. Aku belum mula cari keje lagi. Tunggu surat tawaran master dari UTP dulu. If tak ada rezeki, baru aku start cari keje sebelum apply wat master kat UTM lak. Dulu dapat offer dari UTM tapi aku tak berminat. Nak tukar bidang baru.


Weekend yang lepas, rumah aku penuh. Sume adik beradik balik. Happy sangat. Long, Angah, Faten, Kakak dan Aiman. Anak buah yang nakal2 pun ada. Time untuk menyakat.hehe..kuar tanduk jap.


Pada 23hb Mei gak, kawan lama aku masa kat Johor dulu kawen. Sempat juga aku pegi majlis dia di Temerloh. Meriah. Kalau ada masa lagi, nanti aku update gamabr kawen dia ek. Comel. Ada kacukan Arab. Tema Oren aritu. Kira tak menepati tema la. Aku pakai wane pink lak. Takpe, janji majlis berjalan lancar. Sempat la berborak lama dengan kawan aku tu sementara tunggu pengantin lelaki sampai. Abis cite masa kecik2 dulu kuar. Paling tak leh lupa, bergaduh ngan dia sampai kne kejar keliling rumah.hehe..


Dalam gembira tu ada gak cite sedih. Adik perempuan aku yang bongsu tu sakit. Belum disahkan lagi apa penyakit sebenar dia. Memang dari kecik kesihatan dia kurang baik di antara kami sume. Sedih gak tengok dia cengkung dan pucat je. Hopefully keputusan dari Doktor memberi khabar gembira buat kami sekeluarga.


Sekarang ni duk menghitung hari untuk melalui perjalanan hidup yang baru. Dunia sebagai seorang pelajar dah tamat. If diberi kesempatan untuk sambung lagi, mungkin dah tak sama dengan waktu dulu. Pengalaman mematangkan seseorang kan. Umur pun dah semakin meningkat. Time to repay sume pengorbanan mak abah selama ni. Walaupun sememangnya takkan terbalas kesemuanya, cukupla kalau dapat buat mereka bahagia dan gembira dengan pencapaian aku sebagai anak mereka. SAYANG MAK ABAH.


Cukup la kot sampai sini. Dah tengahari pun. Nak balik umah, masak lak.hehe..Cian mak tinggal sorang2 kat umah tu. Dahla tak sihat.


Jumpa lagi sume. Adios...daa!!

Friday, May 15, 2009

..::Jangan::..



Jangan ucapkan kata2 indah & manis buatku,

Kerna aku takut akan menyayangimu. ..

Jgn mengambil berat ttg diriku,

Kerna aku bimbang akan mengasihimu. ..

Jgn terlalu baik pada ku,

Kerna aku takut akan merinduimu.. .

Jangan memberiku kenangan dan harapan,

Kerna aku khuatir akan jatuh cinta padamu...

Jangan menghargai pertemuaan ini,

Kerna aku tidak mahu menderita kehilangan dirimu,

Lantaran perpisahan yg akan terjadi nanti...


Wednesday, May 13, 2009

..::Last Day::..


Dah siap. Bas ke Kuantan jam 11. Kemas barang-barang skit. Kemas bilik yang akan ditinggalkan. Mesti dalam keadaan baik dan teratur. Sayangnya nak tinggalkan bilik yang dah hampir setahun aku huni. Banyak sangat kenangan dalam bilik ni. Suka, duka aku dalam bilik ni.

Last entri yang aku tulis. Bertapa untuk seketika. Tapi aku dah sediakan entri-entri selama sebulan untuk tatapan kamu semua. hehe..sayang la nak tinggalkan dunia blogging ni. InsyaAllah jika ada kelapangan kat rumah nanti, aku update entri baru k. Sehingga itu, kamu semua enjoyla dengan entri-entri aku yang akan posting nanti. Dalam schedule.

Untuk kamu semua, have a nice day. Tunggu update terbaru aku about my graduation day nanti k..tak sabarnya..

Salam semua. Hugs and Kisses for u (^__^)

Tuesday, May 12, 2009

..::Monolog Dari Hati::..


Sendirian..
Termenung jauh di jendela
Angin malam segar menyapa lembut
Membelai wajahku dengan kasih bayu malam
Merenung, berfikir tentang diri dan kehidupan yang bakal ditempuh

Satu tahap dalam kehidupan telah berjaya ditempuhi
Kini, apa yang sedang menanti diriku?
Mungkinkah sebuah kehidupan yang bahagia atau jalan berliku masih membelenggu
Walau sebesar mana dugaan ditakdirkan, aku siap..
Redha dalam sabar
Tabah dalam diam

Aku..
Masih mencari diri
Di mana letaknya aku dalam kelompok itu
Tetap di bawah, di tengah atau sudah jauh ke atas?

Hidup memang sebegitu
Bagai roda yang berputar
Bagai roller coaster yang bergerak
Bagai musim yang berganti..

Masih dan akan terus mencari
Sampai satu ketika
Pabila dia menyapa, aku pasti waktu itu akan berhenti
Cukup sampai di situ
Biar aku bahagia dengan caraku
Sendiri mencari diri........

..::3pm::..


Sambungan dari entri sebelumnya. Ada reader yang tak sabar ke tunggu entri ni??hehe..sorry ya. Saje cuakkan kamu sume. Takde pape pun sebena
rnya.

3pm tu adalah masa yg ditetapkan untuk amik psm yang dah siap dijilid kat rainbow. 3copy=RM60. Mahal kan?Tapi takpe sebab puas hati.

tadaa..








ngan staff yang paling comel n baik hati..kak kiah


Gumbira rasa bila dapat tengok projek akhir yang selama ni bertungkus lumus buat dah siap jilid cantik-cantik. Purple lagi tu. Same color with our jubah untuk grad nanti. Wee..tak sabarnya.


After final submittion, kuar minum ngan bestfriend-bestfriendku sekalian. Thanks la sebab luangkan masa korang untuk jumpa aku untuk kali terakhir. Esok pagi aku dah nak balik pun. Cedih nak berpisah ngan korang sume. Love u all sangat.


Thanks to Baizura yang sentiasa memahami n ada ketika susah senang, thanks to Moon yang selalu bawa naik keta kancil comel ko tu, thanks to Paan yang slalu bagi pendapat n promote bisnes baru..jangan lupa siapkan psm ko k dan last skali thanks to Shaz yang slalu tolong aku pape yang patut.hehe..nanti share note civil ngan aku ek..Best dapat kawan cam korang sume. Keep in touch k..

..::Indah Kenangan Itu::..


Dah settle sume keje. Tinggal nak kemas barang. Esok nak balik Kuantan dah. Bloghopping again. Sedih lak nak tinggalkan UTM
terchenta ni. Friends yang poyo + happening sume. Gonna missed u all..Banyak betul kenangan kat sini. Alhamdulillah. Di awal tahun, banyak kenangan pahit dari manis. Tapi dah dibalas dengan kenangan yang cukup manis di akhir2 pengajian aku kat sini.

True friends will appear when we known them very well n close with each other. Share everything.. Paling tak dapat lupa time pegi survey. Masa tu baru dapat tahu perangai masing-masing. Share bilik, toilet, katil, makan. Travel a lot and always keep the memories inside. Thanks you, friends. Hope to see u all time grad nanti..Take good care ya..enjoy la dengan pic2 kat bawah neh. Dah tak reti nak describe camne perasaan time ni. Takut banjir dalam bilik ni lak.

kenangan bersama selamanya..jiwang lak

























Wishing the best life for u all with the flying color and keep in touch forever

Monday, May 11, 2009

..::Melompat Lebih Tinggi::..


Tajuk tak de kena mengena ngan entri kali ni. S
aje nak kasi gempak je. nak menggambarkan perasaan gembira + lega + syukur.

Last task untuk semester akhir dah tertunai hari ni. EXTERNAL EXAMINER. Task yang pasti membuatkan sume jantung pelajar batch 4SBW macam dipam-pam. Penuh tanda tanya. Setiap orang kena get ready ngan slide PSM masing-masing. Sape yang luck tu kena la panggil present depan Prof Paul dan Dr Norbani.

Pagi tadi je dah dikejutkan dengan berita yang kurang menyenangkan. sepatutnya program ni mula kul 330pm tapi ntah camne dah tukar last minute kul 9am tadi. Aku dapat tau pun dalam kul 8am. Kelam kabut bersiap. Thanks to Pya sebab bagi kami2 ni tumpang keta ye. Dah macam sardin lak. Nasib baik sume kurus-kurus. Haish..So, enjoy the pic. Dah nantok lak..


di studio first years kami dulu


sesi bermula dengan presentation project from our batch


exhibition session at exhibition hall




harusla ada pic pemilik blog kan..tadaaa



sesi viva..tunggu turn sape yang kena panggil




hujan lebat masa sesi viva berlangsung


that our external examiner,paul shaul n dr norbani...dialogue session


last but not least..me n my bestfriendla kan..tengah kecut perut menunggu kalau2 kena panggil


Dan berakhir dengan sesi bergambar ramai-ramai. Tapi gambar tu belum dapat lagi.huhu..next time la update ye..Wah, tak sabar nak tunggu jam 3pm esok. Kenapa? Tunggu next entry ye..kasi cuak sikit...(^__^)

Nite

..::100++::..

001. Name ? Amirah Suriati Ahmad Farid
002. Nickname(s)? mira, rimieilya
004. Zodiac sign ? Pisces
005. Male or female ? Female
006. Elementary ? Kemas Kemelah,SK LKTP Kemelah, SKDP,SKDM2
007. Middle School ? SMKDM, SemTed
008. High School ? Pahang Matriculation College
009. College School ? UTM
010. Hair color ? black kot.hehe..
011. Long or short ? secret..lalala
012. Loud or Quiet ? quiet
013. Sweats or Jeans ? both
014. Phone or Camera ? phone
015. Health freak ? nope
016. Drink or Smoke? ? never n ever
017. Do you have a crush on someone?? ada la sorg tu..
018. Eat or Drink ? drink
019. Piercings ? x de
020. Tattoo ? ish, xmo..xmo

FIRSTS:
023. First piercing ? never
024. First best friend ? liza or eja
025. First award ? dh lupa la..tue dh neh
026. First crush ? ada ke ek?
027. First pet ? ayam belanda abah..bising yang amat
028. First big vacation ? family day kat kenyir
030. First big birthday ? 19 yrs old

CURRENTLY:
049. Eating ? gardenia delicia..besh
050. Drinking ? pure ocean mineral water
052. I'm about to ? jiwang2 dgr suria fm
053. Listening to ? suria cinta @ suria fm
054. Plans for today ? edit slide
055. Waiting for ? balik umah

YOUR FUTURE:
058. Want kids?? paling skit 2 la
059. Want to get married?? after master kot
060. Careers in mind ? transport eng + part time housewife..bleh ek

WHICH IS BETTER IN THE BOY/GIRL YOU LIKE?
068. Lips or eyes ? both
070. Shorter or taller? ? taller
072. Romantic or spontaneous ? kalau dapat both lagi best
073. Nice stomach or nice arms ? kind hearted..
074. Sensitive or loud ? both!
075. Hook-up or relationship ? relationship.....
076. Trouble maker or hesitant ? ada plhn lain x?

HAVE YOU EVER:
080. Lost glasses/contacts ? ada
081. Ran away from home ? never..rumahku syurgaku
082. Held a gun/knife for self defense ? penah2..ms praktikal silat
083. Killed somebody ? Allah save me from doing that!
084. Broken someone's heart ? ada gak..sorry
085. Been arrested ? tak..
087. Cried when someone died ? of course..

DO YOU BELIEVE IN:
089. Yourself ? obviously..
091. Love at first sight ? maybe...
092. Heaven ? of course
093. Santa Claus ? nope..
094. Tooth Fairy? nope
095. Kiss on the first date ? ish,takkan la..xmenyempat no

ANSWER TRUTHFULLY:
097. Is there one person you want to be with right now → yup...
098. Are you seriously happy with where you are in life → hapy gak tapi homesick je
099. Do you believe in God → of course..ALLAH Yang Satu
100. Post as 100 truths and tag 20 people →

5 jer bole?
Dina Sis
Dda Sis
Opiya Onel
Mr Cekodok
IkangSkila


Sunday, May 10, 2009

..::The Best of Akim::..


Jatuh cinta lagi. Best la performance akim untuk konsert minggu ni. Cair aku. Eh, silap-silap..Larut. Hehe..Seb baik la akim ni pangkat adik-adik je. Dari AF1 sampai AF6, xdenye aku nak suke mana-mana pelajar. Tapi AF7 ni ramai yang talented la. Hafiz pun ok gak tapi akim lagi cute. Sebab tu aku lebih suke akim..Enjoyla performance die kat bawah ni..aku dah ulang tengok banyak kali seh..Cayala orang Johor..






I'm Yours. Walla wei, memang best la.huhu..tak puas tengok akim nyanyi..


..::Kau Ilhamku::..


Sempena hari ibu, aku nak tujukan puisi yang tak seberapa neh, hasil karya aku sendiri buat mak, mama dan sume ibu-ibu di luar sana. Salam peluk cium buat mak dan mama!! Windu sangat pelukan hangat kalian yang menenangkan..

Buatmu, mak......KHADIJAH YAHYA,



mama...... ZURAIDAH OMAR,



Tiada hadiah yang paling istimewa
Selain kurniaan sempurna seperti dirimu

Tiada kenangan yang paling indah
Selain menghabiskan masa bersamamu

Tiada kata yang paling berharga
Selain nasihat bererti darimu


IBU,
Terima kasih dengan setiap belaian mesra
kasih sayang yang tak terhingga
Pengorbanan tanpa kenal masa

IBU,
Kau ilham hatiku
Penguat sanubariku
Tempat aku meluahkan segalanya
U are the best,mom..
Thanks God..

S E L A M A T H A R I I B U !!

Saturday, May 9, 2009

..::Lelah::..

Hari Sabtu.

Berlalu sudah hari-hari yang memenatkan. Semalam tak cukup tido gara-gara menyiapkan psm. Alhamdulillah semua dah selesai. Tinggal print dan binding je.

Lepas Subuh, sambung tido lagi. Dah lama tak buat perangai camni. Skali skala tak pe kot. Tak elok tido lepas subuh. Tutup pintu rezeki. Around 9am dah bangun. Breakfast + bloghopping + msj2 ngan yie. Mencari mood untuk siapkan research proposal.

Sebut pasal proposal, esok pagi aku ada interview di KTC. Interview untuk sambung master kat UTP. Actually aku apply Highway and Transportation Engineering. Kira dah masuk civil eng semula la neh. Dulu time skull malas-malas je. Time subjek LK je bersungguh. Haha..Thanks to Yie yang banyak support n help me for this application. Hopefully interview esok berjalan lancar dan aku diterima untuk continuing my study at master level..

Abg Ngah cakap nak datang UTM hari ni. Tapi tak taula pagi ke petang coz dia ada tournament football. Haish..Bukan senang tau abg ngah tu nak datang jenguk aku kat sini. Duk Segamat je pun. Busy memanjang. Dia datang untuk amik barang-barang aku yang dah macam nak pindah rumah. Banyak giler. Nasib ko la ngah dapat adik yang suke simpan barang-barang yang tak guna neh. Sayang nak buang.

Ok, lets doing research proposal..nanti aku update pasal interview ni lagi. Mengharapkan ada good news esok.

Thursday, May 7, 2009

..::Kopi Menenangkan::..


Cite lama. Masa aku balik rumah mi
nggu lepas. Mesti korang pelik nape aku masih kt sini walaupun exam aku dah abis. Ada beberapa task yang belum siap sebelum aku betul-betul boleh rehat kat rumah.

External examiner program, hantar psm, interview..

So, sempat la aku balik rumah sekejap. Lepaskan tension. Tapi tak lepas-lepas gak. Kat rumah pun wat psm gak. Kat rumah ari tu terlebih rajin. Inilah hasilnya.tadaaa....

paprik sayur campur

Hikhik. Masak untuk makan tengahari dan untuk adik kat asrama. Rindu masakan kakak la tu. Dah lama tak balik rumah. Best sangat. Laman rumah dah cantik. Mak pandai jaga bunga. Sume cantik-cantik. Geram nak petik dan selit kat telinga.hehe...






Abah bawa pegi Paka. Jalan-jalan. Ada kopitiam baru kat sana. Wah, dapat gak rasa kopi yang sedap. Dah lama nak minum kopi yang kaw gitu.




that my favourite..kopi o ais



Thanks abah..MMuuaahh!!

Tuesday, May 5, 2009

..::Cemburukah Kamu::..


Semakin hari semakin cemas.

Masa
.........
Cemburukah kamu?


..............................................................

PSM betul siap dibetulkan. Research proposal untuk master langsung belum sentuh. Kesihatan semakin terganggu.

Kuatkan hatiku, Ya Allah.


Monday, May 4, 2009

..::Itu Jalan Hidupku::..


Baru sejam berada di bilik. 5 hari pulang ke kampung cam tak terasa je. Sekejap sangat. Belum puas bermanja dengan mak, abah, mama, abah. Suke sangat sebab ada dua mak dan dua abah.

wee..wee..(^_^)

Baru je jejak kaki dalam bilik, perkara pertama terlintas adalah psm.huhu..Masih banyak yang belum dibetulkan. InsyaAllah sempat siap sebelum 10hb ni.

Keputusan untuk sambung master hari ni. Aku seakan bermimpi. Antara benar atau tidak. Mak abah dah sibuk bertanyakan hal tersebut. Aku lak masih dalam kekeliruan. Memang aku teruja tapi dalam masa yang sama aku tak pasti sama ada aku boleh perform dengan baik atau tidak.

Haih..

Yie dah call tadi. Aku kena pergi interview kat Kulai pada 9 or 10 nanti.

-sigh-

Untuk puaskan hati semua orang, aku cuba kuatkan semangat aku kembali. InsyaAllah segalanya pasti. Aku tahu dia sentiasa bersamaku.