Teman-teman

Friday, May 29, 2009

..::Resepi 5K::..


Setiap orang pasti mahukan cinta yang dibina berlangsung dengan bahagia dan tenang serta jauh dari stress. Di sini, aku ingin berkongsi sedikit resipi bagaimana untuk menangani STRESS CINTA sebagai panduan bagi mereka yang akan bercinta, sedang bercinta dan sudah bercinta. Mungkin ada yang pernah baca artikel ni. Sesaje la nak peringatkan balik dan juga sebagai panduan diri sendiri nanti..


1K ~ Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan, tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Kamu harus tahu tanggungjawab kamu sebagai seorang kekasih. Misalnya mengambil berat, melindungi dan menyayangi antara satu sama lain. Andainya kamu sentiasa ada rasa tanggungjawab masalah stress pasti tidak akan timbul. Malah kamu akan sentiasa rasa bangga apabila dapat melakukan sesuatu untuk pasangan biarpun melakukan hal yang kecil untuknya.


2K ~ Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur, ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya untuk kebaikan bersama. Walaupun ada kalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin menegakkan diri sendiri, tetapi itu lebih baik daripada ianya dibiarkan bersarang sehinggakan kamu dan si dia bercinta dalam keadaan tertekan.


3K ~ Kesabaran
Setiap orang yang bercinta memanglah tidak dapat lari daripada berhadapan dengan situasi perbezaan pendapat. Mereka yang berusaha menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Percayalah tidak mungkin kamu dan si dia akan selalu sama pendapat. Oleh itu, janganlah kerana perbezaan pendapat membuatkan hatimu semakin sangsi dengan dirinya kerana ini adalah perkara biasa. Cubalah bersabar dan terima pendapatnya dengan ikhlas. Jangan biarkan hubungan jadi stress semata-mata kerana kamu dan si dia kedua-duanya mahu menang..


4K ~ Kebebasan
Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan. Jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mula menganggap yang si dia perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya, sebaliknya si dia ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri. Kamu juga seharusnya begitu, berilah ruang padanya untuk bersama teman-teman. Kalau 24/7 kamu dan si dia asyik bersama, boleh jadi stress juga dibuatnya.


5K ~ Kepercayaan
Tidak dinafikan bukan mudah untuk memberikan kepercayaan 100% pada seseorang biarpun si dia insan yang kamu cintai. Namun dalam percintaan, hendak atau tidak kamu harus juga memberikan kepercayaan pada si dia. Sekiranya kamu sentiasa ada perasaan curiga, hubungan kamu pasti tidak pernah aman. Bukan itu saja, hati kamu juga tidak pernah rasa senang dan tenang. Mana tidaknya bila berjauhan saja kamu sudah mula berfikiran yang bukan-bukan. Begitu juga andai ada orang lain yang menghubunginya kamu sudah fikirkan si dia ada hubungan sulit. Jadi, cubalah memberikan kepercayaan pada si dia andai kamu mahukan hubungan yang tenang dan tidak tertekan.


CINTA SEMEMANGNYA BOLEH MERUBAH HIDUP SESEORANG MENJADI BEGITU INDAH DAN MEMBAHAGIAKAN. NAMUN HARUS DIINGATKAN, DALAM KEBAHAGIAAN ITU CINTA JUGA MAMPU MEMBERI TEKANAN YANG BERAT PADA KAMU. SELAMAT MENJALANI CINTA BAHAGIA ANDA..

No comments: