tuhan tidak menguji dengan ujian yang tidak dapat dipikul hambaNya
Teman-teman
Wednesday, May 27, 2009
..::MID::..
Salam fellas..
Wah dah lama tak jenguk blog kesayangan ramai neh..ramai ke? Acceli aku windu sangat nak update blog ni tapi kekangan masa dan keadaan, aku peramkan blog ni dengan entri2 yang dah ada je. Sory a lot yea..
Ape nak cite ek? Dah lama tak menulis ni, hilang lak idea yang bagus2 untuk tatapan fellas sume. Lagipun update blog kat CC ni tak memberi ketenganan langsung. Dikelilingi budak2 bawah umur yang rata2 main game bising2. Hilang konsentrasi aku nak mengarang ayat.
Sambil-sambil check emel baru, boleh la update blog ni. Tak la bosan sangat. Masa cuti panjang ni aku abiskan masa memasak, kemas rumah dan membesarkan badan. Boleh dianggap suri rumah sepenuh masa la ni. Ganti my mom yang tak berapa sihat sekarang ni. Cedih. Tapi tak kisah. Alang2 dah belajar memasak dan buat sume keje rumah, boleh tambah ilmu untuk masa depan. Ahaks.
Hari-hari biasa, aku tinggal berdua je ngan mak. Adik2 sume ke sekolah. Aku pandang mak, mak pandang aku.hehe..Tapi best gak. Dapat aku manja lebih2 ngan mak. Bila lagi kan??
Semalam aku berkesempatan mesej2 ngan bestfriend aku, Baizura. Dah dapat keje seh. Isnin depan start. Bestnya. Senang je dapat keje. Aku belum mula cari keje lagi. Tunggu surat tawaran master dari UTP dulu. If tak ada rezeki, baru aku start cari keje sebelum apply wat master kat UTM lak. Dulu dapat offer dari UTM tapi aku tak berminat. Nak tukar bidang baru.
Weekend yang lepas, rumah aku penuh. Sume adik beradik balik. Happy sangat. Long, Angah, Faten, Kakak dan Aiman. Anak buah yang nakal2 pun ada. Time untuk menyakat.hehe..kuar tanduk jap.
Pada 23hb Mei gak, kawan lama aku masa kat Johor dulu kawen. Sempat juga aku pegi majlis dia di Temerloh. Meriah. Kalau ada masa lagi, nanti aku update gamabr kawen dia ek. Comel. Ada kacukan Arab. Tema Oren aritu. Kira tak menepati tema la. Aku pakai wane pink lak. Takpe, janji majlis berjalan lancar. Sempat la berborak lama dengan kawan aku tu sementara tunggu pengantin lelaki sampai. Abis cite masa kecik2 dulu kuar. Paling tak leh lupa, bergaduh ngan dia sampai kne kejar keliling rumah.hehe..
Dalam gembira tu ada gak cite sedih. Adik perempuan aku yang bongsu tu sakit. Belum disahkan lagi apa penyakit sebenar dia. Memang dari kecik kesihatan dia kurang baik di antara kami sume. Sedih gak tengok dia cengkung dan pucat je. Hopefully keputusan dari Doktor memberi khabar gembira buat kami sekeluarga.
Sekarang ni duk menghitung hari untuk melalui perjalanan hidup yang baru. Dunia sebagai seorang pelajar dah tamat. If diberi kesempatan untuk sambung lagi, mungkin dah tak sama dengan waktu dulu. Pengalaman mematangkan seseorang kan. Umur pun dah semakin meningkat. Time to repay sume pengorbanan mak abah selama ni. Walaupun sememangnya takkan terbalas kesemuanya, cukupla kalau dapat buat mereka bahagia dan gembira dengan pencapaian aku sebagai anak mereka. SAYANG MAK ABAH.
Cukup la kot sampai sini. Dah tengahari pun. Nak balik umah, masak lak.hehe..Cian mak tinggal sorang2 kat umah tu. Dahla tak sihat.
Jumpa lagi sume. Adios...daa!!
Labels:
diriku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
bai dapat keje ape weh.wwwwwwwwwaaaaaaah.sronotnye!
Post a Comment