Teman-teman

Thursday, August 27, 2009

..::Ramadhan Kali Ini::..


Entri baru sejak bebarapa hari ni mendiamkan diri. Jadi silent reader je. Hehe..Padahal takde mood nak menulis apa.


Hari ni genap my baby berumur 1 bulan *CeCiL~nama yang diberi oleh housemate saya. Comel kan?* Yeay..dan hari ni gak kami pergi anta itu baby ke pusat service yang terdekat. Esok kan dah nak balik. Jauh perjalanan tu. Risau gak kalau pape jadi tengah jalan nanti. huhu..horror je.. Appointment kul 10, so kami gerak kul 9 lebih skit je. Tu sebab aku yang siap lambat.hehe.. Yela, nak bersiap terus ke kelas jam 12 nanti. Pas sahur tarik selimut balik. Dalam kul 830 baru bangun. Jam tula nak mandi, nak gosok baju, nak kemas beg sume. Agak-agak hangin tak ek orang yang tunggu kat bawah tu? *sory ye encik. saya lambat lagi kali ni*.


Alang-alang dah update ni, nak story gak la pasal semalam. Disebabkan dah jemu ngan bazaar yang dekat2 sini *bazaar taman maju*, kami berempat mencari kelainan dengan beramai-ramai ke bazaar ramadhan pekan parit. Agak jauh tapi aku suka. Suasana yang aku rasakan tenang dan best. Walaupun bazaar ni agak kecik berbanding bazaar yang selalu kami pegi tu, aku tak kisah pun. Janji makanan yang disediakan berbeza. Banyak sangat kuih muih kat sana. Yang tradisional ada, yang moden pun ada. Sepanjang jalan yang penuh dengan kedamaian. Banyak lagi rumah-rumah tradisional Perak. Bab ni aku paling suka. Cam rasa balik kampung je. Ada feel la.hehe..Sory la ye, aku adalah malas untuk menguploadkan gambar-gambar. Sile ke sini untuk the pics.


Tinggal satu kelas je esok sebelum balik rumah. Tak sabar nak berbuka dengan bubur lambuk yang mak wat. Bubur lambuk yang terbaik aku pernah makan. Dari 4 tahun lepas lagi teringin tau. Bubur lambuk ni time pose je baru best nak makan. Bubur lambuk di Johor sangat la berbeza. Me not like.huhu.. Rasa die pelik je. Selama 4 tahun tu gak aku kempunan bubur lambuk yang best.Dah nasib badan belajar kat Johor..Tahun ni leh la hilangkan kempunan tu.hehe..yummy,yummy.



Sunday, August 23, 2009

..Sakit Perut::..


Seriusly tak boleh makan megi time sahur. Tak sampai setengah jam, perut aku dah memulas-mulas. Pedih perut. Huhu..


Terpaksa kembali kepada rutin yang asal..roti kosong dengan air.



Saturday, August 22, 2009

..::43th UTM Konvokesyen::..


Salam Ramadhan semua. Sedar tak sedar dah berpuasa pun kite. Cepat je kan masa berlalu. Pastu, tak lama lagi dah raya. Bestnya... Ha, aritu dah janji nak upload gambar-gambar konvo kan. So, sile buka mata luas-luas ye. Hehe..





Hari konvokesyen adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar. Cam aku gak. Tiap kali tengok orang konvo, aku selalu berangan bila plak hari aku konvo akan tiba. Dan, akhirnya berjaya gak aku melalui hari konvo aku tu.. Perasaan yang bercampur baur. Gembira dapat jumpa semula kawan-kawan seperjuangan, yang bertungkus lumus masa siapkan projek studio sampai 2,3 pagi, pegi field trip reramai, share katil untuk tido selelap. Wah, pengalaman yang amat berharga. Dan hari itu, 17/08/2009 adalah hari konvokesyen yang kami semua tunggu-tunggu. Masing-masing dengan wajah ceria. Diiringi dengan kehadiran ibubapa tersayang serta keluarga yang lain yang ingin menyaksikan kemenangan orang yang mereka sayangi.


Eh, banyak lak cerita..ok,ok..layan....












bersama sahabat yang amat memahami






Separuh dari kelas aku yang grad...


Selamat menyambut bulan ramadhan..Semoga semua amalan kita di bulan yang mulia ni diterima Allah s.w.t. Amin..




Wednesday, August 19, 2009

..::Salam Kembali::..


Hye fellas..dah seminggu pun aku menyepi dari dunia blog nih. Tak sempat plus tak de masa nak on line pun. Petang semalam baru je sampai UTP setelah seminggu menghabiskan masa di UTM untuk konvokesyen. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Terima kasih buat rakan-rakan yang banyak memberi pertolongan; Pya, Baizura dan Zainal.


Sepanjang berada kat sana, perasaan tak dapat nak digambarkan. Happy sangat dapat jumpa kembali kawan-kawan yang dah 3 bulan tak jumpa. Bermacam cerita yang kuar. Tak cukup rasanya nak bergosip seminggu tu. Yang sedihnya dapat jumpa my bestfriend, Baizura tu sekejap je. Tak lepas rindu lagi tau. Sempat gi makan-makan ngan main bowling je. Huhu..aku tak puas lagi sembang ngan ko, Bai. Nanti aku nak abiskan masa ngan ko lagi k..


Hari konvokesyen berlangsung pada petang Isnin. Yie plak petang Ahad. Sorang di UTM, sorang di UTP. Ada kesedihan di situ sebab tak dapat sambut hari yang bermakna bersama dia. huhu..Hope hadiah yang aku beli untuk dia dapat menjadi pengganti ketiadaan aku masa hari konvo dia. Takpe, 2 tahun lagi kita leh sambut sama-sama kat sini lak ek.





Gambar konvo? Hurm..nantila dulu. Belum siap edit. Nanti aku buat entri bergambar ok. Biar terbuntang korang tengok gambar konvo aku. Hikhik..


So, dah kembali ke UTP ni kena la teruskan research aku cam biasa. Hoho..tak sabar nak siapkan sume ni.



Wednesday, August 12, 2009

..::Amirul Firdaus??::..


Isnin lepas long dah selamat melahirkan seorang anak lelaki yang comel. hehe..geram je aku tengok pic dia. Tapi long send satu gambar je. Tak puas tengok.. Berat 3.2 kg. Patutla lambat sangat kuar, rupanya best duk dalam perut umi lama-lama ek? Mak-mak sedara ni dah tak sabar-sabar nak tunggu kamu kuar tau. hehe..Akhirnya Fahmi dah ada geng baru. Leh ajak main sama-sama ek nanti. Jangan buli adik sudah..



eksklusif

Nama untuk si comel belum ada lagi. Perancangannya nak letak 'Amirul Firdaus'. Best gak nama tu. Sejuk dengar. Tunggu raya nanti. Akanku snap gambar kamu banyak-banyak ok..Dont be shy lak..


(^__^)



Monday, August 10, 2009

..::Hati Ini::..


Malam ni aku rasa something weird je. Perasaan ni aku pernah rasa dulu. Waktu tengah bercinta. Kenapa sekarang perasaan tu datang lagi? Puas dah aku tepis. Tapi tak boleh gak. Dulu bila perasaan ni datang, senang je nak redakan. Teknologi kan ada. Call je. Tak pun mesej. Tapi sekarang, perlu ke aku layan perasaan ni? Bila cuba lupakan, makin kuat ia rasa. Makin sakit dada aku menahan sume ni. Dah banyak kali aku pegang phone ni. Dah banyak kali aku pegang phone aku ni. Ringan je tangan nak dail. Pegang, letak..pegang, letak..Aish, susahnya.. Nak je aku dail. Tapi nak ke dia borak ngan aku? Dah jumpa pun tadi. Ish,ish..


Layak ke aku merasai perasaan ni lagi? Kalau dulu, mungkin ye. Tapi sekarang aku kan....huhu. Bila jauh, rasa camni. Bila dekat, rasa juga. Apa yang perlu aku buat ek? Ada sesiapa leh tolong aku untuk selesaikannya? Mesti korang pun pening kan? Ntah pape je aku mengarut malam-malam ni. hihi..sory. Aku cuma nak luahkan rasa hati ni. Rasanya dah tak tertanggung nak simpan sorang-sorang. huhu..

Ya Allah..beratnya menanggung rindu. Rindu yang sukar untuk diucapkan. Bimbang tak layak untuk menyebut perkataan tu. Agaknya belum tiba masanya untuk aku layan sume ni kot. Bukan waktunya. Biarlah aku pendam walaupun aku tahu aku tak kuat untuk pendam perasaan ni sorang-sorang.. Arghhh, lantak la..


Ya Allah...


If I could have just one wish,
I would wish to wake up everyday
to the sound of your breath on my neck,
the warmth of your lips on my cheek,
the touch of your fingers on my skin,
and the feel of your heart beating with mine...
Knowing that I could never find that feeling
with anyone other than you.

- Courtney Kuchta -



..::Nasi Bantal Peluk::..


Hari Isnin. Hari selepas hari minggu. Mesti masing-masing takde mood lagi nak mulakan kerja. Betul tak? Eh, taknak ngaku lak die..elele


Aktiviti hari ni..Hurm,takde yang menarik pun. Plan pertama nak jumpa sv batal sebab sv tak masuk ofis arini. Tunda esok. Plan kedua, nak wat sticker kereta. Pun batal juga sebab hanya selepas 18hb Ogos kaunter dibuka untuk urusan tersebut. Ish, tak best betul. Baru nak epy-epy tayang sticker keta.hikhik. Plan ketiga, nak gi IRC dengan Yie. Hah, yang ni baru jadi. Duk kat sana sampai kul 5. Balik bilik jap, solat sume..pastu kuar lagi. Ish,ish..asyik kuar je kan?? hehe..


Gi tasik ramai-ramai tadi. Kak Sya ngan Kak Daya pun join sama. Seronok dapat bagi makan kat ikan. Banyak giler..hehe. Tenang je rasa tau. Nanti leh r lepas tension kat tasik lagi. Yeay..


Yie ajak gi try makan kat satu tempat ni. Agak pelik la nama menu ni. Pernah tak korang makan 'NASI BANTAL PELUK'? hehe..pelik kan? First time aku dengar menu camtu k. Nape ntah nama die camtu. Nasi ni cam nasi goreng pataya, tapi ada kuah like paprik. Tapi kan, paprik kat sini cam lain la. Tak macam biasa-biasa aku makan kat tempat lain. Try makan lauk paprik yang kak Daya punya. Takde pun daun limau purut. Puas aku cari. Betulla kata Yie dulu. Makanan kat sini agak berlainan dengan tempat lain. Tengah mencuba sesuaikan diri kat sini. Lama-lama nanti ok kot.hehe..


Esok ada plan baru lagi. Jalan-jalan cari makan. Jom kita gi makan ikan bakar...slurppp. Ye, sila telan air liur anda k. hehe..



..::Sesaje je::..


Nothing to say..
Dah balik UTP pun. Semalam seharian dalam keta dari Terengganu ke Perak. Penat, letih, pening..padahal bukan aku drive sorang pun.hehe..


Agak best ikut jalan baru. Tak payah nak bayar tol segala. Leh singgah tempat2 menarik lagi. Tasik Kenyir, Cameron..Balik raya nanti leh lalu jalan tu lagi kan, Yie?


Ringkas je entri kali ni. Nak lepaskan rindu memblogging je. Nanti baru wat entri pasal cuti seminggu aku tu k..^__^