Entri baru sejak bebarapa hari ni mendiamkan diri. Jadi silent reader je. Hehe..Padahal takde mood nak menulis apa.
Hari ni genap my baby berumur 1 bulan *CeCiL~nama yang diberi oleh housemate saya. Comel kan?* Yeay..dan hari ni gak kami pergi anta itu baby ke pusat service yang terdekat. Esok kan dah nak balik. Jauh perjalanan tu. Risau gak kalau pape jadi tengah jalan nanti. huhu..horror je.. Appointment kul 10, so kami gerak kul 9 lebih skit je. Tu sebab aku yang siap lambat.hehe.. Yela, nak bersiap terus ke kelas jam 12 nanti. Pas sahur tarik selimut balik. Dalam kul 830 baru bangun. Jam tula nak mandi, nak gosok baju, nak kemas beg sume. Agak-agak hangin tak ek orang yang tunggu kat bawah tu? *sory ye encik. saya lambat lagi kali ni*.
Alang-alang dah update ni, nak story gak la pasal semalam. Disebabkan dah jemu ngan bazaar yang dekat2 sini *bazaar taman maju*, kami berempat mencari kelainan dengan beramai-ramai ke bazaar ramadhan pekan parit. Agak jauh tapi aku suka. Suasana yang aku rasakan tenang dan best. Walaupun bazaar ni agak kecik berbanding bazaar yang selalu kami pegi tu, aku tak kisah pun. Janji makanan yang disediakan berbeza. Banyak sangat kuih muih kat sana. Yang tradisional ada, yang moden pun ada. Sepanjang jalan yang penuh dengan kedamaian. Banyak lagi rumah-rumah tradisional Perak. Bab ni aku paling suka. Cam rasa balik kampung je. Ada feel la.hehe..Sory la ye, aku adalah malas untuk menguploadkan gambar-gambar. Sile ke sini untuk the pics.
Tinggal satu kelas je esok sebelum balik rumah. Tak sabar nak berbuka dengan bubur lambuk yang mak wat. Bubur lambuk yang terbaik aku pernah makan. Dari 4 tahun lepas lagi teringin tau. Bubur lambuk ni time pose je baru best nak makan. Bubur lambuk di Johor sangat la berbeza. Me not like.huhu.. Rasa die pelik je. Selama 4 tahun tu gak aku kempunan bubur lambuk yang best.Dah nasib badan belajar kat Johor..Tahun ni leh la hilangkan kempunan tu.hehe..yummy,yummy.
1 comment:
Asalam alaikum
your blog is very interesting.I like to add you in my blog roll
I welcome you to my blog,leave your valuable comments and your link back is welcomed……….
http://wiredgeeks.info
Post a Comment