Teman-teman

Monday, August 10, 2009

..::Nasi Bantal Peluk::..


Hari Isnin. Hari selepas hari minggu. Mesti masing-masing takde mood lagi nak mulakan kerja. Betul tak? Eh, taknak ngaku lak die..elele


Aktiviti hari ni..Hurm,takde yang menarik pun. Plan pertama nak jumpa sv batal sebab sv tak masuk ofis arini. Tunda esok. Plan kedua, nak wat sticker kereta. Pun batal juga sebab hanya selepas 18hb Ogos kaunter dibuka untuk urusan tersebut. Ish, tak best betul. Baru nak epy-epy tayang sticker keta.hikhik. Plan ketiga, nak gi IRC dengan Yie. Hah, yang ni baru jadi. Duk kat sana sampai kul 5. Balik bilik jap, solat sume..pastu kuar lagi. Ish,ish..asyik kuar je kan?? hehe..


Gi tasik ramai-ramai tadi. Kak Sya ngan Kak Daya pun join sama. Seronok dapat bagi makan kat ikan. Banyak giler..hehe. Tenang je rasa tau. Nanti leh r lepas tension kat tasik lagi. Yeay..


Yie ajak gi try makan kat satu tempat ni. Agak pelik la nama menu ni. Pernah tak korang makan 'NASI BANTAL PELUK'? hehe..pelik kan? First time aku dengar menu camtu k. Nape ntah nama die camtu. Nasi ni cam nasi goreng pataya, tapi ada kuah like paprik. Tapi kan, paprik kat sini cam lain la. Tak macam biasa-biasa aku makan kat tempat lain. Try makan lauk paprik yang kak Daya punya. Takde pun daun limau purut. Puas aku cari. Betulla kata Yie dulu. Makanan kat sini agak berlainan dengan tempat lain. Tengah mencuba sesuaikan diri kat sini. Lama-lama nanti ok kot.hehe..


Esok ada plan baru lagi. Jalan-jalan cari makan. Jom kita gi makan ikan bakar...slurppp. Ye, sila telan air liur anda k. hehe..



No comments: