Teman-teman

Thursday, September 30, 2010

..::Why::..


Tensionnya aku.... Rasa cam nak jerit kuat-kuat sampai abis suara je. 

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Amik ko..sekali up date banyak plak ari ni. Aku tension ni. Tak tahu nak luahkan pada sape. Napela hati aku ni beku macam ais@keras macam batu@lekat macam gam...

Susah betul la bila perasaan tak terbuka untuk menerima.. Rasa down je sekarang..
 

..::KELIRU::..


Apa yang harus aku buat sekarang? Apa yang harus aku putuskan untuk memuaskan hati semua orang? Apa yang terbaik harus aku sampaikan? Arrgghhh...

Dia bagaikan terlalu memaksa. Senak setiap rongga fikiran aku saat ni. Bagaikan terlalu takut untuk menghadapi kenyataan 'TIDAK' dari mulut aku. Salah aku ke buat dia tertunggu-tunggu dengan keputusan ni? Salah aku ke kerana telah membuat dia bergantung harap pada aku?

Aku sememangnya takut untuk hadapi apa yang dinamakan CINTA. Bukan serik tetapi trauma. Mungkin ini saatnya hati aku benar-benar tepu untuk mempunyai insan yang bernama KEKASIH. Di mulut mengatakan "Saya boleh menerima awak" sedangkan dalam hati, "Saya takut untuk menerima cinta awak"..
Serabutnya kepala bila ada yang memaksa... =(

Orang sekeliling mudah untuk berkata sembarangan, tapi hati yang melalui berat untuk memikul. Ya Allah..ku mohon petunjuk dariMu....


Wednesday, September 29, 2010

..::I'm in Love Again?::..

Fuhh..fuhh...berhabuknya.... Blog sape la ni. Pemalas betul cik puan blog ni mengemas. Hehe..

Jangan marah ye. Memang dah lama pun tak up date. Mood nak menulis hilang tiba-tiba. Kena curi kot. Maybe sebab putus cinta yang membuatkan aku tak de hati nak buka blog ni. Keciwa la konon. Haha..mengarut je. No more tears rite?

Actually, memang aku putus cinta pun. Dah sebulan dah. Cinta aku kali ni tak bertahan lama. Ntah kat mana silapnya. Bukan aku dan bukan juga dia. Maybe tiada jodoh antara kami. Ya, betul..tiada jodoh. Redha jela. Sayang tetap ada, tapi yang lepas biarkanlah lepas. Dah jadi sejarah dalam hidup aku pun.

Sekarang aku dah buka lembaran baru. Tak lama lepas aku putus, beberapa hari kebelakangan ni...datang seorang hamba Allah yang menawarkan cintanya pada aku. See.. Allah tu Maha Kuasa kan? Belum pun sempat aku lepaskan semua kenangan cinta lama, cinta baru plak hadir. Wah, cam seronok je jadi cik Rimie kan? Ada je cinta yang datang. Tak kesunyian gitu..

No la.. Aku ni jenis setia pada yang satu. When I'm in relationship with someone, I'll ignore others man even mereka-mereka tu hensem, kaya or apa-apa jela. Sebab aku tak suka curang pada orang yang aku sayang.

So, sekarang ni aku sedang mengenali seseorang yang terlalu mencintai aku. But, dalam hati aku masih belum bersedia menerima cinta. Yela, serik kot bila cinta yang diberi tak kesampaian.

Jahat tak kalau kita menerima orang yang menyayangi kita sedangkan dalam hati kita langsung tak ada rasa cinta tu? Adil ke? Aku pernah dengar orang cakap... 

"Biarlah kita hidup dengan orang yang sungguh-sungguh mencintai kita walaupun kita tak mencintai orang tu daripada kita hidup dengan orang yang kita cintai tetapi dia tak mencintai kita..."

Tolong bagi pendapat korang untuk aku...boleh? Haruskah aku menerima dia atau melepaskan dia pergi walaupun aku tahu dia akan tetap mencintai aku sampai bila-bila..
 

Sunday, September 26, 2010

..::Dia Dah Mai Dah::..

Sakit kerongkong?
Makanlah Streapsil...


Hehe.. Aku baru je nak epy epy, semangat nak pegi open house hari ni kat Taping. Sekali time bangun tido tadi aku rasakan sesuatu yang tak selesa pada tekak aku. Argghh..tak sukanya bila sakit tekak mula bermaharajalela.

Semalam lagi aku rasa tak sedap badan. Macam panas sejuk je badan ni. Saje la kan tak nak kasi manja terlebih. So, buat-buat tak tahu je la. Alih-alih pagi ni makin teruk plak dah. Haish..

Camne nak makan dengan senang hati nanti? Tak leh jadi ni.. Kang sebelum bertolak ke Taiping perlu mencari streapsil sebagai pelega sementara. Kalau tak ok gak, baru ketemu sama itu doktor..(tak suka betul bila kena jumpa doktor. Asal masuk dalam bilik doc je mesti dia tanya...sakit apa? Ok, saya kasi awak ubat sekian..sekian.. tanpa memeriksa aku lebih lanjut. Huh..)

Friday, September 24, 2010

..::Kemalangan Selepas Raya::..


Lama sangat tak up date blog ni. Mood nak menaip takde la. Hari ni je baru tergerak hati nak menulis sesuatu. Sorry ye sebab lama menyepi.

Aku nak cerita pasal kemalangan yang aku alami 3 hari lepas. Trauma sekejap aku. Mana taknya, selama setahun aku lalu jalan tu tak pernah jadi pape. Alih-alih kali ni plak terkena. Masa tu aku nak balik Perak. Pulang dari berhari raya di kampung halaman tercinta. Aku kena kat Karak, betul-betul depan balai bomba. Patutla aku cam lambat-lambat je siap masa nak balik hari tu. Rupanya ada something yang buruk berlaku.

Waktu kejadian tu aku baru je lepas berhenti rehat kat rumah kawan lama mak aku area Temerloh. Kelajuan kereta yang aku pandu time tu takde pun cecah 100km/j. Yela, jalan kampung kan. Mana leh bawa laju. Dah serik kena saman bulan lepas. Hehe..

Kemalangan tu cepat sangat berlaku. Sedar-sedar aku dah langgar sebuah motosikal. Actually kemalangan tu bukan salah aku. Motosikal tu yang keluar dari simpang tanpa berhenti. Saje cari nahas la tu. Ada ke patut nak seberang jalan besar tak berhenti tengok kiri kanan. Mujur aku sempat break mengejut. Kalau tak, mesti parah budak tu agaknya. Selamat gak takde kenderaan lain kat belakang aku. Kalau tak, dah macam sandwich dah keta aku tu.

Lepas kemalangan tu, aku berhenti kat tepi untuk settlekan dengan budak yang bawa motosikal tu. Cuak gak aku time tu. Gigil beb. Tengah kautim pape yang patut, datang abang-abang bomba yang baik hati tolong aku. Teman aku pegi bengkel sume dan settle down segalanya kat sana.

Alhamdulillah, segalanya selesai dengan aman. Aku takde pape pun. Trauma je sikit. Keta aku jela yang abis cium motosikal tu. Sampai hari ni pun still tak pegi repair lagi. Aku nak ucapkan time kasih sangat pada abang bomba yang baik hati tolong aku hari tu. Dan time kasih gak yang care pasal aku. Sayang korang sume.

p/s: untuk semua pemandu, berhati-hati dijalan raya ok. Walaupun kita dah berhati-hati, tetap juga kena kalau dah ditakdirkan. Hehe..
 

Thursday, September 16, 2010

..::Jalan Raya Lagi::..


Dah raya ke berapa ek arini? Raya ke-7 la..Hehe.. Aku still pegi beraya rumah kawan-kawan walaupun dah raya ke-7. Yela, raya pertama dan kedua cam tak best je, so ganti pada hari yang kendian la kan. Baru syok.

Hari ni tempat tujuan beraya aku adalah Kemaman. Cadangan asal hanya nak beraya rumah Ain, ex-classmate masa duk Kelantan dulu. Tapi pagi-pagi tadi dapat contact my bestfriend yang kat Kemaman juga, terus cakap nak pegi beraya kat rumah dia. Orang dah kawen ni payah la sikit nak jumpa. Betul tak? 

Sampai di Kemaman, tuju rumah GG dulu. Minum-minum, borak-borak..pastu gerak pegi umah Ain plak. Kat sini lama sikit. Maklumlah, dah lama tak jumpa. 1st time jumpa selepas terpisah 13 tahun dulu pun sekejap je leh borak. So, this time cover balik la. Sambil borak tu sambil mesej dengan Alias. Tanya dia ada kat kampung ke tak.. Tanya punya tanya, sampai gak aku kat umah dia. Hehe.. 

Rumah yang aku terjah hari ni sume pertama kali aku pegi. Sume main gamble je. Masa nak ke rumah Alias je tersesat sampai ladang kelapa sawit. Huhu.. Cuak gak. Tuan rumah salah bagi peta daa.. Haih..

Esok, mak abah ajak join konvoi anta menantu kat Tumpat. Malasnya aku nak pegi. Jauh tu nak drive balik hari. Mau tercabut kaki gue. Nak pegi ke tak nak, nak pegi ke tak nak...Arrghhh...
 

Wednesday, September 15, 2010

..::Cinta Itu Bukan Milikku::..


Cinta itu datang dan pergi tanpa pamitan. Bila ia datang, sememangnya bahagia sentiasa mengulit diri. Bila ia pergi, kecewa yang hadir menambah keperitan di hati.

Cinta aku juga begitu. Selalu datang dan pergi tanpa ada sebarang tanda. Tapi aku tak pernah kenal erti serik dalam mengejar cinta. Mungkin bukan saatnya untuk aku terlalu memikirkan soal cinta. Biarlah masa penentu segalanya. Andai Tuhan berkehendakkan cinta milik aku hadir dilewat usia, aku redha, kerana aku yakin dengan ketentuan dariNya.
 

..::Kisah Raya Lagi::..


Raya ke 5.

Lepak kat rumah je arini. Petang sikit baru keluar ke rumah teman, mahu makan laksa. Yummy..

Semalam ada open house kat rumah kawan time sekolah dulu. Syok je bila dapat jumpa member-member yang dah lama tak jumpa. Walaupun yang datang tak berapa ramai, tapi happening gak. Yela, ramai yang keje. So, masing-masing datang time pas office hour la.

InsyaAllah hari Jumaat ni aku ke Kelantan plak. Melawat sedara mara sebelah sana plak.
 

Sunday, September 12, 2010

..::Raya Oh Raya::..

Sejak balik rumah ni tak pernah up date pun blog. Camnela nak up date kalau internet macam siput je kat cc. Sekarang aku dah boleh up date dengan senang hati kerana sudah mempunyai BB yang baru. Wiwi..

Amacam raya korang tahun ni? Aku cam biasa jela. Cam tahun lepas gak. Cuma tahun ni aku sambut raya pertama kat kampung abah. Biasanya beraya kat rumah dulu, baru balik kampung. Dah 2 kali raya aku jadi driver. Hehe..seronok gak walaupun penat.

Raya pertama beraya kat umah kak long, pastu round umah makcik-makcik dan umah tok sedara. Raya kedua plak round Kuantan, umah sedara mara lagi. Raya ketiga plak buat open house kat umah sendiri. Syok sangat. Ramai kawan-kawan yang datang. Menu tahun ni berubah juga. Tahun-tahun lepas buat lontong tapi raya tahun ni kami buat soto plak. Sodap..

Esok dah plan nak ke Kuala Terengganu sempena majlis perkahwinan member teknik aku dulu. Pastu boleh la menyelit beraya kat umah kawan-kawan yang lain. Nanti aku upload pic kalau rajin. Hehe..

Wednesday, September 8, 2010

..::Selamat Hari Raya::..

Mohon maaf jika ada tersalah kata terkasar bahasa..
Semoga bergembira di Hari Raya