Sejak balik rumah ni tak pernah up date pun blog. Camnela nak up date kalau internet macam siput je kat cc. Sekarang aku dah boleh up date dengan senang hati kerana sudah mempunyai BB yang baru. Wiwi..
Amacam raya korang tahun ni? Aku cam biasa jela. Cam tahun lepas gak. Cuma tahun ni aku sambut raya pertama kat kampung abah. Biasanya beraya kat rumah dulu, baru balik kampung. Dah 2 kali raya aku jadi driver. Hehe..seronok gak walaupun penat.
Raya pertama beraya kat umah kak long, pastu round umah makcik-makcik dan umah tok sedara. Raya kedua plak round Kuantan, umah sedara mara lagi. Raya ketiga plak buat open house kat umah sendiri. Syok sangat. Ramai kawan-kawan yang datang. Menu tahun ni berubah juga. Tahun-tahun lepas buat lontong tapi raya tahun ni kami buat soto plak. Sodap..
Esok dah plan nak ke Kuala Terengganu sempena majlis perkahwinan member teknik aku dulu. Pastu boleh la menyelit beraya kat umah kawan-kawan yang lain. Nanti aku upload pic kalau rajin. Hehe..
3 comments:
selamat hari raya.. :D
selamat hari raya =)
tenkiu all..
Post a Comment