Teman-teman

Wednesday, September 29, 2010

..::I'm in Love Again?::..

Fuhh..fuhh...berhabuknya.... Blog sape la ni. Pemalas betul cik puan blog ni mengemas. Hehe..

Jangan marah ye. Memang dah lama pun tak up date. Mood nak menulis hilang tiba-tiba. Kena curi kot. Maybe sebab putus cinta yang membuatkan aku tak de hati nak buka blog ni. Keciwa la konon. Haha..mengarut je. No more tears rite?

Actually, memang aku putus cinta pun. Dah sebulan dah. Cinta aku kali ni tak bertahan lama. Ntah kat mana silapnya. Bukan aku dan bukan juga dia. Maybe tiada jodoh antara kami. Ya, betul..tiada jodoh. Redha jela. Sayang tetap ada, tapi yang lepas biarkanlah lepas. Dah jadi sejarah dalam hidup aku pun.

Sekarang aku dah buka lembaran baru. Tak lama lepas aku putus, beberapa hari kebelakangan ni...datang seorang hamba Allah yang menawarkan cintanya pada aku. See.. Allah tu Maha Kuasa kan? Belum pun sempat aku lepaskan semua kenangan cinta lama, cinta baru plak hadir. Wah, cam seronok je jadi cik Rimie kan? Ada je cinta yang datang. Tak kesunyian gitu..

No la.. Aku ni jenis setia pada yang satu. When I'm in relationship with someone, I'll ignore others man even mereka-mereka tu hensem, kaya or apa-apa jela. Sebab aku tak suka curang pada orang yang aku sayang.

So, sekarang ni aku sedang mengenali seseorang yang terlalu mencintai aku. But, dalam hati aku masih belum bersedia menerima cinta. Yela, serik kot bila cinta yang diberi tak kesampaian.

Jahat tak kalau kita menerima orang yang menyayangi kita sedangkan dalam hati kita langsung tak ada rasa cinta tu? Adil ke? Aku pernah dengar orang cakap... 

"Biarlah kita hidup dengan orang yang sungguh-sungguh mencintai kita walaupun kita tak mencintai orang tu daripada kita hidup dengan orang yang kita cintai tetapi dia tak mencintai kita..."

Tolong bagi pendapat korang untuk aku...boleh? Haruskah aku menerima dia atau melepaskan dia pergi walaupun aku tahu dia akan tetap mencintai aku sampai bila-bila..
 

4 comments:

shiela said...

cuba lah kenali die dulu..perasaan tu?..bia masa menentukan..hee..

rimieilya said...

insyaAllah..

Sophie said...

alo... da putus ke dgn org offshore tu???

org baru tu atokkah? hehe..

rimieilya said...

aah..dh pts la..jodoh pendek ng die..

ops..no la.org lain