Teman-teman

Friday, September 24, 2010

..::Kemalangan Selepas Raya::..


Lama sangat tak up date blog ni. Mood nak menaip takde la. Hari ni je baru tergerak hati nak menulis sesuatu. Sorry ye sebab lama menyepi.

Aku nak cerita pasal kemalangan yang aku alami 3 hari lepas. Trauma sekejap aku. Mana taknya, selama setahun aku lalu jalan tu tak pernah jadi pape. Alih-alih kali ni plak terkena. Masa tu aku nak balik Perak. Pulang dari berhari raya di kampung halaman tercinta. Aku kena kat Karak, betul-betul depan balai bomba. Patutla aku cam lambat-lambat je siap masa nak balik hari tu. Rupanya ada something yang buruk berlaku.

Waktu kejadian tu aku baru je lepas berhenti rehat kat rumah kawan lama mak aku area Temerloh. Kelajuan kereta yang aku pandu time tu takde pun cecah 100km/j. Yela, jalan kampung kan. Mana leh bawa laju. Dah serik kena saman bulan lepas. Hehe..

Kemalangan tu cepat sangat berlaku. Sedar-sedar aku dah langgar sebuah motosikal. Actually kemalangan tu bukan salah aku. Motosikal tu yang keluar dari simpang tanpa berhenti. Saje cari nahas la tu. Ada ke patut nak seberang jalan besar tak berhenti tengok kiri kanan. Mujur aku sempat break mengejut. Kalau tak, mesti parah budak tu agaknya. Selamat gak takde kenderaan lain kat belakang aku. Kalau tak, dah macam sandwich dah keta aku tu.

Lepas kemalangan tu, aku berhenti kat tepi untuk settlekan dengan budak yang bawa motosikal tu. Cuak gak aku time tu. Gigil beb. Tengah kautim pape yang patut, datang abang-abang bomba yang baik hati tolong aku. Teman aku pegi bengkel sume dan settle down segalanya kat sana.

Alhamdulillah, segalanya selesai dengan aman. Aku takde pape pun. Trauma je sikit. Keta aku jela yang abis cium motosikal tu. Sampai hari ni pun still tak pegi repair lagi. Aku nak ucapkan time kasih sangat pada abang bomba yang baik hati tolong aku hari tu. Dan time kasih gak yang care pasal aku. Sayang korang sume.

p/s: untuk semua pemandu, berhati-hati dijalan raya ok. Walaupun kita dah berhati-hati, tetap juga kena kalau dah ditakdirkan. Hehe..
 

No comments: