Teman-teman

Saturday, January 29, 2011

..::Happy Chinese New Year::..

Aku mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan....

HAPPY CHINESE NEW YEAR

kepada semua rakyat Malaysia berbangsa Cina terutamanya my friends since old schools:

Teoh, Michelle, Tang Li, Pei Pei, Chang, Kean, Sim, Tim, Yeoh dan Rose..

Dengan adanya perayaan yang banyak kat negara kita, begitulah banyaknya cuti tahunan buat rakyat Malaysia. Hehe.. So, jom BALIK KAMPUNG.

Orang lain punya raya, aku plak yang excited. Haha..Biarlah kan. Kata 1 Malaysia. Actually selain excited, aku nervous sangat-sangat menunggu tarikh 4hb Februari nanti. Apa ada pada tarikh berkenaan? Shhh.... Mana boleh kasi tau sekarang. Tak suprise la kan. Tunggu aku up date nanti ye.

Esok pagi-pagi aku dah bertolak ke Rawang. Rumah my auntie. Tido sana 1 malam, then Isnin pagi gerak balik kampung. Plan nak jumpa ex-ofismate kat Kuantan sekejap. Lama sangat tak pegi ofis lama. Hehe..

Doakan perjalanan aku dan segala urusan sepanjang aku bercuti nanti selamat ye..Selamat bercuti juga buat kamu semua...

..::Malam Jumaat yang Best::..

Lately cuaca sejuk je kan. Hari-hari nak tarik selimut je. Kalau yang dah kawen tu lagi syok. Leh share haba dengan pasangan. Aku? Still single but not available la..

Let me share apa kami buat malam Jumaat lepas. Story lambat kuar sebab malas nak transfer gambar dalam phone. Malas je kan..

My housemate mau buat home-made ice-cream. Siang tadi dia dah siap-siap beli susu segar. Hehe.. Aku yang teruja lebih nak buat. Yela, tangan dah lama tak main masak-masak. Rindu sangat nak buat kek or cookies. Kalau kat rumah, bahan-bahan senang je dapat. Kat sini apa ada? Rice cooker dengan multi cooker je yang ada. Huhu..

Actually my housemate ada instant ice-cream packet. Dia dapat dari uncle dia dari Pakistan. Ye kot. Lupa plak uncle dia duk mana. Hehe.. But really she's mix blood ok. Pakistan-Malay.

So, jom tengok pic aktiviti kami malam tu...

ni la instant ice-cream packet yang aku cakap tadi

cara-cara nak buat..tp aku xfaham pn. tgk gambar,fahamla..hehe

kami guna susu ni sebab stock susu full cream dah abis..
masukkan 300ml susu..
pastu masukkan serbuk ice-cream instant tu..

then kacau laju-laju..sampai kembang..
tara...dah ready masuk dalam fridge..tunggu masa dia keras je..time ni pun dah rasa sedap cuma belum keras je..    
 Sorry..Gambar yang dah siap takde ye sebab dah selamat masuk dalam perut pun. Hehe..





 

Wednesday, January 26, 2011

..::First Class in This Sem with New Mood::..

Selamat Hari Rabu semua....

Hari ni aku bangun agak lewat dari biasa. Kalau time MC la kan. Kalau tak, mana ada peluang nak bangun lewat-lewat ni. Yes, kelas pertama hari ni jam 10. So, tak perlu rushing bersiap bagai. Just cool and steady je. Sangat teruja untuk melihat aksi baru dari student berwajah baru. Harap-harap dorang semua sporting macam yang first batch aku ajar dulu.

Sebut pasal kelas dah start ni, aku asyik terfikir je camne nak mintak cuti bulan Mac nanti. Selalunya masa tu la supervisor sibuk nak buat fieldwork. Harap-harap janganla kena time aku nak cuti tu. Naya je nanti. Bukan apa, aku malas nak bising-bising dengan teamwork yang lain pasal aku mintak cuti tu. Huhu..

Ok, jom bersiap untuk ke kelas... jangan lupa senyum ye. Hehe..

Tuesday, January 25, 2011

..::Menghitung Hari::..

I'm back!!!

Actually semalam lagi dah sampai hostel. Tapi line internet pulak buat hal. Hari ni pun sama. Mujur ada broadband. Dapat gak aku update blog. Hehe..

Percutian di Selangor sangat menyeronokkan. Walaupun penat mencari barang-barang penting, tapi aku happy sebab si dia sentiasa ada bersama aku. Kami pusing Shah Alam, Rawang, KL untuk cari barang-barang yang diperlukan.

Masa kat Shah Alam tu sebenarnya nak mencari cincin tapi lain pulak yang dibeli. Hehe.. Alhamdulillah, satu perkara dah settle. Tinggal lagi dua. InsyaAllah bulan Februari nanti aku turun sana lagi. Masa yang ada pun dah semakin suntuk. Dengan kelas yang bakal bermula Rabu ni, dengan si dia yang bekerja..memang susah nak cari masa bersama yang baik. Harap-harap semuanya berjalan lancar.

Korang mesti tertanya-tanyakan barang apa yang aku cari dan untuk apa aku cari barang-barang tu sume? Hehe... Nanti aku bagitau bila harinya tiba k. Sekarang belum masa yang sesuai lagi..
 

Saturday, January 22, 2011

..::I'm Off to Selangor::..

Tengah bersiap-siap untuk gerak jam 8 pagi. Mata masih pedih gara-gara semalaman tak dapat tido. Adoyai..

Tapi tetap kuatkan hati untuk ke Selangor harini walaupun badan tak larat. Sekejap je kot dah sampai sana. Kalau drive balik Terengganu memang aku dah postpone pun. Huhu.. Dah janji dengan makcik dan si dia. Kalau hal aku sendiri, mau aku tarik selimut balik ni.

Tujuan ke Selangor adalah untuk mencari barang-barang untuk bulan 3 nanti. Nak tau barang apa, tunggu aku balik sini k. Hehe.. Kasi suprise sikit. Dah plan sebulan yang lepas, tu yang tak sabar sangat nak pegi. Alih-alih tak berapa sihat plak. Kita merancang tapi Tuhan yang mengatur semuanya. Semoga sakit aku ni cepat sembuh dan tak melarat. Kalau tak mesti takde mood nak jalan-jalan cari barang nanti.

Doakan aku selamat dalam perjalanan ye..

Thursday, January 20, 2011

..::Arini Cuti Kan::..

Apa nak buat bila cuti? Ala, ari-ari pun cuti bagi aku if takde kelas nak mengajar. Hehe.. Cuti umum ke tak, sama je rasanya. Tapi bosan plak asyik memerap kat bilik. Keje sume dah siap. Haish..

Rasa cam nak window shopping je la. Sambil-sambil tu leh cari barang-barang untuk persiapan nanti. Ada satu benda lagi yang aku patut beli tapi belum beli. Ari tu dah cari dekat kampung, tapi tak complete. Nak cari yang lagi bagus.

Lagi dua bulan ni. Risau plak tak sempat buat persiapan. Esok nak ke rumah makcik kat Rawang. Tumpang umah dia sehari dua untuk cari barang-barang yang lain. Syoknya. Hehe..
 

Monday, January 17, 2011

..::Dah Kembali ke Rutin Asal::..

Asal balik uni je, mood malas dah datang. Padahal dah mula sem baru pun. Lagi plak sem akhir. Adoyai..apa nak jadi ni..

Aku sampai kul 5 lebih tadi. Penat yang amat drive sorang-sorang dari Terengganu ke Perak. Mujur gak ada driver 15 minit. Dapat gak aku rehat. Hehe.. 15 minit pun jadila daripada takde. Tu pun dari Batang Kali ke Bukit Beruntung.

So, bila dah kembali ke uni ni dah takleh nak malas-malas lagi k. Tanam azam sempena tahun baru *hampeh je*. Ni sem akhir. Kena siapkan tesis tepat pada masanya. Harap leh buat dua keje dalam satu masa.

Kawen+Konvo. Hehe.. Tu target aku tahun ni. Yezza.

Sunday, January 16, 2011

..::Kembali Lagi::..

Wah, lama gile tak menulis. Rindu yang amat dengan geng blogger. Kamu rindu saya tak? Hehe..

Aku masih di rumah. Belum balik uni lagi. Malas. Lagipun ada hal yang nak kena settle dulu sebelum balik.

Alhamdulillah. Masih dipanjangkan umur pada tahun yang baru, bulan yang baru dan hari yang baru. Sedar tak sedar dah 16 haribulan pun. Cepat je masa berlalu kan? 

*******

Nak buat entri pendek je dulu. Daa..