Sangat tak sabar menunggu hujung minggu ni tiba. Nak tahu kenapa? Hehe.. Me ada reunion tau..kat pd lagi. Bestnya. Rasa nak cepatkan waktu je sekarang ni.
Reunion ni adalah reunion sekolah aku yang kedua. Dulu-dulu aku selalu je tukar sekolah. Bukan budak jahat ok, tapi kena ikut family berpindah randah. Penat tau. Sekolah ni antara sekolah yang aku suka sebab banyak pengalaman semasa meningkat ke arah menjadi anak dara sunti. Hehe.. Time kat sekolah ni la aku jadi tomboy, bawa beskal macam budak lelaki, mandi hujan, redah banjir, panjat pokok kutip buah kaler oren-oren tu untuk jual, blajar bawa motor dan macam-macam lagi.
Seronok sangat kan bila ingat zaman sekolah dulu-dulu. Aku hapy sangat nak pegi reunion ni sebab dah 13 tahun kami tak jumpa tau. Masing-masing dah berubah. Tak sabar nak tahu perkembangan sume orang.
Jom kita mengira waktu......tik tok tik tok tik tok....Hehe
No comments:
Post a Comment