Teman-teman

Tuesday, June 7, 2011

..::Manjakan Diri Anda::..


Korang pernah try tak beli DealMates or Groupon? Camne? Best tak? Berbaloi ke?

Aku dah try ok. First time kat Groupon. Aku beli offer yang buat manicure and pedicure. Best tau. Berbaloi-baloi sangat. Ni gara-gara osmate aku yang nak bertunang hujung bulan lepas la. Dia memang nak cantikkan tangan. Yela, nak sarung cincin kenala tangan cantik. Nanti dalam gambar, baru comel. Hehe..

Second time plak aku beli offer kat DealMates. Ala...yang buat treatment rambut guna barangan L'oreal tu la. Baru je beli tadi. Belum pegi lagi. Tengah diskas dengan osmate nak pegi bila. Bestnya. RM29 je tau (daripada RM180). Sape nak bagi kan.. Lagipun dah lama tak pegi salon.

Eh, ada satu lagi la yang belum pegi. Steamboat kat Restoran Thai Seafood. Yang tu harga die RM15 je. Hehe...

Aku rasa aku dah gila beli kupon-kupon online ni la. Adoyai... Tapi tak rugi kalau pandai memilih. Hehe... Jomla korang....Join Groupon and DealMates. Macam-macam ada....

1 comment:

anaztasias nora aira said...

xpernah beli lg diskaun tu ehehehe

salam kenal b2b :)

nora
http://norapurplebridez.blogspot.com