Teman-teman

Wednesday, June 22, 2011

..::Semoga Rohnya DIcucuri Rahmat::..


Semalam aku dikejutkan dengan berita pemergian ayahanda sahabat baik aku, Ahmad Fakhri Mohd Zaki. Takziah buat Yie dan family. Semoga kamu tabah hadapi ujian ni k. Sebagai anak sulung, mesti berat tanggungjawab Yie untuk uruskan keluarga lepas ni. InsyaAllah semuanya pasti baik-baik saja.

Sedihnya..

Aku kenal dengan Yie ni sejak dari sekolah rendah lagi. Dari kecik memang kami dah rapat, sampaikan ada je gosip-gosip liar yang cakap kami ni kapel. Nak kapel ape kalau time tu masih higusan lagi. Aku plak time tu ala-ala tomboy.

Masa dalam kelas, Yie duk belakang aku. So, selalula kami berbual. Even masa peperiksaan pun nama die dekat dengan nama aku. Mestila duk dekat-dekat. Yie ni anak tentera. Seorang yang sangat baik. Hensem juga tau. Sape nak ngorat, leh tinggalkan mesej ye. Hehe. Sekarang ni die dah jadi cikgu pun.

Kenangan yang paling best masa sama-sama belajar dulu adalah time kami balik dari kelas malam ramai-ramai. Dalam hujan plak tu. Memang best la. Sabtu ni kami ada reunion kat PD. Wiwi...Ish...dah melalut plak dah. Hehe..

Sama-samala kita sedekahkan al-fatihah buat arwah ayah kawan aku ni ye. Al-Fatihah.....


2 comments:

bulan darling said...

salam takziah buat keluarganya.

rimieilya said...

tenkiu darling...