Teman-teman

Saturday, July 30, 2011

..::Kisah Israk Mikraj::..


Sejak dah bekerjaya ni, aku selalu je lupa tarikh-tarikh penting dalam Islam. Dulu time blaja, slalu buka diari, belek kalendar..Sekarang, tarikh biasa pun kadang-kadang lupa. Hehe..

Actually masa Israk Mikraj aritu aku kebetulan berada di kampung halaman. Alhamdulillah. Setelah 2 bulan di perantauan mencari rezeki, dapat juga aku balik jenguk orang tua. Tu pun encik tunang sanggup temankan aku balik. Kalau tak, sesatla aku jawabnya.

Aku balik kampung hari tu pun sebab nak pegi exam PTD. Huhu.. My dad yang beria suh aku pegi. Dengan tak cukup preparation, aku redah je jawab exam. Tambah plak mata macam panda sebab sampai kampung jam 2 pagi. Jam 7 dah gerak dari Dungun ke Kuantan. Pecut 140km tu.. Mujur  tak sangkut speedtrap. Hehe..

Kebetulan juga, Jumaat tu bersamaan 15hb July was my dad's birthday dan kebetulan lagi esoknya adalah besday encik tunang. Berganda-ganda kebetulan tau minggu tu. Sampai je kat kampung, aku dan encik tunang dihidangkan dengan meehun, kek dan ayam bakar. Mak buat sikit kenduri kesyukuran besday Abah dan sambutan Ramadhan kat rumah petang Jumaat tu. Alhamdulillah, rezeki.

Sabtu bersamaan 16hb July, aku pegi exam PTD. Jawab dengan redhanya. Malam tu plak adalah malam Israk Mikraj. Alhamdulillah, aku sempat buat perkara-perkara sunat sempena Israk Mikraj bersama famili tercinta. Time tu rasa sangat terharu dan bertuah kerana masih berpeluang untuk bersama keluarga pada masa yang baik. Rasa Maha syukur pada kekuasaan Allah kerana ketentuan yang telah ditetapkan sangat baik dan sempurna.

Hari terakhir di kampung adalah hari yang sangat menyedihkan. Berat hati nak balik bekerja. Sempat cakap dengan encik tunang nak bertolak lewat sikit sebab belum puas bersama famili. Hehe..Mujur encik tunang faham perasaan tunang dia ni. Janji jam 10 nak gerak, tapi 1130 baru aku muncul depan rumah encik tunang. Leka betul berborak dengan mak sampai tak sedar masa bergerak pantas.

Disebabkan sekejap je spend masa di kampung, seminggu gak la kelopak mata ni berair coz miss my mum n famili. InsyaAllah puasa ke5 nanti aku balik kampung lagi. Kali ni cuti lama sikit.


Friday, July 29, 2011

..::Pengumuman::..

Dengan ini saya selaku pemilik blog ~Cerita Hatiku~ ingin mengucapkan.....


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


kepada semua umat Islam. Semoga segala ibadah kita di bulan yang mulia tersebut diterima Allah SWT dan beroleh barakah bersama.

Friday, July 22, 2011

..::Kerana Adanya Kamu::..


Abaikan tajuk yang jiwang tu ye...

Aku sangat terharu sekarang ni. Nak menitis air mata pun ada. Tapi kang takut masuk dalam nasi plak. Huhu.

Al kisahnya begini. Encik Tunang keje malam minggu ni. Aku tak tahu apa mimpi dia semalam. Tengahari tadi sebelum dia pegi solat Jumaat, dia suh aku turun jap dari ofis. Ingatkan ada hal apa, rupanya dia nak bagi bekal untuk lunch. Bukan beli ok. Encik Tunang masak sendiri. 

Owh, terima kasih banyak-banyak ye sayang. Sangat sedap sambal sotong dan ikan goreng yang B masak tadi. 

Aku yang dah kenyang pun leh lapar balik pas tengok sambal sotong Encik Tunang.

Beruntung ada Encik Tunang yang rajin nak masakkan untuk aku. Ni aku rasa nak kawen cepat-cepat ni. Boleh rasa lagi masakan dia yang lain-lain. Hehe...

Wednesday, June 29, 2011

..::Rezeki Hujung Bulan::..


Aku agak bengang bila gaji lambat masuk. Yela, bila dah hujung bulan konfem la duit poket dah kering. Tambahan plak baru je lepas pegi holiday kat PD hujung minggu lepas. Sangat syok oOo... Yang tu nanti aku cite kan ye.

Sekarang ni aku nak cite hal pagi tadi. Awal pagi aku dah dikejutkan housemate aku pasal bos dah bagi cek gaji bulan ni. Alhamdulillah..Rezeki time hujan. Terus laju-laju pegi bank untuk deposit. Hehe..

Sampai je opis, terus teringat nak cek cimbclicks. Mana tau kawan aku dah bank in kan duit die kat aku kan. Huhu... Sekali duit lain yang masuk. Bukan sikit, tapi banyakkkk.... Sangat teruja tau. Rezeki, rezeki...

So, bulan ni bolehla aku simpan banyak sikit untuk duit kawen. Yahoo.... (padahal dalam kepala dah macam-macam terbayang nak beli. Hehe....)

Terima Kasih ya Allah...







Friday, June 24, 2011

..::Al-Fatihah::..


Dah lama tak buka blog dia. Hampir 2 bulan juga. Dulu, setiap hari mesti buka blog dia. Post-post dia semua best. Senang cite, boleh buat hari-hari aku ceria la. Rasa tak lengkap hidup kalau tak buka blog dia. Dia pun selalu je datang melawat blog aku dan tinggalkan pesanan di chatbox.

Sejak aku dah keje ni, dah takde masa nak buka blog dia even aku tahu setiap hari mesti ada cerita menarik kat blog dia. Hari ni aku tergerak hati nak buka blog dia, nak layan sume post dia yang aku dah ketinggalan selama 2 bulan ni. Alih-alih, satu berita yang mengejutkan aku plak yang terpapar di entri paling latest di blog dia.

Rupanya, dia dah takde. Bukan sekejap, tapi untuk selamanya. Bukan hari ni saja, tapi sehingga hari-hari seterusnya. Lepas ni siapa lagi nak buat hari-hari ceria? Siapa lagi nak tulis benda-benda yang mengarut tapi BEST GILER untuk tatapan semua?

Sedih, sayu, tergamam, pilu........

Aku doakan rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Terima kasih sebab telah menceriakan hari-hari aku sebelum ni... Sangat terasa dengan pemergianmu....

Untuk keluarga Telurdibasuh.... aku doakan korang tabah untuk ujian ini. Al-fatihah.....



..Hujung Minggu Bakal Meriah::..


Sangat tak sabar menunggu hujung minggu ni tiba. Nak tahu kenapa? Hehe.. Me ada reunion tau..kat pd lagi. Bestnya. Rasa nak cepatkan waktu je sekarang ni.

Reunion ni adalah reunion sekolah aku yang kedua. Dulu-dulu aku selalu je tukar sekolah. Bukan budak jahat ok, tapi kena ikut family berpindah randah. Penat tau. Sekolah ni antara sekolah yang aku suka sebab banyak pengalaman semasa meningkat ke arah menjadi anak dara sunti. Hehe.. Time kat sekolah ni la aku jadi tomboy, bawa beskal macam budak lelaki, mandi hujan, redah banjir, panjat pokok kutip buah kaler oren-oren tu untuk jual, blajar bawa motor dan macam-macam lagi.

Seronok sangat kan bila ingat zaman sekolah dulu-dulu. Aku hapy sangat nak pegi reunion ni sebab dah 13 tahun kami tak jumpa tau. Masing-masing dah berubah. Tak sabar nak tahu perkembangan sume orang. 

Jom kita mengira waktu......tik tok tik tok tik tok....Hehe