Teman-teman

Sunday, June 7, 2009

..::Lelaki Harus Tahu::..


Sudah menjadi lumrah, lelaki memerlukan wanita dan begitu juga sebaliknya. Namun, bukan mudah untuk seseorang itu bertemu teman serasi dengannya. Pandangan dari segi fizikal dan keperibadian seseorang lelaki itu sahaja belum cukup syarat lengkap untuk seorang wanita memilihnya menjadi pasangan. Karakter seseorang lelaki juga turut menjadi perhatian. Tidak hairan jika golongan wanita sering menguji karakter lelaki.


Entri kali ni aku nak berkongsi dengan anda mengenai 5 sifat lelaki yang AMAT dihindari wanita dalam menjalinkan satu hubungan serius terutama sekali untuk menjadikan pasangan seumur hidup. Semoga ia berguna untuk anda ye...


#1 SOMBONG DAN PENTING DIRI

Golongan wanita tidak mudah membina hubungan dengan lelaki jenis ini. Selain berasa tidak selesa bersama, wanita juga selalu berfikir sifat tersebut akan merosakkan hubungan manis yang seharusnya terbina. Jadi, jikalau anda lelaki-lelaki di luar sana yang memiliki ciri-ciri sedemikian, jangan hairan jika ada wanita yang anda suka tiba-tiba menjauhkan diri dari anda.


#2 KASAR DAN TIDAK SOPAN

Tidak dinafikan dalam kehidupan masa kini, ramai di kalangan wanita cenderung kepada dunia dan aktiviti lasak. Lelaki yang terlibat secara langsung mahupun meminati aktiviti sebegini juga merupakan antara ciri-ciri pilihan wanita. Namun, sebagai wanita yang gemar dibelai, tentunya mereka mendambakan kehadiran lelaki yang bersifat lembut. Di mata wanita, lelaki kasar dan tidak sopan menjadi salah satu yang mengurangkan penilaian terhadap pasangan yang dicari sehingga membuatkan mereka teragak-agak mengakhiri hubungan (sama ada hubungan sebagai kekasih mahupun hubungan asmara).


#3 DEGIL DAN KERAS KEPALA

Memang tidak dinafikan, kedudukan lelaki yang berada di atas dan dalam rumah tangga pula adalah ketua. Namun, sebagai pemimpin, ia bukanlah tiket untuk anda bersifat degil dan keras kepala. Umumnya, wanita beranggapan sifat sebegini hanya akan menyakiti diri dan menyukarkan penyelesaian masalah yang terjadi dalam hubungan.


#4 SENTIASA BERASA DIRI BENAR

Dengan kata lain, sentiasa bersifat menegakkan benang yang basah. Sukar menerima pendapat orang lain dan selalu ingin didengar pendapatnya saja. Kalau beginilah keadaannya, jangan hairan jika pasangan anda tiba-tiba membelakangi anda atau langsung tidak bercakap dan meninggalkan anda dalam keadaan terpinga-pinga.

#5 ANTI DAN BENCI WANITA

Jika inilah sifat yang ada pada diri anda, sudah pasti hubungan yang bakal dibina tidak akan menjadi kerana sedari awal lagi ia hanya akan menimbulkan rasa sakit hati dan penderitaan kepada wanita. Tepuk dada, tanya selera.

*petikan dari www.karangkraf.com/keluarga


2 comments:

Marina Monroe said...

Sifat BARAN, auntie nasihatkan jauhilah lelaki yang ada temper tak tentu pasal.

rimieilya said...

Auntie Marina ~

Thanks auntie untuk tambahan.

Betul kata auntie tu. Sape la yg nak kalau lelaki tu baran tak tentu fasal. Silap hari bulan, bkn pinggan mangkuk je yang melayang, ntah2 kte pn kena layang sama