Teman-teman

Friday, January 29, 2010

..::Cinta untuk Dinikmati, Bukan untuk Ditangisi::..


"Apabila cinta hanya akan menyebabkan anda membuang air mata maka tinggalkanlah cinta itu, sebab air mata yang tumpah pada detik itu logiknya akan berterusan jika anda berkahwin dengan insan berkenaan"


Aku mengambil kata-kata ini dari sebuah buku motivasi yang aku minati. Kata-kata ini aku rasakan cukup mendalam maksudnya dan bermakna terutamanya buat aku. Bila aku renungkan kisah cinta aku yang lepas, aku amat bersyukur kerana cinta itu telah berakhir. Mungkin kata-kata ini dah mencelikkan mata hati aku. Ya, memang sepanjang percintaan aku lebih banyak duka dari tawa. Tapi tak bermakna yang membuat aku tertawa itu, aku lupakan terus. Kenangan manis tetap aku simpan. Itukan jalan hidup aku..kisah cinta aku..


Jika benar 'kamu' menyintai 'aku', mengapa 'kamu' harus menyebabkan 'aku' menangis? Jika benar 'kamu' sayang pada 'aku', mengapa 'kamu' harus mempermain-mainkan perasaan 'aku'? Yang sebenarnya lelaki sebegini hanya ingin bermain atau menguji anda.


Tapi aku tidak ada masa untuk bermain sebab tumpuan aku adalah pelajaran. Siapa dia untuk menguji ketahanan aku sedangkan aku mempunyai tanggungjawab besar untuk masa depan yang gemilang. Bukan dia saja yang ada dalam hidup aku untuk aku pedulikan..


Memang kita mudah tersilap tafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka bila kita dapat 'itu', kita akan bahagia. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.


Cinta yang suci murni tidak memerlukan air mata tapi tertawa ria. Perhubungan yang harmoni penuh kompromi biasanya bergelak atas landasan yang tenang, lurus dan menuju matlamat. Bergembiralah menyambut kehadiran cinta tapi sebaik saja ia menyebabkan hati anda gelisah serta tumpuan anda terhadap Tuhan dan pelajaran kian menghilang, tinggalkanlah cinta itu dan binalah cinta baru. Sebenarnya anda tidak perlu tergesa-gesa membina cinta. Sesuatu yang datang tanpa perlu ditagih biasanya lebih bertahan lama, ikhlas lagi jujur.


Berpegang pada prinsip baru aku sekarang, "Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka"


So, kawan-kawan..tepuk dada tanya hati anda sendiri.



No comments: