Teman-teman

Saturday, March 12, 2011

..::7 Hari Dari Sekarang::..


Ceh...macam tak boleh tulis title seminggu dari sekarang. Padahal Sama je. Haha.. Biarla. Nampak macam banyak sikit kalau tulis angka. Kalau tulis seminggu sama macam satu je. Kan..kan...

Kenapa dengan 7 hari lagi?

+____+

Aku akan berada di rumah ketika itu. Yeay.. Balik bercuti selama seminggu bersama insan tersayang.

Aku tak pasti bila aku kat rumah nanti aku leh up date blog ni ke tak. Kita tungu dan lihat je nanti ye. Rasa-rasa macam boleh sebab bb aku kat rumah. Tapi aku rasa cam malas nak bawa balik lappy. 

Hurm.....fikir fikir..

Ok...jom start cuak bersama-sama sambil kira detik waktu bergerak ye...
 

Friday, March 11, 2011

..::Kau Penyelamat Cintaku::..

Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

..::Tinggal Seminggu Je Lagi::..


Sekejap je masa berlalu. Sedar-sedar lagi seminggu majlis pertunangan itu akan diadakan. Banyak lagi yang belum settle. But almost every items dah beli. Decoration pun dah hampir siap kata mak aku. Hehe...

Aku plak yang tak sabar nak tengok ghupa rumah aku camne sekarang. Yela. Kalau takde kenduri kendara ni mana nak berubah rumah aku tu. Cam tu jela. Yang selalu berubah adalah dekorasi bilik tidur. Tu je. Hehe..

Mak cakap set bilik tidur dia dah sampai dan dah rasmi pun. Katil kelamin yang lama tu mak dah letak dalam bilik aku. Hoorey.. Pasni memang syok la melepak kat atas. Dah tak perlu tidur atas tilam yang takde katilnya. Hehe.. Normal bagi family yang selalu berpindah randah kan. Perabot semua disediakan company. So, memang perabot sendiri tak lengkap la. But, my new family nanti rasanya memang stay sampai bila-bila la. Dah tak berpindah randah. Huhu..

Selasa ni aku akan stay kat rumah makcik aku satu malam and then esok pagi-pagi terus balik kampung dengan dia. Mahu singgah di Kuantan untuk beli beberapa barang yang belum lengkap. 

Semoga dipermudahkan..

Wednesday, March 9, 2011

..::5 Bulan Bersama::..


[entry mode: romantika]

Alhamdulillah. Hubungan yang terbina sejak 5 bulan lepas masih hangat buat kita berdua. Tuhan itu Maha Penyayang. Dia telah memberi ruang untuk kita merasai apa itu CINTA. Setelah sekian lama aku dilukai oleh insan yang bernama lelaki, kini aku juga bahagia dengan insan yang bernama lelaki.

Bagi sesetengah orang, 5 bulan bukan jangka waktu yang lama untuk kita memikirkan soal perhubungan yang lebih serius. Tapi bukan kita, sayang. Kau membuktikan ketulusan cinta dan sayangmu dengan ikatan pertunangan antara kita. 10 hari lagi menjelang saat bahagia itu.

Sukar untuk aku luahkan tentang perasaan hati ini. Hanya ucapan terima kasih yang bisa aku lafazkan untuk semua yang kita lalui selama ini. Aku bahagia bersama kamu.

Semoga Tuhan lebih memberkati hubungan kita selepas tersarungnya cincin di jari manisku nanti.

Aku sayang kamu selamanya....Emran Mohamad.
 

Tuesday, March 8, 2011

..::Sekali Lagi..Haish::..


Apala yang tak kena dengan aku ni. Eh, aku ke pintu bilik aku yang tak kena? Huhu.. Mana-mana jela..

Buat kali kedua bilik aku terkunci lagi. Kejadian terjadi pada sebelah malam plak. Haru betul. Lepas aku amik housemate aku kat ktm, aku dah masuk bilik, buka tudung and simpan purse sebab aku nak pegi tengok tv cite Trilogi Cinta. Hehe.. Aku dah rasa yang aku memang tak kunci pintu bilik aku tu.

So, syok-syok tengok cite sampai abis aku pun balik la bilik aku. Sekali terkunci. Uwaaaa.... Tension beb. Dua kali dalam satu hari terkena. Memang TERBAIK la. 

Conclusionnya, aku tido bilik housemate aku malam tu dengan tshirt dan jeans. Haha.. Mujur housemate aku tu takde roomate. Layan cite DoReMi sampai tertido.

Pagi-pagi aku dah menapak ke ofis admin dengan baju semalam dan yang paling bagus, tak mandi. Hehe..Lepas ni memang kena buat kunci spare la. In case terjadi cam semalam lagi kan, leh amik kunci spare kat tempat yang aku simpan tu.
 

Monday, March 7, 2011

..::Kejadian Yang Tak Diingini Di Pagi Hari::..


Bilik terkunci.

Memang terbaikla. Kunci plak aku tinggalkan dalam bilik. Macam confidence je dah amik kunci sebelum keluar bilik. Aku nak ke bilik sebelah untuk tengok tv sambil buat homework sikit.

Dah 2 hari pun aku ulang alik ke bilik housemate aku tu memandangkan aku keseorangan di rumah. Dia tinggalkan kunci bilik dia dekat aku sebelum dia balik. Ntah macam mana pagi ni aku boleh terlupa nak amik kunci bilik aku sebelum kunci dan keluar.

Tengah-tengah layan fb aku rasa macam ada yang tak kena. Aku toleh belakang, memang betul perasaan aku tu. Kunci bilik aku takde. Ah sudah.. Aku keluar pegi cek bilik aku memang sah dah berkunci. Adoyai..

Kepala dah fikir nak masuk ikut tingkap. Sekali jenguk kat luar beranda punyalah jauh antara bilik aku dengan bilik housemate aku ni. Pulak tu bilik kami menghadap ke jalan. Takkanla aku nak panjat time orang ramai lalu lalang nak pegi kelas. One more thing yang sangat terbaik adalah aku BERKAIN BATIK. Memang bagus pun kan..

Last choice yang aku ada adalah ke ofis admin village. Huhu.. Tapi camne aku nak pegi kalau dengan berkain batik? Kalau aku tak pegi dan tunggu sampai petang, camne plak aku nak amik housemate aku malam ni kat ktm?

Terpaksala aku pinjam baju housemate aku yang ada. Tak mungkinla aku nak ke sana dengan kain batik semua kan. Hehe.. Mau semua orang tengok aku semacam je.

So sekarang alhamdulillah. Aku dah boleh masuk bilik aku lepas amik kunci spare tadi. Maaf ye housemate, kite pinjam baju, seluar ngan tudung kamu tadi. Huhu.. 

Kalau roomate ada,takdelah aku jadi camni. Good lesson ye cik rimie. Lain kali jangan kalut sangat. Pastikan betul-betul sebelum kunci pintu.