Teman-teman

Sunday, November 2, 2008

..::A.B.C::..

Petang semalam aku dan x-roomate aku msa 2nd year,Zara kuar pi Jusco semata mata nak makan ABC. Pelik kan?? Macam la kat dalam U ni tak ada ABC. Memang tak ada pun. Abang cafe tempat yang kami biasa makan dulu dah malas nak buat. So, nak tak nak kena cari kat luar la.

Perangai aku dan Zara ni pelik skit. Kalau kami tension, emo dan sewaktu dengannya, first thing yang kami cari ialah ABC. Kalau tak dapat, barulah cari aiskrim..Macam mengidam lak.





Setiap sem aku akan kuar makan dengan Zara. Sem ni kurang masa skit nak makan makan dan luang masa berborak. So, petang semalam adalah kali pertama kami
makan bersama dan keluar. Masing masing dah penat study, saje release tension kat Jusco, makan ABC sambil borak borak. Dah lama tak jumpa walaupun satu U, banyaklah cite yang keluar.

ABC kat Jusco ni boleh tahan mahal gak la bagi kami sebagai student ni. Tapi tak pe sebab puas hati makan. Tengok dari atas memang tak menarik pun. Bila dah cedok sampai bawah, macam macam ada. Koktel, buah kabung, cincau, jagung..best best...

Satu benda yang aku jumpa kat Jusco semalam adalah telur pindang. Tahu tak ape kebenda ni?? Telur rebus je tapi direbus dengan rempah ratus. Aku pun tak tahu sangat apa bahan bahannya. Tapi selalunya time orang kawen je dapat makan telur pindang ni. Tu pun kat area Johor. Susah nak dapatkan telur pindang ni sebab proses membuatnya adalah rumit. Yang bestnya kat Jusco ni ada 1 gerai je yang jual telur ni. So, tak ada la aku kena tunggu ada orang kawen baru leh makan telur pindang ni. Memang favourite aku la.Nyum,nyum..



Around 5pm dah puas merayau. Tunggu bas kat tempat biasa. Mak ai..lama sesangat menunggu. Dalam sejam baru bas sampai. Hari minggu selalunya ada bas U yang akan hantar student pegi Jusco. Dah nama pun free, ikut sesuka hati dia je nak datang pukul berapa. Dari buang duit kat pakcik teksi, tunggu jela sampai bas datang..

Dah abis pun cerita..sila sambung kerja kerja anda.
Daa...

4 comments:

LORD ZARA 札拉 said...

Hehehe...

Kita yang pelik kan?

hehehe...

internet ku baru saja elok nih...

akan menhapdate nanti!!

rimieilya said...

pelik tapi benar..

ok2..letak gambar aku besar2 ek
hehe..

A t i Q a h said...

amboi2. sedapnya dia makan.. hehe.

eh, telur pindang tu kat kedai mana? asal aku tak pernah jumpa ha?

rimieilya said...

ko nak juga ke tiqah?

ala,kt kedai jual bahulu kt tepi escalator tu..

ada je jual