Teman-teman

Monday, March 30, 2009

..::Biane::..


Agak lama juga aku tak menjengah diari hatiku ini. Rindu kian membuak untuk menulis, mencoret kisaH hidup aku. Bukan untuk menghebahkan pada dunia tapi cukup sekadar aku luahkan untuk kepuasan diri sendiri.

Sebenarnya internet di bilik dah 2 hari tak ada. Geram gak. Time weekend la nak buat hal. Ini pun aku online di ps. Sebelum memulakan PSM, haruslah check everything dulu kan. hehe..sempat lagi tu.

Ok, cerita hari Sabtu... Aku hanya terperap di bilik menyiapkan PSM yang hampir selesai. Tak sabar untuk menyiapkannya. Semoga semuanya success. Kata-kata dari temanku dari Jakarta. Thanks to u, Iswan. Minggu ni ada pesta konvo di universiti aku. So, sempat la juga ke sana cuci mata. Tapi yang tak syoknya, hujan lebat mencurah-curah turun bila aku sampai kat tapak konvo tu. Potong line betul nak window shopping. Petang ni pasti pegi lagi.

Cerita hari Ahad... Movie maraton. Dah lama tak buat camni. hehe.. best gak skali skala layan cite tanpa fikirkan soal assignment dan PSM. Aku layan cite korea, Love Kindergarten. Best sangat jalan cite movie ni. Bertambah-tambah lagi minat aku untuk jadi seorang guru tadika.hehe..ada bakat ke? Kanak-kanak comel membuatkan hati aku tenang.

I've found someone. Baru je kenal-kenal. Nanti kalau dah confirm ke apa, baru aku show off ok.Lagipun dah serik dikecewakan oleh lelaki..Sekarang ni aku nak fokus pada PSM dan final exam aku dulu..CHAYOK..CHAYOK..

[STICKY MODE]


"Aku mengaku kau bukan yang PERTAMA..
tapi aku berjanji kau adalah yang TERAKHIR.."


Thursday, March 26, 2009

..::Akim oh Akim::..


Wah, tetiba aku jadi minat kat Akim AF7 bila aku dengar n tengok dia perform masa konsert ke2. Cute la Akim ni. Suke..suke..Biarla orang lain tak suke pun..



Gambar ni aku amik kat fanblog dia. Ni la rupa Akim masa konsert ke2 tu. Cam vokalis Bunkface pun ada, Jones Brother pun ada..sejak bila lak aku minat Bunkface ni? hehe..pape jela,janji sedap dengar kat telinga aku sudah...

..::Interview::..


Pasti korang sume tertanya2 ke mana aku pergi pada hari Khamis kan? Hehe..saje nak wat gempak skit. Sebenarnya tak ke mana pun. Ada lagi kat Johor ni ha. Cuma time korang baca entri aku ni, aku dah on the way ke Danga Bay untuk hadiri satu interview kerja dengan Khazanah Nasional. Khabarnya syarikat ni buat open interview untuk student UTM je. Wah, special gitu.

Dengar cerita ada 200 kekosongan. Tu yang nak cuba nasib tu. Mana la tau ada rezeki aku kat sana kan. Sekarang ni tak boleh memilih kerja sangat. Apa yang ada depan mata, sambar je.

So aku dan kawan-kawan yang lain dah decide nak pegi ramai-ramai la interview ni..Wish me luck ok.

Nervous..nervous..
('__')

Wednesday, March 25, 2009

..::Suatu Tempat::..


Last lecture for this week, theory class. Sungguh memenatkan. Bukan penat badan, tapi penat minda. Bagaimana agaknya seseorang itu memahami suatu teori?

Esok aku tak hadir ke kelas. Aku dah ganti kelas untuk esok pada Isnin lepas. Esok aku terpaksa ke suatu tempat. Mungkin tempat tu akan buat aku gembira atau sebaliknya. Mudah-mudahan ada khabar gembira ya.

Entri kali ni pendek jela. Aku nak prepare untuk esok. Nanti kena tinggal lak.. Doakan aku.

Monday, March 23, 2009

..::Thank You::..


Thank you for simply being there

On the cloudy day
On the sunny day

Thank you for sharing your joys
And pain with me
For showing me that I am so special

That my contribution counts to our friendship
I have grown as a person
And I hope you have too

Thank you…
Just for you

Thank you for simply being my friend
For the special memories
We share together now

Thank you for the never ending support
You always give me

I will always love you
I can’t tell you how much
That you mean to me

I pray for our everlasting friendship
Never ever say goodbye to yesterday
Cause yesterday was a special and wonderful
And I hope tomorrow will be better
Thank you for everything..

Sunday, March 22, 2009

..::Lucky Day::..


Hari ni aku berpeluang keluar jalan-jalan. Kata dah taknak keluar..Sebenarnya ada urusan sikit di bandar. Alang-alang dah ke
luar, terus cuci mata dengan window shopping. eh, satu terapi untuk lepaskan tension tau!! Bagi aku la. Kalau orang lain, aku tak tau la plak..



Bestnya. Ada orang urut aku tadi. Tak sangka lak hari ni lucky day aku. Lega yang amat. After urut-urut tu dah rasa ringan skit leher dan bahu aku yang tegang beberapa hari ni. Selsema aku pun hilang. Alhamdulillah. Agaknya nak dapatkan belaian kot. Hehe..ada-ada je kan.

Singgah la jap JJ Tmn U. Round-round beli barang skit. Jumpa lecturer aku ngan family dia.



Dah lama aku nak makan benda ni. Tapi tak de peluang nak keluar beli. Akhirnya tercapai gak. Nyum..nyumm..

Esok aku kena attend kelas yang sepatutnya hari khamis coz aku tak dapat datang kelas hari khamis tu. Nak tau aku ke mana? Tunggu entri selanjutnya ok..

Saturday, March 21, 2009

..::Ciri-ciri Pasangan Sejati::..


1. Beriman


Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.


2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu

Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.

3. Romantis

Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.

4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda

Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.


5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi

Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..??

6. Jangan merendahkan pasangan anda

Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?

7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi


Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?

8. Usahakan untuk selalu berada disisinya

Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… .

9. Komunikasi

Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.

10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda

Cukup jelas…
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

11. Jujurlah selalu

Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.

info dari:

http://lutfimj2006. blogspot. com/

~cintai pasangan kita seikhlas hati~

..::Saat Ini::..


Saat ini,
Sunyi menyelubungi diri
Dingin malam menambah lara dalam hati
Termenung merenung suatu janji yang terlerai
Janji yang dianyam demi sebuah kebahagiaan

Saat ini,
Kenangan silam kembali
Hadir bersama wajah-wajah yang dirindui
Kenangan yang bisa membuat aku tersenyum sendiri
Mengingati setiap detik manis yang terjadi

Saat ini,
Hanya seseorang
Makin kuat ia hadir mengganggu
Benarkah hanya mainan perasaan
Atau realiti sebuah kehidupan

Saat ini,
Tak guna aku terus berharap
Penantian adalah suatu penyeksaan
Ku berserah pada takdir Ilahi
Yang menggerakkan setiap langkahku
Andai Dia telah menetapkan segalanya
Aku terima dengan tanda syukur
Kerna aku yakin pasti ada bahagia menanti

Friday, March 20, 2009

..::Pregnant::..


Panas..panas..

Baru je sampai kat bilik. Dari pagi terperap dalam bilik econ a.k.a ps. Sejuk-sejuk sampai gigil. Keluar je terus panas. Kalau hari-hari camni, maunya tak demam. Ish, tak boleh. Kang tak siap keje aku lak kalau demam.

Aku epy sangat hari ni. Nak gak share ngan korang sume. Tadi on the way balik dari ps aku terserempak ngan ex-neighbour aku masa 1st year dulu. Miss Late @ Nora. Sekarang dah tak boleh panggil Miss Late lagi r. Kena tukar jadi Mrs Late..pepandai je ubah nama orang ek.


Gambar masa 1st year dulu..masih muda remaja kan..kan??

She said she's pregnant. 2 months..What the suprise!! Dah makin comel je aku tengok ibu muda sorang ni. Nanti leh panggil Mama Late la plak kan? hehe..aku lak yang teruja.

Apa-apa pun, congratulation ye Nora. Advance ek ko. Dah meninggalkan kawan-kawan yang lain nih..boleh lak dia suh aku cepat-cepat kawin. Ngan sape? Ada yang sudi ke?


Kalau ada anak camni confirm taknak tinggal lama2..cute bgt


Thursday, March 19, 2009

..::Final Exam Schedule::..


20 April 2009 - Theory of Planning
27 April 2009 - Ethics and Planning
30 April 2009 - Methods of Planning Analysis


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Draft for final exam is exist at SBW softboard. I'm suppose to alert with all the subject from now. Study for all lecture, no more hanging out with friend or by myself, concentrate with PSM, assignment and final exam. bla..bla..bla..

Wednesday, March 18, 2009

..::Pulau Perhentian::..

Cuti sekolah baru saje bermula. Awal-awal lagi abah dah plan ngan kawan-kawan ofis kat Ajil untuk wat family day kat Pulau Perhentian. Aku yang pada mulanya tak nak balik, teruja sangat nak pegi pulau n then terus booking tiket. Dah lama rasanya tak bersantai tepi pantai lebih-lebih lagi kat pulau, salah satu tempat yang aku suka bila pegi holiday. Rasa tak puas je kalau dapat pegi pulau. tenang, damai..syoknye. Banyak lagi pulau yang aku teringin nak pegi. InsyaAllah, bila dah keje nanti aku nak round pulau-pulau yang ada kat Malaysia..

on time arrived at jeti kuala besut. Ramai giler orang nak ke pulau..Best dapat cuci mata tengok mat salleh yang putih2.hehe..


Sempat lagi posing sebelum naik bot. Bosan melanda diri..


Mak yang ketakutan + cuak naik bot laju. Abah lak maintain je kat sebelah. Aku gelak2 je time tu ngan adik aku..


Muka excited dapat pegi makan angin kat pulau. Tak menyempat kemas barang, dah round2 sekitar pantai bersama adik. Tak sabar nak mandi pantai petang ni..

Tengoklah keindahan pulau perhentian yang sememangnya menjanjikan ketenangan buat pelancong. Ramai mat salleh kat sini, duk berminggu-minggu..Aku paling suka suasana camni. Indahnya alam ciptaan ALLAH..masyaAllah.


Pagi pertama di pulau. Tak dapat nak gambarkan keseronokan berada disana. Pulau yang masih belum dimusnahkan oleh pencemaran..Kalau tak caya, korang pegi la sendiri. Sure tak nak balik..

Bestnya kalau setiap hari dapat rest camni kat tepi pantai yang biru dan bersih..udara yang segar..nak pegi lagi..

On the way ke kawasan yang banyak ikan..tak sabar nak terjun untuk mengejutkan ikan-ikan yang comel..

Dan dan tu gak amik gambar, time hujan lak tu..daripada duk sesaje tunggu hujan berhenti..lebat sesangat hujan time tu.Walaubagaimanapun (ayat skema tuh), aktiviti snorkelling tetap berjalan seperti yang telah dijadualkan

Ni pun part yang paling best masa kat sana, dapat tengok matahari terbenam. MasyaAllah, cantik sangat. Dalam sekelip mata je langit boleh berubah warna. Aku duk ngan adik aku kat atas batu sambil tu abah ngan kawan-kawan dia duk kat tepi pantai je.

Dinner time. Nyum..nyummy..sotong bakar yang fresh. Tak dapat makan banyak sebab keletihan seharian snorkelling dalam hujan.

Tetap maintain senyum walaupun teramat letih. Walaupun tangan luka dan lebam tak kisah, janji seronok..

Waktu malam di pulau lagi cantik tau. Dapat tengok dengan jelas ikan yang comel2 kat dalam air. Aku sempat gak bagi makan kat ikan2 tu sume. Seronok sangat. Hilang jap masalah kat kepala bila tengok ikan tu sume..

Breakfast kami di sana seperti mat salleh. Hilang selera nak makan. Tekak dah biasa makanan melayu. Pepagi dah bantai nasi, tetiba lak pagi tu kena makan roti ngan telur goreng + sosej. Huhu..hentam jela. Janji perut kenyang.


Suka la tengok ikan-ikan kecik kat bawah jeti ni. Kalau bagi biskut, cam ikan pirana je tau..hehe


Last day kat pulau perhentian. Hujan dan angin yang menggila. Cam tak de tanda2 nak berhenti pun. Risau gak kalau naik bot tengah ombak kuat ni. Dalam hati dah doa banyak2 supaya selamat sampai. Sampai ke jeti kuala besut terus salin baju sebab dah lenjun masa dalam bot tadi. Siap gigil2..Mujur laptop tak de rosak pape..

Enjoy sesangat dapat release tension study kat pulau. Ada masa nak pergi ngan suami la plak, honeymoon.hehe..boyfriend pun takde, dah pikir suami.ahaks..

..::Rumah Tangga Bahagia::..


~adakalanya menghitung bintang di sunyi malam lebih mudah dari menggenggam sekeping hati~



Suami Teladan

  1. Suami teladan dapat dilihat dari segi kejujurannya dan keikhlasannya sejak awal-awal lagi. Pada waktu meminang, dia tidak akan menyembunyikan sesuatu sifat atau sikap yang tidak disukai oleh kaum wanita.
  2. Suami teladan ialah suami yang menggauli isterinya dengan baik dan bersikap lemah lembut terhadapnya. Memuliakan isteri, ahli keluarga isteri dan segala apa yang ada pada isterinya.
  3. Suami tidak akan sesekali mencari kesalahan isterinya dan tidak pula sampai tahap keraguan yang berlebihan.
  4. Suami yang selalu bertutur dengan baik. Berkata-kata kepada isterinya dengan susunan bahasa yang indah. Kata-kata yang baik akan memberi kesan yang baik terhadap jiwa raga orang yang mendengarnya.
  5. Suami yang kelihatan tampan dan gagah di hadapan isteri dan tidak tercium oleh isterinya daripada dirinya kecuali bau yang harum.
  6. Suami yang memelihara rahsia kehidupan rumah tangganya daripada pengetahuan orang lain.
  7. Suami yang sentiasa memelihara kelakiannya secara zahiriah dan tidak berlebih-lebih dalam menonjolkan kelebihannya sama ada secara nyata atau tidak.

Isteri Teladan
  1. Isteri sentiasa bersikap mesra dengan suaminya. Menghiaskan dirinya dengan dandanan yang rapi dan baik.
  2. Isteri yang sentiasa taat kepada suaminya, selama kemahuan suaminya itu tidak mengarah kepada perbuatan yang menderhakai ALLAH.
  3. Isteri yang mendidik anak-anaknya ke arah kebaikan dan berkeyakinan kukuh serta berakhlak mulia.
  4. Isteri yang bersifat qana'ah (memadai apa yang ada), yang reda dengan pembahagian yang diperolehi oleh suaminya.
  5. Isteri yang tidak menuntut sesuatu yang di luar kemampuan suami serta tidak menuntut sesuatu yang tidak begitu penting atau terdesak.
  6. Isteri yang menghormati cara berfikir suaminya. Menyertai suami dalam segala keadaan sama ada berkaitan jiwa ataupun perasaan.
  7. Isteri yang melayan ahli keluarga suaminya dengan baik, terutama ibu suaminya kerana ibu itulah yang paling hampir kepada suaminya

Tuesday, March 17, 2009

..::Best::..


Salam semua..

Fuh, lama giler tak update blog. Windu nak blogging. Acceli aku baru je sampai hostel pagi tadi. Penat dan mengantuk pun belum hilang.

Holiday yang paling best untuk tahun ni. Tak puas berendam melihat ikan2 yang comel. Geram nak pegang2 je n then bawa balik letak dalam akuarium. Walaupun cuaca tak begitu baik, tapi kami semua have fun. 3 hari 2 malam di Pulau Perhentian begitu indah. Aku memang sukakan suasana damai dan tenang sebegitu.

Nanti aku buat entri bergambar plak k. Gambar2 sume belum di transfer. Papepun aku rindu ngan korang sume..

Tuesday, March 10, 2009

..::Aku adalah Aku::..


Hi fellas..

Aku adalah Aku merupakan dunia baru untuk diaRi_haTiku

kepada sesiapa yang ingin mengakses, sila tinggalkan email anda ok

..::Career Fair::..


Dah lepas satu halangan untuk pegi holiday. Yezza..alhamdulillah boleh jawab test tadi walaupun agak susah. Lecturer saja nak menguji student nih ngan soalan camtu. Soalan agak simple tapi perlukan jawapan yang advance. huhu..

After class, aku dan baizura ke Career Fair kat DSI. Wah, banyak juga company yang join. Tapi yang sedihnya banyak company engineering. Yang paling aku pelik, pesal la universiti dia ada gak kat DSI tu. Musykil nih..ada sesape leh jawabkan untuk aku tak?

Esok nak pegi lagi before balik rumah. Nak hantar resume kat company yang tak dapat tadi sebab aku bawa dua salinan resume je.

Petang ni aku nak clearkan keje2 yang masih tertangguh semalam. Study theory untuk kuiz esok, key in data untuk tesis, kemas baju dan tido...sempat ke??

sekian saja laporan untuk hari ini..berita selanjutnya pada esok hari.hehe..jom ramai2 gi Career Fair

Monday, March 9, 2009

..::Suka<>Sayang<>Cinta::..2


Disaat orang yang kau SUKA menyakitimu,
kau akan marah dan tidak mahu lagi berbicara dengannya

Disaat orang yang kau SAYANG menyakitimu,
engkau akan menangis untuknya

Disaat orang yang kau CINTA menyakitimu,
kau akan berkata,
"Tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan"

Disaat kau SUKA padanya,
kau akan memaksanya untuk menyukaimu

Disaat kau SAYANG padanya,
kau akan selalu membiarkannya memilih

Disaat kau CINTA padanya,
kau akan selalu menantinya dengan setia dan tulus

SUKA adalah kau akan menemaninya
apabila ia menguntungkan

SAYANG adalah kau akan menemaninya
disaat dia memerlukan

SUKA adalah hal yang menuntut
SAYANG adalah hal yang memberi dan menerima
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela..

==>>hanya mereka yang pernah kecewa akan menghargai kehadiran sebuah cinta

..::Entah::..


Salam Maulidur Rasul untuk semua..Perbanyakkan selawat kepada Rasul Junjungan , Nabi Muhammad s.w.t.

Cuaca hari ni redup je. Tak macam hari2 sebelumnya. Nak kata hujan akan turun, tak de lak mendung gelap di langit. Semua tu kekuasaan Allah. Kita tak tahu apa yang akan jadi sejam kemudian kan?

Aku nak kongsi dengan uoll sume lagu baru dari Afgan - Entah. 1st time dengar masa Carta Hot.fm semalam. Terus tangkap cintan. Hehe.. Enjoy it.



Sunday, March 8, 2009

..::Holiday::..


Hari rabu ni aku balik lagi. Ish, sem ni acapkali dah aku balik. Mentang-mentang dah final year, rajin lak nak balik. Maklumla kelas 3 ari je. Sebelum tu aku kena tempuhi ujian dan kuiz dulu. Uwaa..Selalu cam tu kan. Bila nak epy2, mesti ada sumthing yang tak best kena selesaikan dulu.

Aku balik awal skit dari biasa. Selalunya hari khamis baru boleh balik. Tapi kali ni kena balik awal. Nanti kena tinggal kat jeti lak.

Sebenarnya Jumaat nanti ofis abah adakan family day kat Pulau Perhentian. Wah, syoknya. Dah lama betul tak pegi pulau. Walaupun keje berlambak, tetap maintain pegi holiday.

Abah dan mak lak terpaksa tangguhkan kursus haji diorang yang berlangsung setiap hari sabtu jam 2 petang. Hehe..ingatkan abah batalkan holiday ke apa..

So, sebelum balik epy2 aku kena siapkan sume keje yang tertangguh supaya lepas balik dari holiday takdela kelam kabut. Pasal assignment yang kena ulang buat untuk kali ke 3 tu, dah siap pun. Alhamdulillah..

Nanti aku up date gambar pegi holiday lak, ok. Ada sesape nak survenior???

Saturday, March 7, 2009

..::Suka<>Sayang<>Cinta::..1


Saat kau menyukai seseorang,
kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri

Saat kau menyayangi seseorang,
kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu

Saat kau mencintai seseorang,
kau akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya
walaupun kau harus mengorbankan jiwamu

Saat kau mencintai seseorang dan berada disisinya,
maka kau akan menggenggam erat tangannya..

SUKA adalah saat dia menangis,
kau akan berkata,
"Sudahlah, jangan menangis"

SAYANG adalah saat dia menangis,
kau akan menangis bersamanya

CINTA adalah saat dia menangis,
kau akan membiarkannya menangis dipangkuanmu sambil berkata,
"Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama"

SUKA adalah saat kau melihatnya
kau akan berkata,
"Ia sangat tampan dan menawan"

SAYANG adalah saat kau melihatnya
dari hatimu dan bukan matamu

CINTA adalah saat kau melihatnya
kau akan berkata,
"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku"

to be continue........

..::Geram Punya Pasal::..


Pagi-pagi dah buat aku geram. Dah dua kali aku buat benda yang sama dalam minggu ni. Bukan je dalam minggu yang sama tapi dua hari yang berturut-turut. Tensionnya....

Terpaksa menaip semula assignment yang dah 80% siap. Gara-gara aku buat assignment tu kat comp lab, pendrive aku diserang virus. Masa 1st buat, 50% dah siap dan aku save dalam pendrive. Bila balik je bilik, search kat pendrive file MS Word sume diserang virus dan hilang. Lagipun Solver Tool dalam Excel 2007 tak install lagi. Time tu sabar lagi.

Esoknya(Jumaat) pegi lab lagi untuk siapkan assignment tu guna MS 2003. Tak sempat siap sebab abg yang jaga lab tu dah tenung2 kami menandakan masa penggunaan lab dah tamat. Hanya 1 soalan je lagi belum siap. Dengan confidence nya aku save dalam pendrive tanpa buat back up kat komputer.

Pagi ni ada mood nak siapkan assignment tu, MS Word utk assignment tu dah hilang. GERAAAMMM..

Pas ni aku nak gtau abg lab tu suh install antivirus yang power skit kat lab. Takde la kami ni di aniaya sebegini rupa. Kawan aku pun kena cam aku gak..huhu

Dah hilang mood nak siapkan assignment tu. Baik aku study untuk test ari Selasa dan Rabu ni...

Friday, March 6, 2009

..::SeruanMu::..


Mak aku call pagi tadi. Katanya on the way balik kampung. Bestnya. Nak ikut gak..

Mak ada bagitahu aku yang Ahad nanti mak ngan abah ada kursus haji. Wah, cam tak caye lak. InsyaAllah kalau ada rezeki mak ngan abah akan ke Mekah pada Oktober nanti. Amin..Hopefully nama mereka tersenarai.

Sedihnya sebab aku tak dapat nak tanggung mereka ke sana. Niat di hati memang ada hajat untuk guna duit aku sendiri. Tapi study pun tak abis lagi nih. Kalau after graduated ni terus dapat keje, insyaAllah dapat gak la bagi duit poket ke sana..

Semoga impian mereka tercapai.

..::Entri Bergambar::..


Aku nak tunaikan janji aku pada korang sum
e pasal Hot.Fm Big Jam yang aku pegi ari tu. Best sangat2. Puas hati nyanyi ramai2


baru je sampai nih..@viva zoomers



nak jadi kanak2 balik la



ngan ikhwan yappa2



ngan anne yang cute lak



bersama Ag yang handsome.. ada iras2 zed zaidi la =)



candid gambar artis..nubhan je yang banyak



candid fara dan fbi



Member2ku yang poyo..tak abis2 bercerita



on my side..



zainal,hanna,me and zie..best buddies. sume dah keje.aku bila lagi??



makan time..hanna blanje



jeng..jeng..jeng..jgn salah anggap ok..bestfriend aku masa skull dulu2..sama je dari dulu sampai skrg..suke menyakat


Artis yang datang ramai sangat. Paling best masa Bunkface, Faizal Tahir n MUH perform.. 1st time gi konsert camni. Dapat lak jumpa member2 lama.

Bila lagi nk hang out sama2?next time biar aku lak blanje korang

Thursday, March 5, 2009

..::Tangisan yang Pilu::..


Kelas Prof Supian. Aku keluar awal bersama Engku ke psz untuk pulangkan buku. Kami breakfast di sub. Makanan, alhamdulillah sedap. Murah lagi. Dah lama sangat tak menjejak kaki ke cafe sub. Aku makan roti canai bersama nescafe ais. Pagi2 dah oder ais.

Tengah makan hp berbunyi. Tertera nama si pemanggil. Kenapa pula abah call pagi2 ni. Mesti ada yang tak kena.

Seleraku mati tiba-tiba. Segera aku menelefon mama yang keseorangan di rumah. Risau plak aku.Sayu aku dengar suara mama. Sedihnya hati mengenangkan mama. Aku tak dapat berbual lama. Kelas aku jam 10. Aku janji akan telefon kembali nanti

Ada in-class assignment mengenai Linear Programming. Susah juga nak faham. Kelas tamat. Tapi tetap stay kat lab. Jam 2 ada perjumpaan dengan PA,mengenai pengijazahan. Sementara 1 jam yang free, aku telefon mama lagi.

Aku cuba buat mama happy. Tapi yang aku dengar cuma esak tangisnya. Sampai bila mama terus menangis. Kalau ikutkan hati, aku mahu mama menangis di bahuku. Sedih, pedih hati aku bila mendengar mama sebegitu. Kuatkan hati mama, ya Allah.

Jangan menangis lagi, mama...ikuti selanjutnya disini

Wednesday, March 4, 2009

..::Seseorang::..


Aku keluar makan dengan seorang kawan yang boleh dianggap abang. Dah lama betul aku tak jumpa dia. Walhal duk satu negeri. Kali terakhir jumpa rasanya masa aku di tahun 2. Makin berisi lak aku tengok dia. Mungkin epy kot.

Terima kasih untuk malam yang menggembirakan.
Kau buat aku tertawa.
Aku bahagia.

Esok dah ada plan baru. Tak sabar menunggu esok tiba. Jadual hujung minggu yang padat dengan aktiviti yang menggembirakan. Bestnya..

Dah dapat majalah kegemaran aku untuk edisi mac. Tak boleh baca sekarang. Nanti tak siap keje. Sabar sehingga hujung minggu k..

..::Kamu Hanya Kenangan Pahit::..


Hidup ini terlalu indah.
Perlukah pengorbanan bagi seseorang yang tidak pernah menghargai?
Perlukah air mata bagi seseorang yang tidak pernah mengerti?

Tidak.
Aku pasti aku tidak perlukan seseorang yang begitu.
Seseorang yang tidak pernah bersyukur, tidak pernah memahami.

Air mata aku tidak pernah kering setelah mengenali kamu!
Air mata aku membazir, merembes kerana kamu.

Cukup!
Aku tidak perlu lagi.
Kau sakiti hati ini.

Kau perlukan tempoh?
Tidak.
Demi Tuhan, kau tidak akan berubah walau infiniti tahun aku berikan.
Kau tidak akan berubah.

Bukti terbentang luas.
Maha Suci Tuhan menunjukkan.
Aku buta selama ini?
Tidak...Cuma pandangan mata aku terhijab oleh lakonan kamu.

Kamu Lelaki hebat?
Ya..kamu memang hebat.
Aku akui takkan menjumpai lelaki sehebat kamu.
Lakonan kamu terbaik di pentas dunia.

Bukan hanya aku tertipu.
Bukan hanya keluarga tertipu.
Bukan hanya rakan-rakan tertipu.
Malahan seluruh alam tertipu dan menyaksikan tipuan kamu.

Sungguh.
Sumpah.
Aku tidak perlu menangis lagi.
Demi lelaki seperti kamu.

Dan kamu...
Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku.
Aku tidak membutuhkan kamu lagi setelah kau hancurkan hati aku.

Hidup Ini Terlalu Indah...
Bukan untuk bersama lelaki seperti kamu...


Tuesday, March 3, 2009

..::Aku Rindu Dia::..

Seawal jam 7 hp aku berbunyi. Tertera nama pemanggil. Ah, rindunya..Lalu ku jawab panggilan tersebut..

"Selamat hari lahir, mak.."

"Semoga panjang umur dan murah rezeki.."

Kecerian suara mak membuatkan airmataku menitis. Segera kukesat. Aku cuba untuk mengawal intonasi suaraku. Berharap mak tak mendengar perubahan suaraku.

Rindu pada pelukan mak yang begitu mendamaikan. Rindu pada celoteh mak yang saban hari tak berhenti dengan cerita yang mencuit hati. Rindu pada wajah tua yang semakin hari semakin dimakan usia.


Aku risau dengan keadaan kesihatanku akhir2 ni. Sengaja aku sembunyikan semuanya. Andai Tuhan ingin menjemputku lebih awal, aku redha. Aku berharap aku dapat membuat insan2 yang aku sayangi bahagia sebelum ajalku tiba..Semua itu suratan Ilahi..Andai itu takdirNYa...aku terima

Berikan aku kesempatan untuk membahagiakan mereka, ya Allah..

Monday, March 2, 2009

..::Ujian Datang Lagi::..

Aku rasa badan aku panas. Suhu badan dah meningkat. Badan rasa lemah dan sengal2. Kepala dah mula pening dan berpusing2..Tanda2 awal bila aku diserang demam.

Tak sukanya bila demam..semua keje tak dapat buat..badan lemah,panas, sengal2..huhu..

Tapi tu sume ujian Allah. Aku seharusnya terima dengan redha. Sakit menghapuskan dosa2 kecil. Amin. Semoga dengan kesakitan yang aku alami ni dapat menghapuskan dosa2 aku.

Harap tak la demam lama2. Banyak keje yang belum siap nih.

Seperti kata dia..be strong,gurl..yup, aku akan kuatkan semangat aku. Kata2 tu akan aku pegang sebagai semangat untuk aku selama aku di sini..

..::Hari ini::..

Huh..penat betul hari ni. Tapi takpe, aku puas..Best giler pegi Hot fm Big Jam kat Danga Bay. Acceli besday aku sama ng besday Hot fm. Tu yang aku epy sangat tu. Radio kesayangan aku n for sure korang juga kan..kan..

Aku jumpa ramai sangat orang. Yang paling touching masa Imran Ajmain nyanyikan lagu "Selamat Ulangtahun Sayang"..lagu tu mengingatkan aku pada dia. Lagu tu juga yang dia cakap kat aku nak nyanyikan untuk aku sempena besday aku..tapi semuanya hanya omongan kosong. Tapi takpe, aku tak sedih pun sebab abg Imran dah nyanyikan untuk aku petang tadi.Hehe..

Aku tak sabar nak update gambar2 masa pegi konsert tu. Nanti pas aku dah transfer sume gambar2 tu, aku janji akan bagi korang tengok skali k..nak buat entri bergambar lak..hehe

So, sekarang aku nak tido dulu coz badan dah penat dan kaki dah lenguh sebab diri lama. Thanks pada sume yang wish besday aku..aku sayang kalian sume