Teman-teman

Thursday, March 5, 2009

..::Tangisan yang Pilu::..


Kelas Prof Supian. Aku keluar awal bersama Engku ke psz untuk pulangkan buku. Kami breakfast di sub. Makanan, alhamdulillah sedap. Murah lagi. Dah lama sangat tak menjejak kaki ke cafe sub. Aku makan roti canai bersama nescafe ais. Pagi2 dah oder ais.

Tengah makan hp berbunyi. Tertera nama si pemanggil. Kenapa pula abah call pagi2 ni. Mesti ada yang tak kena.

Seleraku mati tiba-tiba. Segera aku menelefon mama yang keseorangan di rumah. Risau plak aku.Sayu aku dengar suara mama. Sedihnya hati mengenangkan mama. Aku tak dapat berbual lama. Kelas aku jam 10. Aku janji akan telefon kembali nanti

Ada in-class assignment mengenai Linear Programming. Susah juga nak faham. Kelas tamat. Tapi tetap stay kat lab. Jam 2 ada perjumpaan dengan PA,mengenai pengijazahan. Sementara 1 jam yang free, aku telefon mama lagi.

Aku cuba buat mama happy. Tapi yang aku dengar cuma esak tangisnya. Sampai bila mama terus menangis. Kalau ikutkan hati, aku mahu mama menangis di bahuku. Sedih, pedih hati aku bila mendengar mama sebegitu. Kuatkan hati mama, ya Allah.

Jangan menangis lagi, mama...ikuti selanjutnya disini

No comments: