Teman-teman

Wednesday, March 4, 2009

..::Kamu Hanya Kenangan Pahit::..


Hidup ini terlalu indah.
Perlukah pengorbanan bagi seseorang yang tidak pernah menghargai?
Perlukah air mata bagi seseorang yang tidak pernah mengerti?

Tidak.
Aku pasti aku tidak perlukan seseorang yang begitu.
Seseorang yang tidak pernah bersyukur, tidak pernah memahami.

Air mata aku tidak pernah kering setelah mengenali kamu!
Air mata aku membazir, merembes kerana kamu.

Cukup!
Aku tidak perlu lagi.
Kau sakiti hati ini.

Kau perlukan tempoh?
Tidak.
Demi Tuhan, kau tidak akan berubah walau infiniti tahun aku berikan.
Kau tidak akan berubah.

Bukti terbentang luas.
Maha Suci Tuhan menunjukkan.
Aku buta selama ini?
Tidak...Cuma pandangan mata aku terhijab oleh lakonan kamu.

Kamu Lelaki hebat?
Ya..kamu memang hebat.
Aku akui takkan menjumpai lelaki sehebat kamu.
Lakonan kamu terbaik di pentas dunia.

Bukan hanya aku tertipu.
Bukan hanya keluarga tertipu.
Bukan hanya rakan-rakan tertipu.
Malahan seluruh alam tertipu dan menyaksikan tipuan kamu.

Sungguh.
Sumpah.
Aku tidak perlu menangis lagi.
Demi lelaki seperti kamu.

Dan kamu...
Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku.
Aku tidak membutuhkan kamu lagi setelah kau hancurkan hati aku.

Hidup Ini Terlalu Indah...
Bukan untuk bersama lelaki seperti kamu...


No comments: