Teman-teman

Monday, March 30, 2009

..::Biane::..


Agak lama juga aku tak menjengah diari hatiku ini. Rindu kian membuak untuk menulis, mencoret kisaH hidup aku. Bukan untuk menghebahkan pada dunia tapi cukup sekadar aku luahkan untuk kepuasan diri sendiri.

Sebenarnya internet di bilik dah 2 hari tak ada. Geram gak. Time weekend la nak buat hal. Ini pun aku online di ps. Sebelum memulakan PSM, haruslah check everything dulu kan. hehe..sempat lagi tu.

Ok, cerita hari Sabtu... Aku hanya terperap di bilik menyiapkan PSM yang hampir selesai. Tak sabar untuk menyiapkannya. Semoga semuanya success. Kata-kata dari temanku dari Jakarta. Thanks to u, Iswan. Minggu ni ada pesta konvo di universiti aku. So, sempat la juga ke sana cuci mata. Tapi yang tak syoknya, hujan lebat mencurah-curah turun bila aku sampai kat tapak konvo tu. Potong line betul nak window shopping. Petang ni pasti pegi lagi.

Cerita hari Ahad... Movie maraton. Dah lama tak buat camni. hehe.. best gak skali skala layan cite tanpa fikirkan soal assignment dan PSM. Aku layan cite korea, Love Kindergarten. Best sangat jalan cite movie ni. Bertambah-tambah lagi minat aku untuk jadi seorang guru tadika.hehe..ada bakat ke? Kanak-kanak comel membuatkan hati aku tenang.

I've found someone. Baru je kenal-kenal. Nanti kalau dah confirm ke apa, baru aku show off ok.Lagipun dah serik dikecewakan oleh lelaki..Sekarang ni aku nak fokus pada PSM dan final exam aku dulu..CHAYOK..CHAYOK..

No comments: