Teman-teman

Wednesday, March 18, 2009

..::Rumah Tangga Bahagia::..


~adakalanya menghitung bintang di sunyi malam lebih mudah dari menggenggam sekeping hati~



Suami Teladan

  1. Suami teladan dapat dilihat dari segi kejujurannya dan keikhlasannya sejak awal-awal lagi. Pada waktu meminang, dia tidak akan menyembunyikan sesuatu sifat atau sikap yang tidak disukai oleh kaum wanita.
  2. Suami teladan ialah suami yang menggauli isterinya dengan baik dan bersikap lemah lembut terhadapnya. Memuliakan isteri, ahli keluarga isteri dan segala apa yang ada pada isterinya.
  3. Suami tidak akan sesekali mencari kesalahan isterinya dan tidak pula sampai tahap keraguan yang berlebihan.
  4. Suami yang selalu bertutur dengan baik. Berkata-kata kepada isterinya dengan susunan bahasa yang indah. Kata-kata yang baik akan memberi kesan yang baik terhadap jiwa raga orang yang mendengarnya.
  5. Suami yang kelihatan tampan dan gagah di hadapan isteri dan tidak tercium oleh isterinya daripada dirinya kecuali bau yang harum.
  6. Suami yang memelihara rahsia kehidupan rumah tangganya daripada pengetahuan orang lain.
  7. Suami yang sentiasa memelihara kelakiannya secara zahiriah dan tidak berlebih-lebih dalam menonjolkan kelebihannya sama ada secara nyata atau tidak.

Isteri Teladan
  1. Isteri sentiasa bersikap mesra dengan suaminya. Menghiaskan dirinya dengan dandanan yang rapi dan baik.
  2. Isteri yang sentiasa taat kepada suaminya, selama kemahuan suaminya itu tidak mengarah kepada perbuatan yang menderhakai ALLAH.
  3. Isteri yang mendidik anak-anaknya ke arah kebaikan dan berkeyakinan kukuh serta berakhlak mulia.
  4. Isteri yang bersifat qana'ah (memadai apa yang ada), yang reda dengan pembahagian yang diperolehi oleh suaminya.
  5. Isteri yang tidak menuntut sesuatu yang di luar kemampuan suami serta tidak menuntut sesuatu yang tidak begitu penting atau terdesak.
  6. Isteri yang menghormati cara berfikir suaminya. Menyertai suami dalam segala keadaan sama ada berkaitan jiwa ataupun perasaan.
  7. Isteri yang melayan ahli keluarga suaminya dengan baik, terutama ibu suaminya kerana ibu itulah yang paling hampir kepada suaminya

No comments: