on time arrived at jeti kuala besut. Ramai giler orang nak ke pulau..Best dapat cuci mata tengok mat salleh yang putih2.hehe..
Sempat lagi posing sebelum naik bot. Bosan melanda diri..
Mak yang ketakutan + cuak naik bot laju. Abah lak maintain je kat sebelah. Aku gelak2 je time tu ngan adik aku..
Muka excited dapat pegi makan angin kat pulau. Tak menyempat kemas barang, dah round2 sekitar pantai bersama adik. Tak sabar nak mandi pantai petang ni..
Tengoklah keindahan pulau perhentian yang sememangnya menjanjikan ketenangan buat pelancong. Ramai mat salleh kat sini, duk berminggu-minggu..Aku paling suka suasana camni. Indahnya alam ciptaan ALLAH..masyaAllah.
Pagi pertama di pulau. Tak dapat nak gambarkan keseronokan berada disana. Pulau yang masih belum dimusnahkan oleh pencemaran..Kalau tak caya, korang pegi la sendiri. Sure tak nak balik..
Bestnya kalau setiap hari dapat rest camni kat tepi pantai yang biru dan bersih..udara yang segar..nak pegi lagi..
On the way ke kawasan yang banyak ikan..tak sabar nak terjun untuk mengejutkan ikan-ikan yang comel..
Dan dan tu gak amik gambar, time hujan lak tu..daripada duk sesaje tunggu hujan berhenti..lebat sesangat hujan time tu.Walaubagaimanapun (ayat skema tuh), aktiviti snorkelling tetap berjalan seperti yang telah dijadualkan
Ni pun part yang paling best masa kat sana, dapat tengok matahari terbenam. MasyaAllah, cantik sangat. Dalam sekelip mata je langit boleh berubah warna. Aku duk ngan adik aku kat atas batu sambil tu abah ngan kawan-kawan dia duk kat tepi pantai je.
Dan dan tu gak amik gambar, time hujan lak tu..daripada duk sesaje tunggu hujan berhenti..lebat sesangat hujan time tu.Walaubagaimanapun (ayat skema tuh), aktiviti snorkelling tetap berjalan seperti yang telah dijadualkan
Ni pun part yang paling best masa kat sana, dapat tengok matahari terbenam. MasyaAllah, cantik sangat. Dalam sekelip mata je langit boleh berubah warna. Aku duk ngan adik aku kat atas batu sambil tu abah ngan kawan-kawan dia duk kat tepi pantai je.
Tetap maintain senyum walaupun teramat letih. Walaupun tangan luka dan lebam tak kisah, janji seronok..
Waktu malam di pulau lagi cantik tau. Dapat tengok dengan jelas ikan yang comel2 kat dalam air. Aku sempat gak bagi makan kat ikan2 tu sume. Seronok sangat. Hilang jap masalah kat kepala bila tengok ikan tu sume..
Breakfast kami di sana seperti mat salleh. Hilang selera nak makan. Tekak dah biasa makanan melayu. Pepagi dah bantai nasi, tetiba lak pagi tu kena makan roti ngan telur goreng + sosej. Huhu..hentam jela. Janji perut kenyang.
Suka la tengok ikan-ikan kecik kat bawah jeti ni. Kalau bagi biskut, cam ikan pirana je tau..hehe
Last day kat pulau perhentian. Hujan dan angin yang menggila. Cam tak de tanda2 nak berhenti pun. Risau gak kalau naik bot tengah ombak kuat ni. Dalam hati dah doa banyak2 supaya selamat sampai. Sampai ke jeti kuala besut terus salin baju sebab dah lenjun masa dalam bot tadi. Siap gigil2..Mujur laptop tak de rosak pape..
Enjoy sesangat dapat release tension study kat pulau. Ada masa nak pergi ngan suami la plak, honeymoon.hehe..boyfriend pun takde, dah pikir suami.ahaks..
No comments:
Post a Comment