Teman-teman

Sunday, March 28, 2010

..::I Heart Both of U::..


Dua tiga hari ni macam perasan something je dalam dunia blogging ni. Blogger-blogger sume cam dah kurang je up date blog dorang termasuk gak aku. Haha..Asal buka blog je, mesti entri yang sama. Asal nak blog hoping je, tengok tajuk...ala,ni tajuk semalam. Dah baca pun. Huh..


Esok dah start bizi-bizi. Huhu..Takpe, untuk masa depan. Kena korbankan waktu bersuka ria buat masa ni. Ha, dalam bizi-bizi pun masih sempat plan dengan Encik A untuk second date kami. Lalala.. Tak sabar nak jumpa dan jalan-jalan dengan Encik A. Dah menggunung rindu ni tau. Yang terharunya, dia sanggup amik cuti keje walaupun tengah bizi dan travel ke Perak untuk jumpa aku. Wiwi..tenkiu sweetheart. Lagi 3 minggu kita gi holiday sama-sama k.

Tadi my mum call, dia cakap ada pos laju untuk aku sampai kt umah. Dah dapat agak dah dari siapa. Akhirnya penantianku terjawab. Ni yang buat aku tak sabar sangat nak balik rumah ni. Tak sabar nak make up my CeCiL bagi lagi handsome. Masa balik cuti yang lepas, sempat gak aku tambah aksesori pada CeCiL tu..just tambah rain visors ngan spoiler. Cun abis..Makin sayang aku kat buah hati aku nombor dua tu..sekarang dah jatuh kat ranking nombor dua sejak dah ada buah hati pertama dalam hati ni. Lalala..Ni sume abah la yang beria-ia suha aku tambah aksesori. Kalau ikutkan hati nk hold dulu sebab belum cukup bajet. Tapi takpela..demi CeCiL, aku sanggup.





Friday, March 26, 2010

..::Mabuk::..


Dah lama plak takde entri baru. Asyik blog hopping je kejenye. Takde idea nak menulis la tu. Tambah plak dengan keadaan sekarang yang asyik bizi memanjang. Ye, aku dah start bizi ngan tugasan aku. Kelas pun aku dah jarang masuk. Mujur gak my sv faham ngan situasi aku sekarang ni. Kalau tak, dah kena reject kot. Hoho..tenkiu dr.


Pengalaman pertama setelah berkurun tak naik bas dalam bandar sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam. Bukan pada diri aku je, orang sekeliling aku pun sama. Bila dengar cite aku, mesti kena gelak punya. Mana taknye, first time naik bas baru round 1 taman dah mabuk. Haha.. siap muntah lagi tu. Ya Allah, malu betul. Orang pertama tahu pasal ni adalah Encik A a.k.a my heart. Huhu..geram betul. Die boleh siap gelak kaw2 kat aku yang dah pening-pening lalat aritu. Bukannya nak simpati ke apa. Bila aku merajuk, baru tau nak berhenti gelak. Ada ke patut.. Mak aku pun sama. Gelak juga. Haish..kelakar sangat ke? Aku ni bagai nak tercabut urat perut menahan loya bau bas ngan bau rokok tau..Adohai..


Pas abis 1 round terus balik bilik. Badan dah lembik, takkan nak gagahkan diri buat keje lagi kan. Sampai bilik, kena gelak ngan rumate plak. Datang ngan pakej tu..tambah dengan bf die skali. Kawan-kawan rapat yang tau pun duk gelakkan aku gak. Nasib badan la. Gelak la kalau korang nak gelak pun. Janji korang bahagia.


Percubaan kali kedua berjaya membuang fobia aku. Yezza..alhamdulillah. Dah lega skit. Tapi yang tak puas hati tu, auntie konduktor bas tu kerek plak ngan aku. Haiyaa..tak pe,tak pe..boleh sabar lagi. Aku dah ada strategi baru. Hehe..Tunggu la Isnin ni.


Ok, mahu bersiap ke Ipoh untuk menyelesaikan strategi tersebut. Daa...



Monday, March 22, 2010

..::Cameron::..


Saye dah upload pics holiday saye di Cameron.

Yeay..akhirnya berjaya juga melunaskan janji itu.

Selamat melihat..



saye bersama 2 org bodyguard yg selalu prihatin dengan keselamatan saye di sana..


teman wanita yang comel bersama saye..menjadi co pilot


auww..merahnye.saye suke merah..


Nak banyak lagi,sila ke facebook saye okey..



Thursday, March 18, 2010

..::Hati Gumbira Tepuk Tangan Sama-sama::..


Saje nak bagitau followers aku dah cecah 100..

Yeehaa!!!

Sukanya hatiku..banyak betul perkara menggembirakan terjadi dalam hidup aku akhir-akhir ni.

Syukur pada Tuhan.



Wednesday, March 17, 2010

..::Kawen..Kawen..Kawen::..


Minggu lepas banyak betul jemputan kawen. Dari sepupu, kawan-kawan..sampaikan aku tak sempat nak pegi. Hehe..Mana taknya. Kenduri pada hari yang sama..13 March 2010. Time ni aku kat umah sepupu aku kat Sungai Isap. Kenduri belah perempuan. Tak pasal-pasal aku kena bawa hantaran. Ayo..umur dah 24 pun,masih kena bawa hantaran. By the way, aku ucapkan TAHNIAH pada semua yang telah menamatkan zaman bujang mereka terutamanya Kak Abby, Nad dan Mizi. Semoga kekal ke akhir hayat ye.


Minggu ni plak kenduri belah lelaki iaitu sepupu aku tu. Khamis ni dah kena berkampung di Pekan la. Membantu apa yang patut. Ari Sabtu, pas majlis terus cabut balik UTP. Huhu..Pasni menahan rindu la. Bulan 6 plak baru dapat balik umah. Tu pun sebab my bestfriend kawen. Wajib balik ni.


Nak tunggu wedding aku, lambat lagi la. Kena tunggu die stabil dulu. Slow and steady..Paling suka trademark die..plan2 kayoh..Haha..apa-apa jela, bang..



Tuesday, March 16, 2010

..::I'm Not Available Now::..


Dah 4 ari pun aku berada kat rumah. Seronoknya. Masa nak balik ari tu bukan main lagi aku bawa balik keje aku. Tapi asal sampai rumah je, langsung tak sentuh lappy. Yang aku tahu, lapy aku ni sentiasa on cuma bukan aku yang guna. Sape lagi kalau bukan adik-adik aku. Cian lappy aku. Tak dapat nak rehat pun. Mujur kelmarin aku dan family pegi holiday kat Marang. Dapat gak lappy aku ni rehat 2 ari.


Sekarang ni hati sedang berbunga-bunga. Diriku dilamun cinta. Lalala..Alhamdulillah. Syukur kerana Allah masih beri aku peluang untuk merasai nikmat cinta. InsyaAllah, akan menamatkan zaman bujang plak tak lama lagi. Semuanya masih dalam perancangan. Tak mahu heboh lagi. Biarlah antara aku, dia dan keluarga kami. Cukup kalau aku katakan aku sekarang ni single BUT NOT AVAILABLE.


Nak upload pics gi Cameron aritu tapi Mirza belum kasi dvd pics tu lagi. Huhu..tak sabar nak upload..



Wednesday, March 10, 2010

..::Ku Bahagia::..


Dalam seminggu ni aku rasa epy sangat. Tak tahu kenapa. Rasa sepanjang masa nak tersenyum je. Tapi kena gak cover-cover skit. Kang ada plak kata aku tak sihat. Hehe..


Actually, hati berdebar menunggu ari Sabtu ni. First date la katakan. Haha..Ops, terlepas gelak plak. Hari-hari hati berbunga cam bunga ros kat atas meja ni. Makin kembang semangkuk je. Agaknya ni yang dinamakan cinta kot. Hurm, aku tak nak perasan sorang-sorang. Kalau betul, insyaAllah tak lama lagi leh la plan untuk ke tahap seterusnya. Ameen.


Tu je nak cite.. (^_^)



Tuesday, March 9, 2010

..::Minggu Terakhir::..


Baru je dapat rehatkan diri. Pagi-pagi tadi keluar untuk selesaikan segala urusan berkaitan pos mengepos segala. Ops, lupa..tujuan sebenar nak menghantar rumate ke ktmb batu gajah. Die balik rumah arini sampai abis mid sem. Wah, sangat best kamu ye. Lama betul cuti. Tinggal kte sorang-sorang kat bilik ni bertemankan pokok rose ku yang dah semakin kembang. Sukenye..Setiap ari aku belai, siram dan cium.


Lepas anta rumate, terus ke kedai photostat..anta worksheet untuk kelas tuisyen minggu ni. Pastu merayau lagi..cuci kereta yang kotor gile gara-gara ke Cameron hujung minggu lepas. Then, ke pejabat pos..pos adiah untuk kakak sayang dan juga vivac form. Selesai. Fuh, banyak gile urusan.


Sekarang, masa untuk fokus pada research plak sambil mesej-mesej dengan mr.x.. Hujung minggu ni nak balik kampung, so kena siapkan sebelum tu la. After cuti, leh terus wat survey. Yezza.. Tak sabar nak jumpa mr.x sebenarnya. Akan menghadiri kenduri kawen Nad bersama mr.x di Kuantan. Ape hadiah yang nak diberi ek. Hurm..akan difikirkan.......



Monday, March 8, 2010

..::Demam oh Demam::..


Dah lama tak menulis. Banyak sebenarnya nak cite..Pasal cuti-cuti Cameron,pasal FESCO, pasal study..Tapi bila tengah sakit ni, mood nak menulis pun kureng je. Masa banyak dihabiskan atas katil..


Camne la nak drive balik Terengganu hujung minggu ni kalau xkebah demam ni ek. Hopefully dapat sembuh sebelum tu.. Kalau tak, terpaksa suh Mr.X turun Perak and then balik sesame ngan die ke Terengganu. Tapi cian plak sebab die keje. Nanti abis tertangguh keje die..


13hb 3 ni ramai plak antara member-member aku yang kawen. Tak tau mana 1 nak gi. Maybe attend yang sempat jela kot. Cousin aku pun kawen tarikh yang sama. Haih..


Stop here..Nanti aku upload pics gi Cameron ek..


Thursday, March 4, 2010

..::Aku Demam::..


Bangun pagi-pagi, aku rasa kepala aku berat sangat. Hidung dah mula berair dan melemaskan. Malasnya nak bangun. Tapi digagahi gak bangun untuk menunaikan fardhu ain. Arghh..tak sukanya demam. Nak kena cari activ5 jap lagi ni. Kalau tak, nanti makin teruk plak. Dahla hujung minggu ni penuh dengan aktiviti. Tak bestla kalau demam.


Sebenarnya bukan nak cite sangat pasal demam aku ni. Aku nak cite pasal malam tadi. Aku and the geng gi tengok wayang midnight, cite Niyang Rapik. Haha..best gak cite ni walaupun motif utama adalah pasal buatan orang, macam cite Santau. Cite ni bukan cite hantu mana pun sebab aku asyik gelak je dengan Yani. Hantu-hantu tu hanya watak sampingan untuk nampak cite ni seram. Tapi takdela seram mana. Yang paling best sebab cite ni wat kat Tasik Kenyir.. Subhanallah..cantik sangat tempat tu. Rasa nak pegi holiday kat sana lagi. Satu lagi yang buatkan cite ni best sebab ada Shaizy Sam *betul ke aku eja nama die ni..ala pelakon yang jadi hero dalam cite Adnan Sempit tu la*. Kalau ada dia dalam cite, mesti cite tu best..Kalau tak caye, gi la tengok.


Cukup sampai sini ok. Kepala dah pening-pening. Huhu..



Wednesday, March 3, 2010

..::Kau Insan KesayanganKu::..

Selamat Hari Lahir, Mak



Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Sayang mak sangat-sangat..Mmuahh.. Dah plan ngan abah n adik-adik nak beli sumthing untuk mak. Tunggu orang balik next week ok. Hehe..



Monday, March 1, 2010

..::01032010..Bakal Melabuhkan Tirai::..


Hari ini aku benar-benar gembira dan bahagia. Terima kasih Tuhan kerana memberi aku peluang untuk merasai semua perasaan ini untuk hari ini. Terima kasih juga untuk semua yang mengingati ulangtahun kelahiranku.



Untuk hari-hari berikutnya..aku yakin aku semakin bersemangat untuk terus menerokai kehidupan yang makin menarik dan penuh dengan perkara yang tak terduga. Itu kot uniknya sebuah kehidupan. Kadangkala kita sendiri tak sangka apa yang ada berdekatan kita adalah perkara yang amat menggembirakan kita sehingga boleh membuatkan kita melonjak kegembiraan.


Dan kadangkala sesuatu yang sangat sukar kita gapai itu akan terlihat hasilnya yang mengkagumkan dan akhirnya bila dikenang kembali, kita akan berasa bersyukur sangat dengan kesusahan yang kita alami untuk ke arah itu..Itulah dinamakan nikmat.



Kini ku bebas tanpa bayangmu lagi
Bebas ‘tuk berlari
Mengejar impian aku
Yang terkunci
Walaupun tanpamu di sisi
Aku kan berlari
Teruskan berlari

Dan kini semua telah terbukti
Tanpamu ku masih ada di sini
Mengejar impian yang hampir pasti

Gelap sudah menjadi terang
Pandangan semakin jauh
Jauh meninggalkan kamu
Terus ku terus berlari
Kan ku capai bintang itu



..::Tarikh Ini Aku Dilahirkan..Mungkin Tarikh Ini Juga Tarikh Terakhir Bagiku::..


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi keizinan kepadaku untuk menghirup udara segar pagi ini, hari yang cukup bermakna dalam hidup aku. Sudah 24 tahun aku hidup. Rasanya belum cukup dugaan hidup yang aku tempuhi. Semoga dengan meningkatnya umur, aku akan menjadi seorang wanita yang lebih matang, tabah dan solehah. InsyaAllah..ameen.


notakaki:terima kasih kepada sahabat yang telah ucapkan selamat buat aku start jam 12 malam tadi..tak kira di inbox hp ataupun di fb.terharu aku..kalian adalah sahabat sejati aku.. dan terima kasih kepada teman lelaki yang sudah 13 tahun tak jumpa,perjumpaan semalam adalah hadiah yang paling berharga buat aku walaupun seketika cuma..