Teman-teman

Friday, March 26, 2010

..::Mabuk::..


Dah lama plak takde entri baru. Asyik blog hopping je kejenye. Takde idea nak menulis la tu. Tambah plak dengan keadaan sekarang yang asyik bizi memanjang. Ye, aku dah start bizi ngan tugasan aku. Kelas pun aku dah jarang masuk. Mujur gak my sv faham ngan situasi aku sekarang ni. Kalau tak, dah kena reject kot. Hoho..tenkiu dr.


Pengalaman pertama setelah berkurun tak naik bas dalam bandar sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam. Bukan pada diri aku je, orang sekeliling aku pun sama. Bila dengar cite aku, mesti kena gelak punya. Mana taknye, first time naik bas baru round 1 taman dah mabuk. Haha.. siap muntah lagi tu. Ya Allah, malu betul. Orang pertama tahu pasal ni adalah Encik A a.k.a my heart. Huhu..geram betul. Die boleh siap gelak kaw2 kat aku yang dah pening-pening lalat aritu. Bukannya nak simpati ke apa. Bila aku merajuk, baru tau nak berhenti gelak. Ada ke patut.. Mak aku pun sama. Gelak juga. Haish..kelakar sangat ke? Aku ni bagai nak tercabut urat perut menahan loya bau bas ngan bau rokok tau..Adohai..


Pas abis 1 round terus balik bilik. Badan dah lembik, takkan nak gagahkan diri buat keje lagi kan. Sampai bilik, kena gelak ngan rumate plak. Datang ngan pakej tu..tambah dengan bf die skali. Kawan-kawan rapat yang tau pun duk gelakkan aku gak. Nasib badan la. Gelak la kalau korang nak gelak pun. Janji korang bahagia.


Percubaan kali kedua berjaya membuang fobia aku. Yezza..alhamdulillah. Dah lega skit. Tapi yang tak puas hati tu, auntie konduktor bas tu kerek plak ngan aku. Haiyaa..tak pe,tak pe..boleh sabar lagi. Aku dah ada strategi baru. Hehe..Tunggu la Isnin ni.


Ok, mahu bersiap ke Ipoh untuk menyelesaikan strategi tersebut. Daa...



No comments: