Bangun pagi-pagi, aku rasa kepala aku berat sangat. Hidung dah mula berair dan melemaskan. Malasnya nak bangun. Tapi digagahi gak bangun untuk menunaikan fardhu ain. Arghh..tak sukanya demam. Nak kena cari activ5 jap lagi ni. Kalau tak, nanti makin teruk plak. Dahla hujung minggu ni penuh dengan aktiviti. Tak bestla kalau demam.
Sebenarnya bukan nak cite sangat pasal demam aku ni. Aku nak cite pasal malam tadi. Aku and the geng gi tengok wayang midnight, cite Niyang Rapik. Haha..best gak cite ni walaupun motif utama adalah pasal buatan orang, macam cite Santau. Cite ni bukan cite hantu mana pun sebab aku asyik gelak je dengan Yani. Hantu-hantu tu hanya watak sampingan untuk nampak cite ni seram. Tapi takdela seram mana. Yang paling best sebab cite ni wat kat Tasik Kenyir.. Subhanallah..cantik sangat tempat tu. Rasa nak pegi holiday kat sana lagi. Satu lagi yang buatkan cite ni best sebab ada Shaizy Sam *betul ke aku eja nama die ni..ala pelakon yang jadi hero dalam cite Adnan Sempit tu la*. Kalau ada dia dalam cite, mesti cite tu best..Kalau tak caye, gi la tengok.
Cukup sampai sini ok. Kepala dah pening-pening. Huhu..
No comments:
Post a Comment