Teman-teman

Wednesday, June 2, 2010

..::Cuti-cuti yang Seronok::..

Setelah beberapa hari menyepi, hari ni aku muncul kembali. Hehe..Rindu sangat nak berblogging tapi takde kesempatan bila dah balik kampung. Macam-macam aktiviti dah menanti. Seronok memang seronok. Dah nama pun cuti. Betul tak?

Hari Jumaat lepas aku balik Terengganu dengan member aku. Sampai Temerloh, amik adik plak n then hantar dia ke Kuantan. Pastu barulah sampai rumah. Penat sebab drive sorang. Kalau ada yang leh ganti, best sikit.

Hari Sabtu plak dah plan nak jumpa my heart. Wiwi..Dah sebulan tak jumpa, akhirnya terlerai segala rindu di dada. Cewah..Jalan-jalan kat East Cost Mall, pastu tengok wayang cite Prince of Persia. Kes nak tengok cite ni sebab aku yang beria sangat nak tengok. Plak tu my heart nantok, so suh la dia tido time aku tengok cite tu. Alih-alih dia plak yang teruja bila tengok aksi lawan-lawan. Haha..ape la,sayang ni..

Hari Ahad plak kawan baik aku kawen. Dari pagi aku dah tercegat depan umah dia. Hehe.. Syok sangat sebab dapat tengok dia kawen. Masa aku sampai tu dia tengah make up ngan mak andam untuk acara akad nikah. Aku plak teruja lebih. Hehe..Aku stay kat rumah Jijie sampai petang,pas acara potong kek.

Isnin plak just relaks kat rumah je. Ha, hari ni aku tak berapa sihat. Kaki aku gatal-gatal pastu badan dah start panas dan lemah. Lepas mengurut, baru rasa lega skit. Alhamdulillah..

Selasa, bermalas-malasan di rumah. Time paling best. Dapat manja-manja ngan mak. Hehe..Esoknya dah nak balik. Amik peluang berborak panjang dengan mak.

Ni aku upload sikit pic wedding kawan aku tu ye.. Kalau nk tengok yang lain, leh jenguk facebook aku..









notakaki: menunggu dua minggu dari sekarang.
my heart mahu ke sini.wiwi..
kat mana ek nak bawa dia jalan-jalan kt perak ni??

2 comments: