Teman-teman

Monday, June 28, 2010

..::Sambung Cerita::..

Jom sambung cerita lepak-lepak di rumah. Hehe..

Hari Jumaat lepas aku balik rumah. Sampai kira-kira jam 6 camtu la. Tu pun lalu highway gak. Dah sampai rumah, makan-makan jap sambil berborak dengan family. Pastu mak ajak pegi Paka plak. Penat-penat pun sempat lagi drive ke sana, bawa mak dan adik-adik shopping. Lagipun aku nak beli something untuk abah sempena Father Day. Aku beli kek je. Tak sempat nak fikir nak beli apa. Malam tu gak kami sambut sebab esoknya adik-adik aku dh nak balik kolej dah.

Abah sibuk main game time ni. Langsung tak perasan kitorang letak kek tu kat atas meja. Ntah pape je. Addicted sangat sampai tak layan apa yang kami buat. Lepas pada tu kami cium pipi abah n acara suap menyuap kek antara mak n abah berlaku. Hehe..malu-malu kucing plak dorang. So sweet..

Sabtu plak ada 2 jemputan perkahwinan dari kawan-kawan aku. Satu di AMBS, satu lagi di Kemaman. Alhamdulillah, sempat hadiri kedua-dua jemputan tersebut. Mula-mula pegi wedding Eira dulu, ex-classmate masa skolah dulu. Lagipun rumah die kat-kat situ gak. Tak sempat pun nak bergambar. Time aku datang tu die tengah makan beradab. Cam tak sopan plak kan gedik-gedik nak bergambar. Hehe..Just jumpa die kejap n jumpa mak die.

Pastu terus merempit ke Kemaman sorang-sorang. Hehe..En.A dah tunggu kat sana awal-awal. Pagi tu die keje jap. Busy sokmo. Bulan ni je setiap hari keje, takde cuti langsung. Die dah janji ngan team futsal die nak datang petang, baru boleh borak lama skit dengan pengantin. Hehe..Aku sampai Kemaman pun dalam kul 2. So, ada 2 jam sebelum pegi kenduri Jaja+Sufi. Sempatla berdating kat tepi pantai jap.. =P

Masa kat wedding Jaja ni best sangat. Aku jumpa ex-classmate aku masa kat Kelantan dulu. 13 tahun dah tak jumpa. Rasa cam taknak balik je bila dah start berbual. Tapi nak buat camne, En.A ngan pakwe kawan aku merangkap team futsal En.A juga terpaksa keje. Huhu..



Hari Ahad sampai la hari Sabtu aku lepak kat rumah je. Siapkan paper untuk symposium. Alhamdulillah, siap juga akhirnya. Dan semalam aku selamat sampai kat UTP ni. Hehe..

No comments: