Teman-teman

Monday, February 28, 2011

..::Camne Nak Ucap Kalau Tarikh Tu 4 Tahun Sekali Je::..


Happy Birthday to Angah

Walaupun tarikh lahir ko hadir 4 tahun sekali je, aku tetap nak wish gak sebab ko satu-satunya abang yang aku ada. Even aku tak penah tunjukkan aku care kat ko, aku tetap sayang kat ko selamanya. Even ko selalu je buli aku time kite kecik-kecik, ko selalu tak endah pasal aku.. tapi aku tau ko tetap amik berat pasal aku walaupun tak secara berhadapan.

Aku tau ko jeles kat aku sebab tarikh lahir aku wujud tiap-tiap tahun tapi tarikh lahir ko hanya sekali je dalam 4 tahun. Plak tu sehari sebelum tarikh lahir aku kan? Hehe.. Its ok.. Kite boleh share sambut besday kite sama-sama nanti. Aku tak kisah pun. Janji ko suka.

Papepun, aku doakan ko panjang umur dan murah rezeki. Ha, satu lagi...Cepat-cepatla hantar rombongan meminang kat si dia tu. Aku dah tak sabar nak ada kakak ipar ni...Hehe..

Saturday, February 26, 2011

..::Why Nuffnang::..


Nak tanya sikit...
Korang ada masalah dengan nuffnang korang tak?
Ke aku je ada masalah ni

Actually since CNY aritu kot aku punya iklan nuffnang tak berubah-ubah. Earning buffered pun tak gerak dari December.
Camne leh jadi camni ek?
Leh sape-sape gtau apa masalahnya dan boleh dibetulkan tak?

Aku dah try update survey sume dah tapi still tak jalan gak...
Adoyai...please help me..

Friday, February 25, 2011

..::Tomorrow We Will Meet Again::..


Saturday. Is it the day where everyone waiting for rite? Me too.. Weehuu..

Tomorrow I will off to Rawang. Meet my auntie and of course meet him too. So excited. More more excited when he said he wanna make surprise for my upcoming birthday. Wallah.. Seriously I've never been celebrate my birthday with my bf before. This is the first one.

Boleh request present tak rasa-rasanya? Hehe..Demand plak kan. Orang dah nak sambut birthday kite pun dah kira ok dah. Tak sabarnya...


Jap-jap..nak berangan pasal esok la...Hehe

 

Thursday, February 24, 2011

..::Nenek, Bertahanlah::..

Since aku dah lama tak de nenek or datuk even sebelah mak or abah, so aku menumpang kasih nenek orang la. Hehe..

Semalam si dia mesej mengatakan nenek masuk hospital. Shock off sekejap. Nenek jatuh dalam bilik air. Sama seperti kejadian sebelum nenek aku meninggal. Arwah pun jatuh bilik air juga. Tak lama lepas tu dah takde. Sedih sangat sebab aku rapat dengan arwah nenek belah abah.

So si dia bergegas untuk pulang ke kampung on that day juga. After fetch his younger brother, terus meredah angin malam dari KL ke Johor. Aku yang kat Perak ni risau yang amat. Dahla aku tau si dia tu tak nampak sangat kalau drive malam. Plak tu nak melawat nenek yang kat hospital lagi. Aku taknak la jadi pape plak pada dia. Selagi aku tak terima mesej dari dia, selagi tu hati aku ni berdebar je.

At last, sampai juga dengan selamat. Nenek di tempatkan di Hospital Muar. Kata mak si dia, nenek tak sedar. Retak tulang punggung, leher dan tulang belakang. Huhu.. Sedihnya. Aku dapat bayangkan keadaan yang sama bila aku melawat arwah nenek aku dulu di Hospital Pekan. Sedih dan sayu je.

Keadaan nenek hari ni masih sama. Tapi si dia tak dapat stay lama kat sana, memandangkan urusan kerja yang menghalang. Malam ni dia dah gerak balik KL semula. Lagi sekali la aku terpaksa menahan debaran sambil tak putus doa supaya dia selamat.

Aku doakan semoga nenek cepat sedar dan sembuh kembali...

Wednesday, February 23, 2011

..::Apa Itu FaceBlog::..


Orang ramai je dah heboh pasal FaceBlog ni. Aku pun baru je join. Sebab apa FaceBlog ni diwujudkan?
Jawapannya.....


FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

Jom la join FaceBlog ni ramai-ramai ye...



Tuesday, February 22, 2011

..::Mana Pegi Piagam Pelanggan Korang::..


Meh sini meh...aku nak cite kisah tengahari tadi masa aku ke Post Office. Maafla. Dah malam baru nak buka cite kan. Aku saje je nak cite time malam sebab aku taknak nanti aku ter'emo' pastu aku marah-marah dalam blogku yang cantik ni. Hehe...*perasan je cik rimie ni*

Cite die cam ni.....

Tengahari tadi aku ke post office untuk bank in duit dalam ASB. Post office mana tu jangan tanya k. Aku cuma leh cakap post office luar yang paling dekat dengan UTP. Tu je. Hehe.. So, memang sedia maklum post office ni selalu je penuh. Nak-nak time lunch. Kalau silap timing, mau buka-buka pintu dah terlanggar orang yang tengah queue. Tadi pun lebih kurang gak la ramainya.

Bila aku masuk, ada sorang nenek ni dengan sorang pakcik yang tengah tunggu giliran. Tapi nenek ni duduk kat seat dalam post office. Aku pun tengok-tengok la sekeliling sambil mesej-mesej dengan si dia. Bosan kot duk beratur je.

Bila sampai turn nenek ni, kecoh satu post office tu. Mana taknya. Makcik yang jaga kaunter tu duk cakap macam nak marah. Kuat gila kot. Dia bising sebab nenek tu nak kuarkan duit 5k dari akaun suami dia tapi kat post office tu hanya 3k je paling banyak leh kuarkan. Dia marah-marah suh pegi post office lain.

Satu lagi boleh plak makcik post office tu pegi tengking sambil bawa thumb-print keluar sebab dia macam terpaksa nak kena amik cap jadi suami nenek tu dalam kereta. Btw, suami nenek ni uzur. Tak leh jalan dah. Abis semua orang dalam post office tu tengok sambil bisik-bisik.

Moral of the story: Kot ye pun tengah moody ke apa ke, janganlah sampai lemparkan pada orang lain. Makcik kan tengah bekerja. Duk dalam econ lagi. Atok yang tunggu kat dalam keta yang takde econ tu, boleh je tunggu. Lagi plak, di mana hilangnya piagam pelangagan yang tertampal kat cermin kaunter tu? Nak suh pelanggan je ke yang baca untuk sedapkan hati mereka? Walhal bila dilayan, tak seperti yang tertulis.

Aku kecewa sangat-sangat dengan layanan makcik post office tu tadi. Bila turn orang lain, boleh plak cakap dengan elok. Huhu...


Monday, February 21, 2011

..::Monday Blues::..

Ada gak ke? Sape yang rasa Monday Blues sekarang ni? Bagi aku plak bukan Monday Blues tapi everyday blues. Haha...

Selamat Hari Isnin semua...

Kepada yang bekerja tu, kerja dengan penuh bersemangat ok. Jangan pagi-pagi dah moody je. Ceria sikit. Baru awet muda. Tak gitu? Tension dengan kerja yang berlambak sebab Jumaat tak sempat siapkan ke? Hehe.. Tarik nafas panjang-panjang and then katakan U CAN DO IT..

Aku pun nak start kerja aku juga sekejap lagi lepas take a breakfast. Kan dah janji nak siapkan tesis yang masih banyak tertangguh, kenala buat. Janji mesti ditepati. Betul tak?

Ok, no more talk...Lets breakfast and do ur work... Astalavista babeh...
 

Sunday, February 20, 2011

..::Saya Seorang Blogger yang Aktif::..

Since hari ni aku rasa cam tak de pape cite best nak cite kat korang, so aku nak join this segmen from Ben Ashaari. Selalu je aku blog-hopping kat blog super duper glamer ni tapi tak pernah nak join pun pape segmen. Ntah camne hari ni bila terlihat segmen ni di blog my friends, terus nak join la. Lagi satu, mood kurang baik sebab iklan nuffnang aku tu tak berubah-ubah since December. Huhu.. Tension je..

So,tadaaaa......






Done!!! Jangan lupa ye..Tarikh tutup malam ni..So, cepat-cepat la join...
 

Saturday, February 19, 2011

..::Hari Sabtu Hujung Minggu::..

Apa nak buat bila tiba hujung minggu? Macam sama je dengan hari-hari yang lain. Bezanya aku takkan dengar bunyi bising orang berjalan dan berbual-bual di bawah. Memandangkan bilik aku berhadapan dengan susur gajah yang menjadi laluan utama pelajar ke kelas, memang tiap pagi pasti bising.

Sabtu ni aku just habiskan masa di bilik je. Buat keje? Of course not la. Haha.. Pemalas kan? Ish,ish..teruk betul. Ye, baik.. Isnin ni aku start semula my writing. Dah tak boleh nak bermalasan lagi. Bagi can sampai esok je untuk malas-malas. Before balik kampung nanti, I will make sure I submit chapter 1 of my thesis. Tunggu ye my beloved sv.

Jom memasak. Apa menu tengahari anda hari ini ye???
 

Friday, February 18, 2011

..::Asyik Tak Jadi Je::..

Tension je rasa. Kenapa la asyik tak jadi je kan. Tapi syok juga sebab aku kan tengah bermalasan sekarang ni. Haha.. Teruk betul la. Rasa cam jahat plak... Eh, no la. Bukan jahat. Kan ni kebetulan je.. Hehe.. Apala yang cik rimie bebel tengah-tengah hari ni kan?

Actually aku tengah bebel pasal kelas yang dah dua kali dibatalkan. Semalam dan hari ini. Tak suka la bila kelas dibatalkan last minute. Baru mood nak bersiap datang, terus dapat call kelas batal. Huhu..

Tadi aku ke department untuk cari tahu sama ada kelas ada ke tak. Maybe lecturer nak ganti hari ini sebab semalam dia dah EL. Bila dah sampai opis, elok je aku tengok dia discuss dengan another lecturer. Jam dah melebihi angka 10. Nevermind, aku tunggu lagi 10 minit. Kalau still tak abis juga discussion mereka, aku chow je. Hehe..

Tepat tekaan aku tau korang. Lepas 10 minit berlalu, takde tanda-tanda lecturer aku keluar dari bilik dia. Hehe.. Aku call my housemate yang ada di department sebelah, ajak pegi minum. Dia pun lapar. After makan-makan, round booth Halal-Fest dan masuk IRC, pinjam buku. Dah berkurun tak jejak kaki ke IRC. Hehe..Bertuah punya student kan aku ni...

So, sekarang dah ada di bilik pun. Weehuu... Jom bermalasan lagi...
 

Wednesday, February 16, 2011

..::Mereka Pegi Melancong::..

Sangat jeles dengan mereka. Mereka mahu pegi melancong ke KK early March nanti. Mahu ikut tapi keadaan tidak mengizinkan. Huhu..

Siapa mereka tu? My roomate dengan housemate la. Baru je tadi dorang booking tiket semalam. Lagi plak tengah ada promotion ke sana. Tak sampai RM100 pun tambang pegi balik. Sangat jeles ni. Padahal dah plan awal dengan housemate nak pegi sana, at last aku yang tertinggal. Rugi sangat.

Aku tak dapat pegi sebab ada hal yang perlu aku settlekan sebelum pertengahan bulan 3 nanti. Hari dah semakin suntuk. Lagi plak kena save budget. Kalau dah pegi travel, mau melayan 2,3 ratus kan? Takkan nak cuci mata je kat sana. 

Takpela. Mungkin bukan rezeki aku nak pegi kali ni. Mana tau ada peluang pegi bersama si dia ke kan? Siapa yang tahu..


Tuesday, February 15, 2011

..::Malas..Malas..Malas::..

Wabak malas telah melanda aku sejak pulang dari kampung. Almost 2 weeks dekat sini tapi langsung tak sentuh keje..apatah lagi tesis aku. Terbengkalai habis. Camnela nak abiskan study ni cepat-cepat kalau tahap kemalasan dah hampir mencecah paras maksima?

Chapter 1 and 2 belum buat pun lagi. Tapi chapter 3 dah submit pun. Should be submit before aku balik kampung nanti. Huarrghh...camne nak abiskan study end of this June kalau camni gayanya. Parah-parah. Mak dah bising-bising bila nak siapkan keje, si dia plak bising-bising suh start cari keje lepas balik kampung nanti, bakal mak mertua plak asyik tanya bila nak abis. Huhu.. Asyik bersenang lenang je.

Rutin aku kat sini..bangun pagi, breakfast, menonton, lunch, menonton, tido, dinner, internet, tido.. Sangat efisyen kan? Haha.. Ni ke contoh bakal pensyarah? Memang tak layak pun rasanya. 

Ya Allah..berilah aku kesedaran. Banyak betul sifat malas dalam diri ni. Camnela nak jadi isteri orang kalau dah macam ni gayanya. Huhuhu..
 

Monday, February 14, 2011

..::Hujan Seperti Merahmati::..

Hadirnya 12 Rabiul Awal dengan hujan yang maha lebat. Selama ni UTP jarang je hujan lebat sebegini tika musim panas terik. Even kalau bunyi guruh-guruh pun, kat sini hanya kena tempias je. Hujan lebatnya kat area lain.

Syukur alhamdulillah. Dengan turunnya hujan, takdela rasa panas sangat. Lepas musim hujan berlalu, UTP dah kembali kepada cuaca asalnya. Sangat panas. Kipas di bilik tak pernah turn off or turn down than 5. Huhu..

Salam Maulidur Rasul.. Jangan lupa untuk banyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
 

Sunday, February 13, 2011

..::Pagi-pagi Dah Muntah::..

Ini bukan cerita orang pregnant ye. Pagi-pagi dah muntah, morning sickness. Ini cerita mengenai cik rimie. Kes sendiri cari pasal. Hehe..huhu..

Alkisahnya aku pegi bantai minum nescafe 3 in 1 yang kaler merah tu tanpa makan pape. For sure la perut  tak leh terima kan. Dahla minuman tu separa pekat. Mau rasa mual ngan angin penuh dalam perut. Berkejaran aku ke toilet bowl pagi tadi. Sekrang dah lega pun.

Padan muka cik rimie. Hehe.. Good lesson ya. Jom teman aku masak nasi goreng untuk isi semua perut yang dah kosong ni...

Selamat berhujung minggu!!!

Saturday, February 12, 2011

..::New Look, New Feel, New Mood::..

Yeay...akhirnya berjaya juga mengubah wajah baru blog cik rimie. Dah lama nak ubah tapi belum ada kesempatan pun. Hari ni baru ada masa terluang. 

Wah, rasa epy je bila tengok blog ni berwajah baru. Fresh je. Ceria gitu. Takde lagi hitam itu menawan. Mood sekarang hanya purple theme. Bak kata si dia, purple cocok buat aku. Hehe..

Semoga anda juga ceria menjengah blog cik rimie ni ye... Selamat blogwalking...
 

Friday, February 11, 2011

..::11022011::..

Cantik tak tarikh hari ni? Cantik kan.. Ada sesiapa yang jadikan hari ni sebagai hari istimewa anda? Untungnya.. Tarikh yang cantik, ditambah pula dengan hari yang cukup mulia yakni hari Jumaat.. 

Kalau kat sebelah pantai timur, boleh gak menghabiskan masa dengan aktiviti yang boleh dijadikan sebagai kenangan terindah kan..Syoknya!!!

Selamat menjalani hari yang cukup indah ini bersama insan tersayang.....

Thursday, February 10, 2011

..::Toink..Toink::..

Tengah demam ni. Kepala tak betul sikit. Dah 6 hari pun demam. Makan ubat pun tak sihat-sihat lagi. Dugaan..

Maafla sebab dah lama sangat tak up date blog buruk ni. Actually baru je sampai hostel semalam. Sepatutnya Isnin dah balik, tapi disebabkan demam teruk terpaksa balik semalam. Tu pun drive dalam keadaan tak sihat. Batuk-batuk je sepanjang jalan. Mujur tak telan ubat pagi tu, kalau tak mau aku tido sambil bawa keta. Hehe..

Alhamdulillah. Semua urusan berjalan dengan lancar. Sangat happy apabila satu jari telah tersarung sebentuk cincin yang dipilih sendiri oleh bakal mak mertua. Kelakar pun ada bila teringat saat penuh debar menanti bual bicara dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. Aku plak yang ketar lutut kat dapur. Akhirnya selesai upacara merisik dengan hidangan lontong masakan mak aku. Hehe..

So, sekarang menanti debaran di hari pertunangan plak. Bila??? Hehe.. Nanti aku khabarkan ye..