Teman-teman

Tuesday, February 22, 2011

..::Mana Pegi Piagam Pelanggan Korang::..


Meh sini meh...aku nak cite kisah tengahari tadi masa aku ke Post Office. Maafla. Dah malam baru nak buka cite kan. Aku saje je nak cite time malam sebab aku taknak nanti aku ter'emo' pastu aku marah-marah dalam blogku yang cantik ni. Hehe...*perasan je cik rimie ni*

Cite die cam ni.....

Tengahari tadi aku ke post office untuk bank in duit dalam ASB. Post office mana tu jangan tanya k. Aku cuma leh cakap post office luar yang paling dekat dengan UTP. Tu je. Hehe.. So, memang sedia maklum post office ni selalu je penuh. Nak-nak time lunch. Kalau silap timing, mau buka-buka pintu dah terlanggar orang yang tengah queue. Tadi pun lebih kurang gak la ramainya.

Bila aku masuk, ada sorang nenek ni dengan sorang pakcik yang tengah tunggu giliran. Tapi nenek ni duduk kat seat dalam post office. Aku pun tengok-tengok la sekeliling sambil mesej-mesej dengan si dia. Bosan kot duk beratur je.

Bila sampai turn nenek ni, kecoh satu post office tu. Mana taknya. Makcik yang jaga kaunter tu duk cakap macam nak marah. Kuat gila kot. Dia bising sebab nenek tu nak kuarkan duit 5k dari akaun suami dia tapi kat post office tu hanya 3k je paling banyak leh kuarkan. Dia marah-marah suh pegi post office lain.

Satu lagi boleh plak makcik post office tu pegi tengking sambil bawa thumb-print keluar sebab dia macam terpaksa nak kena amik cap jadi suami nenek tu dalam kereta. Btw, suami nenek ni uzur. Tak leh jalan dah. Abis semua orang dalam post office tu tengok sambil bisik-bisik.

Moral of the story: Kot ye pun tengah moody ke apa ke, janganlah sampai lemparkan pada orang lain. Makcik kan tengah bekerja. Duk dalam econ lagi. Atok yang tunggu kat dalam keta yang takde econ tu, boleh je tunggu. Lagi plak, di mana hilangnya piagam pelangagan yang tertampal kat cermin kaunter tu? Nak suh pelanggan je ke yang baca untuk sedapkan hati mereka? Walhal bila dilayan, tak seperti yang tertulis.

Aku kecewa sangat-sangat dengan layanan makcik post office tu tadi. Bila turn orang lain, boleh plak cakap dengan elok. Huhu...


3 comments:

Hapiz Rahman said...

apsal ko x sound je? point tue untuk lepas geram.. hahah

nur aisya humaira said...

uisshhh,kejam giler...sengal nye,langsg tk reti nk hormat org..aihhh..

rimieilya said...

hapiz~aku ni dikategorikan dalam orang-orang yang tak reti marah. blog ni la yg jadi slh satu tempat aku nk lepas geram pun.hehe..

aisya~mmg pn..aku pun geram tapi senyap je la.geram dlm hati