Tengah demam ni. Kepala tak betul sikit. Dah 6 hari pun demam. Makan ubat pun tak sihat-sihat lagi. Dugaan..
Maafla sebab dah lama sangat tak up date blog buruk ni. Actually baru je sampai hostel semalam. Sepatutnya Isnin dah balik, tapi disebabkan demam teruk terpaksa balik semalam. Tu pun drive dalam keadaan tak sihat. Batuk-batuk je sepanjang jalan. Mujur tak telan ubat pagi tu, kalau tak mau aku tido sambil bawa keta. Hehe..
Alhamdulillah. Semua urusan berjalan dengan lancar. Sangat happy apabila satu jari telah tersarung sebentuk cincin yang dipilih sendiri oleh bakal mak mertua. Kelakar pun ada bila teringat saat penuh debar menanti bual bicara dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. Aku plak yang ketar lutut kat dapur. Akhirnya selesai upacara merisik dengan hidangan lontong masakan mak aku. Hehe..
So, sekarang menanti debaran di hari pertunangan plak. Bila??? Hehe.. Nanti aku khabarkan ye..
No comments:
Post a Comment